Alhamdulillah;satu majlis makan malam bagi Pelancaran Dana Kebajikan PAS Kawasan Miri telah berjaya diadakan dengan cukup meriah sekali di Hotel Mega , Miri pada Jumaat 21 Mei 2010. Program yang dimulai dengan Solat Isya ' berjemaah di Masjid Jamek Miri diikuti dengan pengisian rohani dengan bacaan Al-Quran;selain ucapan pimpinan Pakatan Rakyat Miri disamping ucaptama Tuan Haji Mahfuz Omar;Naib Presiden PAS yang buat kali pertama hadir ke Miri. Turut diadakan penyampain sumbangan kepada 11 keluarga penerima Tabung Kebajikan PAS Miri.

YDP PAS Miri;Tuan Haji Jofri dalam ucapan aluan menyatakan program makan malam yang diadakan paada waktu yang hampir sama dengan makan malam sambutan hari jadi Ketua Menteri;Taib Mahmud pasti memberi signal jelas akan kemunculan PAS dalam mengambil alih peranan PBB yang semakin ditolak oleh Rakyat. Kehadiran orang ramai memenuhi setiap ruang dalam Dewan di Hotel Mega menjadi saksi kebangkitan suara rakyat Miri dalam membuat perubahan besar di Miri seterunya seluruh Sarawak. Bagi rakan DAP;Sdr Michel Ding menganngap program Makan malam itu sebagai satu penghargaan besar tenaga kerja Pakatan dalam membantu menjayakan misi kemenangan DAP/Pakatan di Sibu. Untuk rekod PAS Miri turut menghantar 20 orang petugas sepanjang kempen diadakan.

Dr Michael Teo;Ketua PKR Miri pula menzahirkan keperluan seluruh jentera Pakatan Rakyat Miri untuk meneruskan usaha membongkar kezaliman BN untuk disampaikan kepada rakyat khasnya isu penyelewengan dan rasuah;tindakan zalim BN terhadap ADUN Pakatan semasa sidang DUN dan skandal besar negara seperti Scorpene dan Fitnah Liwat 2 DSAI. Puan Magdeline;Ketua Wanita SNAP pula;menjelaskan akan kerja buruk BN yang telah dilakukan BN sejak SNAP berada dalam kerajaan. Hasil negeri tidak digunakan untuk kebajikan rakyat tetapi untuk kepentingan kroni BN sahaja.

YB Mahfuz Omar dalam ucapan beliau mengingatkan seluruh jentera Pakatan Rakyat akan cabaran yang lebih kuat oleh BN dalam menghalang kemaraan rakyat ketika ini. Kerjasama APCO-UMNO pasti akan merancang untuk menyekat usaha reformasi rakyat ;tapi beliau yakin solidariti Pakatan Rakyat mampu membuat perubahan besar di Miri,lantas ke seluruh Sarawak dan terus ke seluruh negara. dalam ucapan selama 45 minit itu;YB Mahfuz memberi jaminan akan keterbukaan PAS dalam kerjasama erat Pakatan Rakyat disamping mengingatkan semua pimpinan dan ahli bahawa agenda perjuangan untuk rakyat dan berkebajikan ini bukan sekadar untuk pilihanraya akan datang tetapi adalah untuk memastikan kecemerlangan generasi akan datang. Program berakhir dengan penuh jaya sekali dengan hampir lebih 2 ribu ringgit dikutip sepanjang makan malam dan ini menjadi peniup semangat jentera PAS bersama Pakatan dalam meneruskan agenda rakyat dan berkebajikan. Sudah pasti sambutan hari lahir Taib Mahmud ke 74 di Hotel Parkcity Miri kira kira 10 km dari Hotel Mega merupakan satu mimpi ngeri untuk Ketua menteri paling lama didunia itu.