KOTA BHARU, 15 Mei: Biar pun tinggal beberapa jam lagi lebih 54,000 pengundi di Sibu akan membuang undi, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan mereka jangan lupa mengundi calon DAP. "Saya minta semua pengundi undi calon DAP. Ini kerana DAP sekarang berada bersama PAS dan KeADILan dalam Pakatan Rakyat.
"Orang PAS dari seluruh negara datang membantu kempen di Sibu biar pun habis duit dan tenaga tak apa asalkan dapat berkhidmat kepada Islam.
"Jadi saya minta rakyat Sarawak di Sibu tolong undi calon Pakatan iaitu DAP. Di mana sahaja ada calon PAS, undi PAS. Kalau tidak ada calon PAS undi calon PKR, dan kalau tidak ada calon PKR undi DAP," katanya di sini.Pertarungan akhir mempertahankan parlimen Sibu menyaksikan hampir seluruh menteri turun berkempen termasuk di rumah panjang dan kampung Melayu dan Melanau.Mereka membawa bersama janji-janji pembangunan yang ditabur ke seluruh pelusuk bumi Sibu.
Berdasar kepada gerak kerja tersebut kelihatan Umno dan Barisan Nasional (BN) berdepan suasana sukar untuk mempertahankan kerusi tersebut bagi penggal ke enam.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, perubahan yang ketara berlaku kepada kepemimpinan DAP sekarang di mana mereka lebih terbuka dan bersikap intelektual.Menurutnya dahulu DAP tidak mahu mendampingi PAS kerana perjuangan Islam yang dibawa, namun sekarang mereka sudah faham.
"Sekarang pemimpin PAS dan DAP boleh berceramah bersama. Ketika ceramah saya sebut tentang Islam dari aspek ekonomi, sosial dan semua sudut kehidupan berpaksikan Islam.
"Dan alhamdulillah mereka terima. Apa sahaja perkara yang tidak faham mereka tanya kami. Pemimpin DAP sekarang kebanyakan intelektual, berpelajaran dan berfikiran terbuka." katanya.
Kata beliau situasi itu berlaku sebagaimana Nabi Muhammad saw pernah meminta orang Yahudi berkerjasama dengan orang Islam di Madinah.Kalau ada musuh yang menentang Yahudi Nabi Muhammad saw akan membantu Yahudi. Dan kalau ada musuh menentang Islam di Madinah Nabi Muhammad meminta Yahudi datang membantu.
Beliau menjelaskan dahulu DAP menentang kerjasama dengan PAS kerana mereka tidak faham Islam.Kata beliau usahkan DAP, Melayu Umno pun marah kepada PAS kerana memperjuangkan Islam sehingga didakwa boleh menimbulkan pecah belah dan tiada kemajuan.
Menurutnya pemimpin DAP sekarang mendengar sendiri mengenai Islam daripada pemimpin PAS dan tidak lagi terpengaruh tindakan pemimpin Umno memburukkan Islam.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Islam memberi kebebasan kepada penganut agama lain mengamalkan ajaran mereka."Kita hanya terang tentang agama Islam dan kalau mereka tidak mahu terima itu hak mereka. Saya juga banyak menerima kunjungan paderi dan sami datang ke pejabat. "Malah saya pergi kepada wat Buddha di Tumpat. Saya sebut Tuhan hanya satu ialah Allah. Semua agama melarang perbuatan mungkar seperti judi, zina dan rogol.
"Ini sudah menggambarkan ada titik pertemuan di antara kami dengan agama lain," ujarnya.Beliau menyifatkan kejayaan besar hasil dakwah di Kelantan apabila orang bukan Islam tidak lagi marah kepada Gerakan Islam PAS.
Pesan Tok Guru Undi DAP di Sibu
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2010
(255)
-
▼
May
(28)
- Ayuh Bangkit Bantah Kekejaman Yahudi dan Sekutunya...
- Kenyataan Media PAS Miri Isu Cadangan Datuk Bandar...
- Bahana Judi : Budak 19 tahun hilang RM 9 Juta
- Malaysia Muflis atau Kerajaan BN Gagal Tadbir Ekon...
- Implikasi persetujuan Najib - Lee bakal undang ben...
- PAS is Better than Umno -even far better than PBB
- BN,UMNO,PBB Hina fatwa Ulama:Benarkan pertandingan...
- Mesyuarat Agung PAS Kawasan Miri
- Makan Malam Dana Kebajikan PAS Miri Bersama Tuan H...
- DUN Nangka Bakal Beralih Kepada Pakatan, ADUN Jamb...
- Sarawak..A confident start, but bumpy ride lies ahead
- Pakatan/DAP Menang Kerusi Sibu
- Selamat Hari Guru Buat Warga Pendidik
- Pesan Tok Guru Undi DAP di Sibu
- Judi Bola.Mana Ulama UMNO/BN?
- UMNO,PBB /BN Pengkhianat Agama
- Kesepakatan PAS/DAP Goyahkan BN/SUPP
- Insiden Barisan NAZAK(BN)....SPR Larang Bendera PA...
- SUPP Dibidas Sebar Fitnah Pada PAS
- Dasar Pakatan Rakyat Pilihan Terbaik Untuk Rakyat ...
- Saingan tiga penjuru di Sibu
- 209 Pengundi Sibu Lebih 100 Tahun?
- PAS Selangor Turun Bantu Menangkan DAP
- Gelombang Kebangkitan Rakyat Bermula 2006
- Ayuh Kita Menangkan Pakatan Rakyat di Sibu
- Sarawak..Sifar Jurutera Perkapalan?
- Muktamar Lonjakkan Motivasi Pemuda PAS
- Nelayan Tuntut Janji BN
-
▼
May
(28)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment