Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang tadi disifatkan sebagai 'Bajet Pilihan Raya (PRU) ke-13’ oleh ahli Parlimen Pakatan Rakyat.Ini kerana bajet yang bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" itu memberikan 'gula-gula' kepada semua golongan namun tidak membantu mengatasi beban yang ditanggung mereka.Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa yang juga ditemui di lobi Parlimen pula berkata, bajet yang dibentangkan Najib memerlukan semua pihak bersedia untuk menghadapi pilihan raya.
"Apa yang dibentangkan ini mungkin tanda PRU akan diadakan lebih awal daripada yang dijangka."Namun demikian kita menghargai juga insentif-insentif yang diberikan sebagai gula-gula kepada samada kepada komuniti perniagaan atau rakyat biasa contohnya hal yang berkaitan dengan perbankan Islam dan sebagainyadan juga industri yang ingin diperkembagkan dalam negara kita'" kata beliau yang juga Timbalan Presiden PAS.
Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, secara retoriknya bajet yang dibentangkan menyediakan segala insentif kepada rakyat tetapi adalah sebaliknya."Bajet ini menunjukkan pilihan raya semakin dekat, mungkin tahun hadapan. Walau bagaimanapun golongan sasar masih lagi tidak tercapai maksud. Mereka tidak mahu menara PNB yang tinggi tapi mahu beban hidup diringankan.
"Ia tidak mencapai matlamat rakyat bawahan. Transformasi ekonomi ini tidak dapat diterjemahkan dengan bajet kepada golongan sasar tapi lebih kepada mega projek yang akan mensasarkan golongan tertentu sahaja," kata beliau kepada pemberita di luar lobi Parlimen selepas selesai pembentangan bajet.
Sementara itu, ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Umno Barisan Nasional hanya prihatin terhadap rakyat apabila menjelangnya pilihan raya."Nampaknya Umno BN hanya prihatin kepada rakyat hanya menjelang pilihan raya."Bajet ini nampaknya menjurus kepada pilihan raya. Ada beberapa kemudahan yang ditambah menjelang pilihan raya.
"Tapi isu terbesar yang menyebabkan pelaburan tidak meningkat di negara kita ialah masalah defisit yang tidak ditangani dalam belanjawan .
"Itu menunjukkan belanjawan itu terpaksa berdepan dengan beberapa masalah seperti ekonomi, menjana pertumbuhan dan menarik pelaburan.Kemudian satu kelemahan besar kerana masalah rasuah, penyelewengan dan pembaziran tidak disebut. Yang disebut hanya projek mega puluhan bilion ringgit yang akan memberi manfaat lebih besar kepada kroni dan keluarga dan hanya ratusan ringgit kepada rakyat," kata beliau yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail juga senada dengan ahli Parlimen yang lain bahawa ianya merupakan gula-gula pilihan raya.Satu petunjuk yang sangat jelas bahawa pilihan raya sangat dekat. Pertama GST tak jadi dibuat, tol tak dinaikkan, menaikkan elaun kepada pemimpin komuniti yang saya anggap isyarat yang paling jelas kerajaan akan menggubal Parlimen pada bila-bila masa," katanya yang juga Setiausaha Agung PKR.
Selain itu Bajet 2011 ini juga layak digelar Bajet Rosmah.Program Permata yang dipopularkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri turut mendapat manfaat dari Bajet 2011.Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan I mengumumkan sebanyak RM111 juta diperuntukkan bagi agenda Permata memperkasa pendidikan awal negara.
Peruntukan itu meliputi projek pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti Permata Pintar, Seni, Insan dan Remaja.Walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmii dalam kerajaan, khususnya Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi program Permata yang diuruskannya nampaknya seakan mendapat bajet 'istimewa'.Ini kerana, pertadbiran Najib hanya memperuntukan RM95 juta sebagai bantuan perkapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.
Bajet 2011,Bajet Rosmah dan Bajet PRU 13
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2010
(255)
-
▼
October
(21)
- SUPP-PBB Black Deal: Sulaiman Taib Rampas Hak Rakyat
- BN/Thief Minister Taib ignores Penan's choice of r...
- Seven NCR landowners freed on bail
- ETP dan Bajet BN Penggalak Maksiat
- Sambutan hebat bukti rakyat Miri mahukan perubahan
- Ibans block tongkang from loading 'stolen' logs
- Kejadian Bot Karam Tatau Satu Lagi Bukti BN Rompak...
- Tawan Bangunan UMNO Simbolik Tawan Putrajaya
- Wanita Ditipu Lagi dek Kerajaan BN
- Pemuda PAS Sarawak Sedia Hadapi Pilihanraya DUN
- Munaqasyah : Pemuda Komited Gerakerja Dakwah,Siasa...
- Bajet 2011,Bajet Rosmah dan Bajet PRU 13
- BN Rompak Sarawak,170,000 Berhijrah
- PRK Serentak bukti SPR dibawah telunjuk BN,Pakatan...
- Question on Taib at Parliment rejected,Taib MUST Go!
- James Masing the Logjam Culprits?
- 12 Signs Election Is Near
- Dr Mujahid:ISLAM Membawa Rahmat ke Seluruh Alam
- Tarbiyyah Satu Keperluan Harakah Islamiyyah
- Pakatan Rakyat Miri bersedia hadapi PR DUN bila-bi...
- Jentera Pilihanraya Pemuda PAS dilancar semasa Ijt...
-
▼
October
(21)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment