“Bahawasanya agama di sisi Allah hanyalah Islam.” (Ali ‘Imran: 19)
Dan apakah ertinya: Maksudnya:
“Dan sesiapa yang mengambil selain daripada Islam sebagai cara hidup (agama), maka tuhan tidak akan menerima daripadanya dan di akhirat nanti daripada orang-orang yang rugi.” (Ali ‘Imran: 85)

Pada tahun 1951, Parti Islam Se-Malaysia ( PAS) telah ditubuhkan di Malaysia. PAS bukanlah sebuah parti politik yang hanya berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan dan bergerak cergas di dalam siasah semata-mata, tetapi di antara usahanya yang utama ialah ta’lim dan tarbiyah.Para pimpinannya yang terdiri daripada para ulama’, fuqaha’, penulis dan guru adalah mereka yang berkecimpung di dalam bidang ta’lim dan tarbiyah yang memberi pengajaran, menyampaikan ilmu-ilmu Islam kepada orang ramai dan mendidik manusia dengan pendidikan agama.

Rata-rata penyokong PAS terdiri daripada tuan-tuan guru pondok, guru-guru agama yang mengajar di sekolah-sekolah, ma’had -ma’had atau madrasah-madrasah atau lain-lain golongan yang sedar bahawa Islam itu adalah politik dan pemerintahan.Oleh yang demikian, al-ta’lim dan al-tarbiyah menjadi salah satu daripada program yang pertama dan utama di dalam perjuanga Islam yang dibawa oleh PAS.

Apakah Bentuk Ta'lim dan Tarbiyyah Yang Disusun Oleh PAS?
Di sana terdapat dua bentuk ta’lim dan tarbiyah:

PERTAMA : Yang berbentuk tarbiyah nizamiyah melalui:

1. Pondok-pondok, pusat pengajian yang bersifat tradisi dan pusat-pusat pengajian tinggi
2. Sekolah-sekolah agama dan ma’had-ma’had
3. PASTI dan sebagainya

KEDUA : Tarbiyah yang tidak nizamiyah

1. Kuliah-kuliah umum di masjid-masjid dan surau-surau
2. Halaqah-halaqah khusus yang mengajar matapelajran yang tertentu seperti tafsir, hadith, tauhid dan sebagainya
3. Usrah
4. Qiamullail
5. Mukhaiyam (perkhemahan)
6. Nadwah, seminar, bengkel, liqa’ al-fikri
7. Rehlah, ziarah dan lain-lain

Program-program tarbiyah dalam Harakah Islamiyah di tahap mana sekalipun bertujuan untuk membentuk jiwa, mental dan jasmani ahli mengikut keperluan perjuangan kerana kita berpendapat ahli jamaah Islam tidaklah sama kualitinya dengan orang -orang awam.Mereka mestilah seorang ‘jundiy’ bagi Hizbullah yang mempunyai sifat-sifat yang mulia .

Tambahan lagi;jikalau kita mahu menjadikan sektor kemasyarakatan dalam kehidupan untuk memudahkan kita memahami kumpulan sasaran dalam usaha pembinaan masyarakat harian, bolehlah kita gambarkan mengikut tahap-tahap berikut:

1. Pembinaan individu muslim
2. Pembinaan rumahtangga muslim
3. Pembinaan parti Islam
4. Pembinaan kepada masyarakat umum
5. Pembinaan baldatun taiyibatun wa rabbun ghafur

Bahawa tarbiyah adalah satu-satunya proses pembentukan muslim yang mesti wujud di dalam mana-mana Harakah Islamiyah yang mahu mewujudkan baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur.Tasawur Islami (gambaran Islam) mestilah jelas kepada semua orang Islam apatah lagi anggota Harakah Islamiyah di peringkat ansar, ‘amilin, nuqaba’ dan nawab yang menghasilkan penghayatan dalam kehidupan seharian sehingga dapat dirasai kehadiran mereka di tengah-tengah masyarakat umum.

PAS Miri menyeru seluruh petugas dan ahli memimpin diri dan masyarakat agar mendekatkan diri dengan ALLAH dengan memperbanyakkan Qiamullail,Bacaan Al-Quran,Puasa Sunat ,Istiqamah dalam Ibadat Sunat Dhuha dan memperkukuhkan Ilmu dengan Kuliyyah Agama. Di peringkat Kawasan;program berkala Iftar Jamaei dan Talaqi kitab akan memperkukuhkan persediaan rohani petugas menjelang medan siasah nanti.