KOTA BHARU, 20 Okt: Dengan ‘tertawan’nya bangunan Umno Bahagian Kota Bharu yang kini menjadi hak milik Dewan Pemuda PAS Kelantan, diharap ia menjadi simbolik untuk ‘menawan’ Putrajaya nanti.Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata sekiranya bangunan milik Umno Bahagian Kota Bharu itu dapat ‘ditawan’ Pemuda PAS semoga ianya dijadikan perangsang untuk menawan negara pada pilihan raya umum akan datang.Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan bangunan baru Dewan Pemuda PAS yang bernilai RM4.5 juta, pagi tadi.Katanya, kejayaan itu hasil kemenangan perjuangan yang didokong semua pihak khususnya golongan pemuda dalam menggalas tanggungjawab menyebarkan dakwah Islam.
“Kalau kita dapat menawan Kota Bharu sebagai ibu negeri Kelantan, diharap pada masa akan datang kita dapat menawan Putrajaya,” ujarnya.
Majlis perasmian bangunan yang dinamakan Asy-Syabab Point itu berlangsung dengan penuh gilang gemilang apabila Tuan Guru diarak ke pejabat berkenaan dari JKR 10 dengan menaiki motosikal yang diiringi 20 orang pemuda.
Tarikh 20 Oktober dipilih tarikh perasmian dan 20 orang pemuda mengiringi Tuan Guru menaiki motosikal klasik diketuai Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri, Hafiz Musa sebagai simbolik sempena 20 tahun pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau.Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, pada sidang media berkata dana pembelian bangunan tersebut diperolehi dari sumbangan orang ramai.
Katanya, ianya telah dikumpul menerusi empat kepimpinan Dewan Pemuda bermula Datuk Takiyuddin Hassan lagi.
Tawan Bangunan UMNO Simbolik Tawan Putrajaya
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2010
(255)
-
▼
October
(21)
- SUPP-PBB Black Deal: Sulaiman Taib Rampas Hak Rakyat
- BN/Thief Minister Taib ignores Penan's choice of r...
- Seven NCR landowners freed on bail
- ETP dan Bajet BN Penggalak Maksiat
- Sambutan hebat bukti rakyat Miri mahukan perubahan
- Ibans block tongkang from loading 'stolen' logs
- Kejadian Bot Karam Tatau Satu Lagi Bukti BN Rompak...
- Tawan Bangunan UMNO Simbolik Tawan Putrajaya
- Wanita Ditipu Lagi dek Kerajaan BN
- Pemuda PAS Sarawak Sedia Hadapi Pilihanraya DUN
- Munaqasyah : Pemuda Komited Gerakerja Dakwah,Siasa...
- Bajet 2011,Bajet Rosmah dan Bajet PRU 13
- BN Rompak Sarawak,170,000 Berhijrah
- PRK Serentak bukti SPR dibawah telunjuk BN,Pakatan...
- Question on Taib at Parliment rejected,Taib MUST Go!
- James Masing the Logjam Culprits?
- 12 Signs Election Is Near
- Dr Mujahid:ISLAM Membawa Rahmat ke Seluruh Alam
- Tarbiyyah Satu Keperluan Harakah Islamiyyah
- Pakatan Rakyat Miri bersedia hadapi PR DUN bila-bi...
- Jentera Pilihanraya Pemuda PAS dilancar semasa Ijt...
-
▼
October
(21)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment