Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan melancarkan jentera pilihan raya pemuda peringkat kebangsaan di Ijtima' Tarbawi hujung minggu ini bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas dan pilihan raya Negeri Sarawak. Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kesempatan itu diambil untuk pemuda menyatakan kesediaan mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mengekalkan kemenangan PAS di Dun Galas dan membantu kemenangan Pakatan Rakyat di Sarawak. "Bersempena dengan ijtima' yang menghimpunkan pemuda di semua peringkat, kita akan adakan pelancaran gerak kerja. "Kita akan adakan ikrar untuk pejuang untuk seluruh pemuda turun bagi mengekalkan kemenangan PAS di Galas dan membantu Pakatan Rakyat untuk menang di Sarawak," kata Nasrudin ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Beliau turut memberitahu, pemuda juga akan melancarkan kalendar bagi tahun 2011 yang diterbitkan oleh DPPP selain melancarkan laman wen rasmi DPPP versi baru. "Pemuda juga akan melancarkan takwim tahun 2011 terbitan DPPP yang bercirikan Islam dan akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya. Menyentuh mengenai kehadiran peserta, beliau berkata, setakat ini seramai lima ribu pemuda dan pemudi telah mengesahkan kehadiran mereka ke ijtima' yang bertempat di Masjid Rusila, Marang. Tambahnya, pendaftaran masih lagi dibuka sehingga ke petang Jumaat, sebelum majlis perasmian pada malamya. Namun, pendaftaran di saat-saat akhir tidak digalakkan bagi mengelakkan kesulitan bagi pihak jawatankuasa penganjur. "Kepada yang berminat untuk menyertai dan masih belum mendaftar, saya sarankan segera mendaftar di Sekretariat Pemuda Pusat atau negeri masing bagi memudahkan pihak pengurusan tempat, makanan dan logistik menyediakan kemudahan yang cukup termasuk khemah untuk mereka," pesannya. Dijangkakan, wakil dari jemaah Ikhwanul Muslimin akan hadir sebagai tetamu undangan. "Wakil Ikhanul Muslimin sudah memberikan persetujuan awal untuk hadir namun kita masih menunggu pengesahan kehadiran mereka," katanya. Ijtima' bermula 1 hingga 3 Oktober itu akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS sementara Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merupakan salah seorang pembentang kertas kerja yang telah disesuaikan untuk pemuda dan pemudi. PAS Kawasan Miri telah menghantar dua pimpinan Pemuda Kawasan.
Jentera Pilihanraya Pemuda PAS dilancar semasa Ijtima Tarbawi Kebangsaan
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2010
(255)
-
▼
October
(21)
- SUPP-PBB Black Deal: Sulaiman Taib Rampas Hak Rakyat
- BN/Thief Minister Taib ignores Penan's choice of r...
- Seven NCR landowners freed on bail
- ETP dan Bajet BN Penggalak Maksiat
- Sambutan hebat bukti rakyat Miri mahukan perubahan
- Ibans block tongkang from loading 'stolen' logs
- Kejadian Bot Karam Tatau Satu Lagi Bukti BN Rompak...
- Tawan Bangunan UMNO Simbolik Tawan Putrajaya
- Wanita Ditipu Lagi dek Kerajaan BN
- Pemuda PAS Sarawak Sedia Hadapi Pilihanraya DUN
- Munaqasyah : Pemuda Komited Gerakerja Dakwah,Siasa...
- Bajet 2011,Bajet Rosmah dan Bajet PRU 13
- BN Rompak Sarawak,170,000 Berhijrah
- PRK Serentak bukti SPR dibawah telunjuk BN,Pakatan...
- Question on Taib at Parliment rejected,Taib MUST Go!
- James Masing the Logjam Culprits?
- 12 Signs Election Is Near
- Dr Mujahid:ISLAM Membawa Rahmat ke Seluruh Alam
- Tarbiyyah Satu Keperluan Harakah Islamiyyah
- Pakatan Rakyat Miri bersedia hadapi PR DUN bila-bi...
- Jentera Pilihanraya Pemuda PAS dilancar semasa Ijt...
-
▼
October
(21)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment