Jalan berlopak dan becak waktu hujan menyukarkan penduduk kampung untuk keluar menjalan urusan harian mereka. Dimana keperihatin kerajaan Bn terhadap penduduk Kpg Tukau yang masih lagi ketinggalan dari segi kemudahaan asas seperti api letrik, bakalan air bersih dan jalanraya yang bertar untuk memudahkan mereka menjalankan aktiviti harian.


Salah sebuah rumah yang dikunjungi PAS Kawasan Miri dimana segala kemudahan asas seperti yang tersebut diatas masih belum lagi didapati oleh penduduk tersebut.



Salah sebuah keluarga miskin yang hidup dalam sebuah pondok kecik.



Keadaan dalam pondok yang sangat menyedihkan kerana keluarga tersebut terpaksa tinggal dalam pondok yang kecik lagi daif.



Salah sebuah rumah mewah dipinggir bukit yang masih dalam pembinaan. Mereka yang kaya hidup senang lenang dalam kemewahan sedangkan orang miskin terus hidup dalam pondok kecik demi menyuap kehidupan keluarga mereka.

Inilah dikata yang kaya bertambah kaya yang miskin hidup melarat.

Marilah kita sebagai rakyat yang mempunyai akal fikiran supaya dapat menilai sendiri apa yang telah kerajaan Bn lakukan terhadap rakyat miskin yang selama ini memberi sokongan kepada mereka sehingga pemimpin2 Bn kebanyakan mereka hidup dalam kemewahan sedangkan rakyat marhean masih hidup dalam kemiskinan.Kuasa ditangan rakyat maka rakyatlah yang menentukan nasib diri mereka sendiri.

“Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri” (Ar-Ra’d: 11) dan pasti kita tidak akan dapat mengubah diri kita ataupun mengangkat darjat kita di sisi Allah tanpa jiddiyah..

tepuk dada tnya iman..