AlhamduliLLAH. Minggu ini dalam kerangka lawatan kerja Pemuda PAS Negeri Sabah dan Selangor,atas nama ukhwah sesama Islam pelbagai aturcara Siasah dan Dakwah dilaksanakan. Rombongan seramai 10 orang dari kedua –dua negeri tiba pada Khamis malam Jumaat .

Rombongan Sabah hadir setelah mengharungi cabaran perjalanan darat selama hampir 12 jam dari Kota Kinabalu.rombongan diketua sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Negeri,Saudara Lahirul Ratigu. Rombongan tiba semasa majlis Iftar Jamaei dan Talaqi Kitab PAS Kawasan Miri yang diadakan setiap Khamis malam di pejabat PAS Kawasan. Rombongan biarpun penat mengharungi perjalan sukar dari Sabah tetap membuai wajah kemanisan membuktikan nilai persaudaraan tinggi sesama ahli Jemaah Islam.


Rombongan Pemuda PAS Selangor pula diketuai Exco Pemuda PAS Pusat, Saudara Sany Hamzan. Program disusun atur PAS Kawasan Miri pada Jumaat termasuk Liqa Fikri seluruh ahli PAS Miri.lebih menarik kehadiran ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Miri yang menarik perhatian hadirin dalam ucapan sulungnya tentang keindahan akhlak ISLAM yang dipamer pemimpin PAS khasnya Tuan Guru Nik Aziz yang sentiasa menjiwai kepayahan rakyat. Saudara John sempat menceritakan pengalaman p[eribadi melawat Kelantan semasa mengikuti NGO kemasyarakatan pada era 90-an ,beliau pernah bertemu dengan Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan. Semasa itu rombongan beliau menginap di Kediaman Rasmi MB diwaktu pemerintahan BN dan dilayan bagai VIP sedangkan Tok Guru dengan pakaian berjubah menyantuni semua tetamu tanpa ada darjat dan kawalan keselamatan yang ketat untuk rakyat bertemu muka. Disaat ini Saudara John berasa amat terharu dan menjadi satu motivasi kuat untuk petugas PAS Miri dalam menghadapi urusan Siasah dan Dakwah.


Pengisian utama pada malam Jumaat ialah Perancangan Strategik PAS dalam menghadapi Pilihanraya disampaikan oleh Cikgu Razi;Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Pusat. Dengan perkongsian mantap disusuli dialog ia menjadi pemandu arah penting pada para petugas PAS Miri demi memastikan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya Negeri dan Umum mendatang. Dengan penggunaan teknologi ICT dan Sistem Komunikasi Canggih mengatasi Media Perdana;suasana kini berpihak pada PAS dan Pakatan Rakyat.