MIRI: Lebih 20 penghuni tinggal sehelai sepinggang setelah enam rumah kayu dua tingkat yang menjadi kediaman mereka musnah dijilat api dalam kebakaran yang berlaku di sebuah kawasan setinggan berhampiran RPR Batu 6, Jalan Pujut-Lutong di sini pagi semalam.
Menurut sumber, api dipercayai bermula dari salah sebuah rumah setinggan tersebut sebelum merebak ke lima rumah lain yang terletak berdekatan antara satu sama lain dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 9.20 pagi itu.Sementara itu Penguasa Bomba Zon Miri Unjar Lum ketika ditemui di tempat kejadian memberitahu bahawa pihaknya telah menerima panggilan daripada orang awam berhubung kes itu pada jam 9.25 pagi dan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian.
“Hasil tindakan pantas para anggota bomba, api yang marak dan hampir merebak ke sebuah rumah konkrit dua tingkat di RPR Batu 6 di sini berjaya dikawal dalam masa 35 minit sebelum dapat dipadamkan sepenuhnya sekitar jam 12.25 tengah hari,” katanya.
Menurut Unjar, seramai 13 anggota masing-masing lapan dari Balai Bomba Lopeng dan lima dari Balai Bomba Miri serta empat pegawai dengan diketuai beliau sendiri bersama tiga jentera pemadam telah bergegas ke tempat kejadian setelah dimaklumkan tentang kejadian itu.Katanya, walaupun beberapa saksi yang ditemui di tempat kejadian memberitahu sebelum kejadian ada melihat seorang kanakkanak bermain mancis dan membakar tilam lama di sebuah bilik di salah sebuah rumah berkenaan, namun pihaknya perlu membuat siasatan terperinci untuk mengetahui punca sebenar kejadian tersebut.
“Setakat ini, punca kejadian dan nilai kerugian masih belum diketahui dan kami akan menjalankan siasatan terperinci termasuk mengumpul segala data daripada kesemua mangsa untuk mengetahui punca sebenar kejadian,” jelasnya.
Dalam kejadian itu, seorang wanita mengalami kecederaan ringan di bahagian lengan dan leher akibat bahang api ketika cuba mencari tiga anaknya yang disangkanya masih terperangkap dalam rumah mereka yang terbakar. Bagaimanapun, keadaan kembali reda setelah wanita terbabit diberitahu bahawa ketiga-tiga anaknya selamat.
PAS Miri diketuai pimpinan Kawasan, yang dalam kerangka program kebajikan berkala di sekitar Tudan dan Kg Tukau,bergegas bertemu dengan mangsa . Semua ditempatkan kini di PBSM Miri. PAS Miri dengan nada tegas mahu bantuan segera diberikan pihak kerajaan BN. Janji ADUN BN sejak kejadian kebakaran di Kg Sealine , Padang Kerbau dan Pujut 9 sedang dipantau. Beberapa mangsa kebakaran sebelum ini telah bertemu kepada pimpinan Pakatan meluahkan kekesalan mereka atas janji BN yang masih belum ditunaikan dalam membantu membina hidup baru mereka.

0 Comments Received
Post a Comment