Pandangan banyak pihak tentang peningkatan kes perceraian di Sarawak dalam media tempatan amat membimbangkan. Mari kita kaji berlakunya kes sebegini dari sudut Ibadah Solat.Dalam sebuah hadis, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Umar, Rasulullah SAW telah bersabda;“Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak” Riwayat Abu Daud dan HakimManakala firman Allah SWT, di surah An Nisa’ ayat 19 bermaksud;“Pergaulilah isterimu dengan baik, sekiranya kamu benci kepada mereka, boleh jadi ada yang kamu benci itu Tuhan akan menjadikan kebaikan yang banyak padanya”
Perceraian merupakan perkara yang halal tetapi paling dibenci oleh Allah swt. Firman Allah di surah Al Baqarah ayat 229 yang bermaksud,
“Rujuklah mereka (isteri-isteri kamu) dengan cara yang ma’ruf atau ceraikanlah mereka dengan cara yang baik”
Begitu juga Islam melarang seorang isteri yang minta diceraikan tanpa ada sebab-sebab yang syar’ie, sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud,
“Dari Sauban r.a bahawa Rasulullah saw bersabda : “Mana-mana perempuan yang meminta cerai daripada suaminya tanpa ada apa-apa keuzuran syar’ie, maka haram ke atasnya bau syurga” Riwayat : Abu Daud
Perkara di atas ini berlaku juga terhadap suami yang menceraikan isterinya, tanpa ada sebab-sebab atau alasan yang kuat sehingga isteri terasa dizalimi atau menceraikannya dengan cara penganiayaan. Begitu juga haram bagi suami menceraikan isterinya sewaktu sedang haid atau sewaktu isteri dalam keadaan suci tetapi telah dicampurinya.
Punca Perceraian
Untuk membicara perkara ini ianya agak subjektif, kerana setiap pasangan mempunyai alasan dan persoalan yang tersendiri yang menyebabkan rumahtangga mereka bergelora. Namun melalui pengalaman saya sebagai Naib Khadi atau istilah sekarang Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk orang Islam, bolehlah dijadikan sedikit ukuran dan pertimbangan untuk mengenal pasti punca perceraian yang berlaku dari segi akar umbinya.Saya suka meneliti dari setiap sudut persoalan dan cuba memahaminya agar persoalan itu lebih mudah untuk dirungkaikan. Dalam al-Quran, firman Allah SWT yang berkaitan hukum serta persoalan talaq atau perceraian ada dihuraikan pada surah al-Baqarah. Bermula dari ayat 222, yang menceritakan tentang kedudukan wanita di sisi suaminya sehinggalah kepada ayat 242 yang menghuraikan tentang hak-hak wanita yang telah ditalaqkan.
Namun yang menariknya, terselit diantara persoalan tersebut dua ayat, iaitu pada ayat 238 dan 239 yang menghuraikan perintah dan arahan Allah SWT untuk memelihara solat tidak kira dalam bagaimana keadaan sekalipun, ketika aman atau dalam permusafiran.Sebagaimana yang difahami, ayat-ayat al-Quran walaupun ianya diturunkan secara berperingkat-peringkat dan kadang-kala setiap ayat itu berpisah antara satu sama lain ketika penurunannya, namun setelah mana ia dibukukan mengikut wahyu Allah SWT kepada Nabi SAW, ianya mempunyai nilai maksud yang tersendiri melalui tafsiran secara tahliliyyah yakni tafsiran secara terperinci. Maksud dari setiap ayat berkait-kait dari satu ayat dengan ayat yang lain, begitu juga dari satu surah kepada surah yang lain. Walaupun sebab penurunan ayat berbeza ketika waktu penurunannya dan jalan ceritanya juga berbeza pada zahir ayatnya tetapi ianya mempunyai hubungan dari satu ayat dengan ayat yang lain. Itulah kehebatan al-Quran, tersimpan rahsia bagi yang mahu mengkajinya.
Justeru, ketika kita cuba memahami tafsiran ayat-ayat tersebut, pengertian yang ingin disampaikan oleh Allah SWT secara tersirat ialah melalui bagaimana persoalan perceraian ini boleh dan dapat dibendung. Allah SWT menegaskan terhadap penjagaan hak Allah sebagaimana yang ditetapkan iaitulah menjaga solat. Firman Allah SWT dalam ayat 238;
“Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk. (238) Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya”. (239)
Jagalah hak Allah SWT dalam apa keadaan sekalipun dan ingatilah Allah SWT nescaya Ia akan mengajar kamu dan memelihara kamu.Dalam kehidupan ini, apa yang perlu kita ketahui ialah perjalanan hidup kita senantiasa dalam ketentuan Allah. Walaupun kita mampu berusaha dan sememangnya disuruh untuk berusaha tetapi kita kena senantiasa bersandarkan kepada ketentuan Allah SWT, kerana Dialah yang menentapkan segala sesuatu.
Daripada Ibnu Abbas RA, sabda Nabi SAW:
“Wahai anak, aku ingin ajarkan kepada engkau beberapa kalimah: Peliharalah hak-hak Allah nescaya Allah memelihara kamu. Peliharalah hak-hak Allah nescaya engkau akan mendapatiNya di mana saja kamu berada. Apabila kamu ingin meminta bermohonlah kepada Allah. Apabila kamu inginkan pertolongan mohonlah pertolongan daripada Allah. Dan ketahuilah, sekiranya seluruh umat berhimpun untuk memberikan suatu manfaat kepada engkau, mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikit pun melainkan dengan suatu yang telah Allah tetapkan kepada kamu; sekiranya mereka berhimpun untuk memudaratkan kamu, mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikit pun melainkan dengan suatu yang telah Allah SWT tetapkan ke atas kamu. Telah pun diangkat segala pena dan telah keringlah segala buku (segalanya telah ditetapkan oleh takdir dan ditulis di Luh mahfuz).Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad.
Jelaslah bila kita jaga hak-hak Allah pastinya Allah akan memelihara kita, apatah lagi untuk memelihara hubungan kita sesama manusia khususnya suami isteri.
Solat menjadi asasnya. Hubungan yang sentiasa dengan Allah akan membuahkan ketenangan dan kedamaian serta jalan keluar dari segala permasalahan. Namun apa yang berlaku disebalik corak kehidupan manusia yang dikatakan beriman kepada Allah dewasa ini, jauh menyimpang dari sifatnya sebagai seorang yang beriman. Solat hanya sekadar adat kebiasaan bukan suatu yang didambakan untuk memuji-muji tuhan, memohon keampunan dan kerahmatan, tetapi hanya sekadar hiasan dan kebiasaan. Kesannya, solat yang tidak mampu meraih kasih Allah dan menghindarkan dirinya dari kemungkaran.
Dan ingatlah sebahagian besar perselisihan dalam rumahtangga adalah terkesan dari kemungkaran yang dilakukan, sama ada secara sedar atau tidak kemungkaran terhasil dari pengabaian hak-hak Allah yang pelbagai. Bermula dari solat, penutupan aurat, pergaulan bebas, makan minum dari sumber yang haram, mengambil hak orang lain secara haram, pelanggaran hukum-hukum Allah dan sebagainya.
Bila saya bersoal selidik dengan para pasangan yang bermasalah khususnya berhasrat untuk bercerai, 90 % dikalangan mereka mengabaikan solat, sama ada suami atau isteri. Justeru kesimpulan ringkas yang boleh saya nyatakan, apabila tidak menjaga solat dengan sempurna maka ia adalah sebahagian dari punca penceraian dan akan membawa kepada pengabaian yang lain juga.Oleh itu jagalah, sempurnakanlah serta berusahalah untuk mendapat khusyuk padanya, kerana sesungguhnya berjayalah orang mukmin yang khusyuk dalam solatnya. Bila solat berjaya maka segala lapangan kehidupan kita juga akan berjaya serta jagalah hak-hak Allah yang lainnya. Itulah keberhasilannya. Moga kehidupan kita diberkati Allah, ameen
Pandangan Ustaz M Zaki Ameen
Perceraian Meningkat Kerana Tinggalkan Solat
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2010
(255)
-
▼
November
(21)
- Unsafe Pasar Malam at Saberkas
- Taib Share Shock ! – Exclusive
- Kemiskinan Tegar Di Sarawak
- Radio Free Sarawak is now on air and attracting bi...
- Perceraian Meningkat Kerana Tinggalkan Solat
- Gempar!RM880 Juta Duit Rakyat dalam KWSP Dirompak ...
- $5.2million to light up 44 houses?
- 7.5Million for Ting PK for chopping trees
- Sarawak, Malaysia economy is lagging behind Singap...
- Program Qurbaan dan Kebajikan PAS Miri 1431 H Perk...
- PAS Miri Desak BN Tunai Janji Pada Mangsa Kebakaran
- Ziarah Pemuda PAS Selangor dan Sabah
- PAS Miri to Andy Chia: Join Us Or You Will Sink In...
- PAS Miri Santuni Masyarakat Iban melalui Dewan Him...
- Pemuda PAS Miri gerakkan "Orang Muda Geng Kamek"
- Kekalahan Perkuat Iltizam PAS hadapi PRK DUN Saraw...
- Bye Bye SUPP
- Monkey business in Sarawak DUN sitting, November 2010
- Di Batu Sapi Masjid 5 Juta lulus,di Desa Senadin h...
- Minyak Naik Lagi
- Another BN Bad Project
-
▼
November
(21)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal isu gangguan perlembagaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu
Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal isu gangguan perlembagaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu sering dibangkitkan dalam negara ini. Tindakan Datuk Seri Najib Razak mengingatkan pihak-pihak tertentu yang cuba mengubah perlembagaan negara supaya tidak bersikap seperti 'tikus membaiki labu'.
PAS berpandangan bahawa isu ini dibangkitkan ialah untuk menimbulkan ketakutan di kalangan orang Melayu supaya jangan berjinak dengan PAS dan Pakatan Rakyat. Sejak mutakhir isu Melayu dan kedaulatan Raja-Raja dibagkitkan sebagai usaha untuk menarik sokongan orang Melayu kepada Umno, kononnya Melayu dan Raja Berperlembagaan hanya selamat di bawah Umno, setelah isu pembangunan sudah lapok, kerana dunia semakin maju. Satu ketika dahulu kononnya ada Perlembagaaan baru dibangkitkan oleh Mufti Perak Tan Seri Harussani sampai sekarang tidak dapat dibuktikan lagi.
PAS mencabar mana-mana pihak yang ada bukti jika ada mana pihak yang hendak menggugat perkara yang telah dipersetujui bersama seperti kedudukan agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Hak Istimewa Raja-Raja Melayu silalah bawa ke pengadilan.
Isu derhaka kepada Raja-Raja Melayu dibangkitkan dengan hebat ketika pilihanraya kecil Bukit Gantang, kononnya Dato Seri Haji Nizar Jamaludin derhaka kepada Sultan Perak.. Mereka eksploit perkatan yang diucapkan oleh Dato Seri Haji Nizar “Patik Mohon Sembah Derhaka”, pada hal ini adalah istilah yang diajar oleh protokol istana ketika berbahasa dengan Raja apabila kita tidak sependapat dalam satu pandangan.
Hakikatnya yang berlaku seperti yang tercatat dalam sejarah politik negara kita, yang biadab dengan Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno malahan cuba hendak ambil alih kuasa istihar darurat daripada Yang Dipertuan Agong. Rakyat Malaysia tidak boleh lupa ketika mereka membelasah Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan. Begitu juga penyokong Umno pula mengatakan Sultan Terengganu binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang berdemonstrasi dan menghina sultan Terengganu kerana tidak melantik Dato Seri Idris Jusuh sebagai Menteri Besar Terengganu. Banyak lagi kita boleh bongkarkan siapa yang sebenarnya menghina Raja Raja Melayu.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
PM 1 M'sia ajak rakyat2 ISLAM tidur 1 kelambu dan makan boleh share 1 mangkuk. Sedar tak sedar makin ramai muda mudi sekarang mengamal prinsip 1 M'sia. Duduk 1 rumah tanpa ikatan nikah kahwin yang halal, malah yg beranak pinak pun ada, anak2 dah masuk "U" pun ada. Bila ditanya? Jawapnya kita 1 MALAYSIA
Ayuh..PAS...Laksanakan hukum HUDUD agar kemungkaran 1 MALAYSIA yg dilaknati ALLAH ini HAPUS dibumi Malaysia