Muslimat PAS Miri Turun Padang bersama ibu tunggal




Gambar Muslimat PAS Miri bersama ibu-ibu tunggal

Miri - Baru-baru ini Lajnah Kebajikan, Dewan Muslimat PAS kawasan Miri telah mengadakan aktiviti bersama penduduk tempatan di Bandaraya Miri. Seramai 10 orang ibu tunggal dalam kawasan Permyjaya dan Tudan telah mendapat sumbangan sempena bulan Ramadhan yang mulia dari PAS Miri. Tujuan dan matlamat utama PAS Miri mengadakan majlis bersama masyarakat tempatan adalah untuk meringankan bebanan ibu tunggal yang mempunyai tanggungan yang ramai dan yang berpendapatan kecil. Ini juga adalah sama dengan matlamat PAS menuju ke arah Negara berkebajikan. Dengan adanya aktiviti begini akan merapatkan lagi hubungan muslimat PAS Miri dengan masyarakat tempatan.

Turut hadir bersama majlis ringkas tersebut YDP PAS Miri Jofri Jaraiee turut serta bersama ahli dan juga ketua Muslimat Kawasan Miri saudari Siti Balqis. Dalam majlis tersebut YDP PAS Miri mengingatkan betapa pentingnya persaudaraan dalam Islam disamping kerjasama dengan semua kaum sebab PAS berjuang untuk semua kaum tanpa mengira bangsa dan agama.



English version
PAS Miri Women Wing goes to ground with Single Mothers


Pic PAS Miri Chief gives contribution one of the single mothers

Miri - Recently, the Dewan Muslimat (Women Wing) welfare committee of PAS Miri has set the joint activities with local people in Miri City. A total of 10 single mothers in the area of Tudan and Permyjaya have received contributions during the blessed month of Ramadhan from PAS Miri. The purpose and aims of the PAS Miri held with local communities is to lighten the burden on single mothers with loads of dependents and a small income. This is the same as heading towards the goal of PAS welfare state. With this activity will strengthen PAS Miri Muslimah relations with local communities.

Also attending the ceremony was PAS Miri chief Jofri Jaraiee and member with PAS Miri Muslimat leaders Puan Siti Balqis. In the event PAS Miri chief reminded of the importance of brotherhood in Islam as well as cooperation with all people as PAS fight for all people regardless of race or religion.