SPR Dan JPN Harus Bebas Dari Pengaruh Politik
Sekali lagi kita mendesak agar SPR mengunakan dakwat kekal seperti kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof “Biometrik lebih banyak masalah dari dakwat kekal”.
Adalah lebih mudah dan murah menggunakan dakwat kekal daripada menggunakan Biometrik dimana kos membeli alat pengesan tersebut juga mahal dan sudah tentu memakan belanja yang besar. SPR kena telus dan bebas dari sebarang pengaruh politik kalau mahu dilihat sebagai sebuah badan bebas dalam menjalankan amanah rakyat.

Sekiranya pihak SPR dapat menunaikan tanggungjawab tersebut dengan adil dan bersih sudah tentu rakyat tidak akan ragu-ragu lagi menerima sebarang keputusan pilihanraya umum nanti walaupun tidak sempurna 100 peratus.

Banyak perkara yang perlu dibersihkan oleh pihak SPR sebelum menjalankan pilihanraya umum ke 13 nanti. Diantaranya system undi Pos yang banyak meragukan, daftar pemilih yang masih banyak nama-nama yang bertindih dan meragukan dan juga cara pengurusan SPR yang tidak berapa telus.

Kita cadangkan untuk memudahkan kerja-kerja SPR sepatutnya gunakan daftar terus dari data JPN (Jabatan Pendaftaran Negara). Dimana segala maklumat pengundi dapat terus dari JPN tanpa bersusah payah lagi mendaftar pengundi seperti yang diamalkan sekarang. Soal mereka mahu mengundi atau tidak itu persoalan lain yang penting daftar nama pemilih mesti sama dengan daftar nama JPN. Secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah nama bertindih dan nama pendatang asing dari mengundi dalam pilhanraya umum nanti. Harap perkara ini dapat diselesaikan dan jangan dibiarkan berterusan tanpa penyelesaian.

Semoga perkara ini dapat diberi perhatian yang serius dan tindakan yang sewajarnya dari pihak SPR dan juga JPN. Mari kita laksanakan amanah rakyat dengan hati ikhlas,jujur dan amanah semoga amalan kita diterima oleh Allah. Insya-Allah


English version
EC and NRD should be free from political influence

Once again we urge the EC to use indelible ink as the Election Commission (EC) Chairman Tan Sri Abdul Aziz Yusof said "Biometric more problems than permanent ink."

It is easier and cheaper to use indelible ink from using Biometric where the cost of purchasing sensor is very expensive and also costly. EC should be transparent and free from any political influence if you want to be seen as an independent body in carrying out the trust of the people.

If the EC to discharge those responsibilities in a fair and clean of course, the people would no doubt accept the election results later although it will not be 100 percent perfect.

There are many things that need to be cleared by the EC prior to conducting the 13th general election later. Postal voting system among the many dubious, register voters, many overlapping names and dubious, as well as the EC management is not really transparent.

We propose to simplify the work of the EC should use the list directly from the NRD (National Registration Department) data. Where is all the information voters can go on with the NRD without the hassle again to register voters as it is practiced now. The question whether they want to vote or not is another question the important is the voters must register the name with the list from the NRD. This will indirectly reduce the problems of overlapping names and the names of illegal immigrants from voting in the general electoral later.

We hope this problem can be settled and do not allow continuing without solution.

Hopefully this can be taken seriously and appropriate action from the EC and the NRD. Let us perform the trust of the people with sincere, honest and trust, may our practice be accepted by God. God willing (Insya-Allah)