Pokok Di Musnah Hanya Untuk Membina Lampu Isyarat?

Miri - Ramai orang tertanya-tanya samaada projek yang sedang dibina di persimpangan jalan pujut 7 sekarang itu dibina untuk lampu isyarat lalulintas atau jejambat? Kalau dibina sebuah lagi lampu isyarat rasanya tidak begitu sesuai disebabkan jaraknya terlalu dekat dengan lampu isyarat yang menuju ke arah jambatan ke Tudan kecuali jambatan serta jalanraya ke perumahan tersebut dilebarkan menjadi 4 lorong. Adakah ini akan mengurangkan kesesakan lalulintas atau memburukkan lagi keadaan? Kesesakan sudah pasti berlaku pada waktu kemuncak dimana ramai pekerja dan pelajar pergi balik pada waktu tersebut.




Satu lagi persoalan mengapa mesti menebang pokok-pokok di sepanjang jalan Miri – Pujut?
Akibat daripada perancangan yang tidak teliti banyak pokok-pokok terpaksa ditebang dan di musnahkan sepanjang jalan Miri- Pujut semata-mata untuk membuat lampu isyarat lalulintas di simpang Pujut 7. Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab menjaga bandaraya Miri merancang dengan teliti sesuatu projek sebelum dilaksanakan kerana ini akan melibatkan kos yang tinggi dan melibatkan masa depan bandaraya Miri. Kita tidak mempertikaikan usaha kerajaan untuk mengurangkan masalah lalulintas tetapi kalau perancangan tidak dirancang dengan teliti maka berlaku pembaziran wang rakyat.

Kita sudah lama perhatikan kerja-kerja yang dijalankan dalam bandaraya Miri banyak kelemahan dan pembaziran wang rakyat (pembayar cukai) dan disalahgunakan semata-mata untuk kepentingan pihak tertentu. Kalau pihak yang berkenaan membuat perancangan Bandar jangka panjang sudah pasti perkara begini tidak berlaku atau mungkinkah disebabkan desakan pihak tertentu maka segala perancangan yang sepatutnya di laksanakan terpaksa diubah. Kalau perkara ini berlaku kita sangat kesal kerana banyak wang rakyat dibazirkan tanpa ikut plan Bandar yang sepatutnya.


Kita mendesak agar pihak yang berkenaan merancang dengan teliti setiap projek yang akan dilaksanakan pada masa akan datang agar tidak berlaku lagi pembaziran wang rakyat dan kenalah belajar dari kesilapan yang lalu agar jangan berulang lagi.

Sekiranya perancangan Bandaraya Miri di rancang dengan teliti dan tersusun ianya akan memberi kesan yang baik untuk penduduk di bandaraya Miri di masa hadapan. Kita rasa pokok-pokok yang ditebang sepanjang jalan Miri – Pujut itu satu pembaziran yang amat besar buat pembayar cukai dan kesannya juga akan mengurangkan kehijauan didalam bandaraya Miri

Pokok-pokok tersebut sudah banyak memberi kesan yang baik untuk kesihatan penduduk di Miri kerana dengan adanya pokok-pokok tersebut dapat menyerap udara kotor dan asap monoxide dari kenderaan.

Kita cadangkan agar bandaraya Miri di tanam dengan lebih banyak tumbuhan hijau agar dapat memberi kesihatan yang baik buat penduduk Miri karena tumbuhan hijau menghasilkan banyak oksigen, dan oksigen merupakan kunci segala kehidupan. PAS menuju ke arah kehijauan.

PAS Miri

English version
Pull Down Tree Just To Built Traffic Light?

Miri - Many people wonder whether the project is being built now at the crossroads at Pujut 7 was built for traffic light or flyover? If it is built for another traffic light it is not really suitable because of the distance is too close to the traffic lights heading towards the bridge to Tudan except if the bridges and the roads to the housing areas widened to four lanes. Is this going to reduce traffic congestion or worsen the situation? Congestion would have happened at the peak hours where many workers and students go and return during that time.

Another question is why must be cut down the trees along the Miri – Pujut road?
As a result of improper planning a lot of trees cut down and destroyed along the Miri-Pujut road just to make traffic lights at intersections Pujut 7. The person in charge of Miri city should be the responsible to plan before implementing a project that will involve high costs and the future of Miri city. We do not dispute the government's efforts to reduce traffic problems, but if the planning is not carefully planned it will cause wastage of public funds.

We have noticed the work carried out in the Miri city which are many weaknesses and waste people's money (taxpayers) and abused solely to the interests of certain parties. If the relevant parties make a long-term city planning that has been identified such a thing does not happen nor could it be because of the pressure, that all plans should be implemented to change. If this happens we are very disappointed because a lot of public money is wasted without following the proper city planning.

We urge the parties concerned to plan carefully each project will be implemented in the near future so that does not happen again wastage of public funds and have a lesson learn from past mistakes not to happen again.

If the Miri City planned and well organized it will give a good impression to the people in the Miri city in the future. By cutting the trees alone the way from Miri – Pujut road, we feel that it is a very big waste of taxpayers fund and their effects will also reduce the greenery in the Miri city.

These trees give a lot of good effects to the people health in Miri because the presence of trees can absorb dirty air (air pollution) and smoke (monoxide) from the vehicle.

We propose that the Miri city should planting more greenery in order to provide good healthy air for the people of Miri as green plants produce a lot of oxygen, and oxygen is the key to all life. PAS moving towards green.