Masyarakat Cina dan Bukan Islam Terima PAS Setelah Mereka Tahu Umno/BN Menipu!!!
Gambar Orang Ramai khusyu mendengar penjelasan Hudud dari Pengerusi DHPP Hu Pang Chaw

Miri - Forum Rakyat dengan tema “Membina Malaysia Sejahtera” di sebuah Hotel Miri yang dianjurkan oleh Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Miri mendapat sambutan yang baik dari masyarakat Cina dan bukan Islam di Bandaraya Miri. Antara panelis yang hadir pada hari tersebut ialah Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat Hu Pang Chaw, YB Alan Ling Sie Khiong (DAP), Dr Micheal Teo (PKR) dan moderator dari NGO stadio Mualaf sdr Robby. Turut hadir dalam forum tersebut ialah pimpinan Pakatan Rakyat dan juga masyarakat setempat dari berbagai bangsa dan agama.Diantara isu yang dibangkit pada forum tersebut ialah berkenaan dengan Hudud. Isu Hudud yang di politik oleh pihak tertentu telah dapat ditangani dengan baik oleh Pengerusi DHPP Pusat Sdr Hu Pang Chaw, dimana kata beliau isu Hudud ini bukan perkara yang perlu ditakuti oleh masyarakat Cina dan bukan Islam kerana katanya Hudud adalah sebahagian daripada perundangan Islam. Masyarakat Cina dan bukan Islam tidak perlu takut dengan Hudud sebab Hudud hanya dikenakan kepada umat Islam yang melanggar perintah Allah dan yang bukan Islam tidak akan dikenakan hukuman tersebut secara paksa kecuali yang bukan Islam sedia menerimanya sebagai perundangan. Lagi pun sekarang Perlembagaan Malaysia juga membenarkan sistem kehakiman berganda yang unik, iaitu undang-undang sekular (jenayah dan sivil) dan undang-undang syariah.
Dengan kedatangan pengerusi DHPP Pusat ke Miri sekurang-kurangnya dapat meredakan keadaan yang boleh mencetuskan kontrovasi diantara kaum dan agama di Miri sebab apabila masyarakat Cina dan bukan Islam mendengar sendiri penerangan dan penjelasan dari pimpinan pusat mereka rasa lega dan yakin PAS bukanlah parti yang bersifat perkauman dan exterismis seperti yang digambarkan oleh Umno/BN selama ini.
Menurut Hu Pang Chaw lagi Hudud bukanlah suatu masalah bagi yang bukan Islam tetapi oleh kerana ianya di politikkan oleh pihak tertentu maka ianya sudah semacam suatu perkara yang menakutkan orang bukan Islam terhadap PAS. Seperti yang berlaku di Semananjung Malaysia, Umno membiarkan MCA memburuk-burukkan hukum Islam seperti Hudud sebab mereka tahu kalau mereka yang menentang Hudud secara terang-terangan sudah pasti orang Melayu Islam marah jadi mereka biarkan rakan parti komponen mereka seperti MCA mengecam Hudud demi survival parti mereka. Tujuan utama mereka membuat demikian hanya untuk menjauhkan PAS dengan masyarakat bukan Islam. Sebab mereka tahu kalau PAS berjaya menarik pengundi bukan Islam menyokong dan menyertai PAS sudah pasti Umno/BN mudah dikalahkan dalam PRU 13 nanti.
Apabila PAS berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS maka PAS sudah dapat sokongan dari masyarakat Cina dan bukan Islam dan inilah yang menakutkan Umno/BN. Tidak mustahil PAS Sarawak juga boleh diterima dalam masyarakat Cina dan bukan Islam di Bandar sekiranya PAS dan DHPP dapat menyakinkan masyarakat Cina dan bukan Islam bahawa PAS sesuai untuk semua golongan tanpa mengira bangsa dan agama.
Dalam pada itu YB Alan Ling (DAP) juga memuji PAS Miri kerana sentiasa aktif menjalankan aktiviti bersama rakyat di Miri dan begitu juga Dr Micheal Teo (PKR) juga mengatakan betapa perlunya kerjasama yang kukuh agar Pakatan dapat menawan Putrajaya dalam PRU 13 nanti.
Kita yakin kalau masyarakat Cina dan bukan Islam dapat gambaran yang jelas tentang Hudud tiada masalah untuk mereka menerima PAS sebagai wakil mereka dalam Pakatan. PKR, DAP dan PAS akan mencapai kejayaan yang besar kiranya mereka terus bersatu dan bekerjasama dengan satu maklamat menuju dan membina Malaysia sejahtera.
PAS Miri
Jofri Jaraiee

English version
Chinese and Non-Muslim Accept PAS After They Know Umno / BN falsification!!!

Picture of the Public conscientiously listened to DHPP Chairman Hu Pang Chaw clarification on Hudud issues

Miri - People's Forum with the theme “Building a Prosperous Malaysia “in one of the Hotel in Miri organized by PAS Supporters Congress (DHPP) Miri received a good response from the Chinese and non-Muslims in Miri city. Among the panelists who attended is the Chairman of the Central PAS Supporters Congress (DHPP) Hu Pang Chaw, The Honourable Alan Ling Sie Khiong (DAP), Dr Michael Teo (PKR) and the moderator from NGO Studio Mualaf sdr Robby. Also present in the forum is the leadership of the People's Alliance and the local communities from different races and religions.
Among the issues raised at the Forum is concerned with the Hudud. Hudud has become a political issue by certain parties has been addressed appropriately by the Chairman of the Central DHPP Mr. Hu Pang Chaw, which he said the Hudud issue is not what should be feared by the Chinese and non-Muslims because Hudud is part of Islamic law. The Chinese and non-Muslims should not fear the Hudud because Hudud apply only to Muslims who disobey Allah law and non-Muslims would not be by force to except it unless the non-Muslims ready to accept it as legal. Furthermore, the present Constitution of Malaysia also allows multiple unique judicial system, the secular law (criminal and civil) and sharia law.
With the arrival of the chairman of Central DHPP to Miri at least to ease the tension that can trigger controversy between races and religions in Miri because when the Chinese and non-Muslims hear with their own explanations from federal leadership they feel relieved and confident that PAS is not a racist party and extremisms as portray by the Umno / BN all these years.
According to Hu Pang Chaw the Hudud law is not a problem for non-Muslims but because it is in certain quarter’s they politicize it by then it was kind of a scary thing to non-Muslims towards PAS. As occurred in Peninsular Malaysia Umno let MCA discredit Islam such as Hudud because they know if they are against Hudud openly, the Malay Muslims certainly angry, so they let their partner component parties like MCA to denounce the Hudud law for the survival of their party. Their main purpose is just to keep out PAS with non-Muslim communities. Because they know if PAS was able to attract non-Muslim voters to support and participate in PAS is certainly Umno / BN were easily defeated in this coming 13rd general election.
When PAS was able to establish the PAS Supporters Club that has been able to get support from the Chinese and non-Muslims and this is frightening Umno / BN. This is not impossible for PAS Sarawak to be accepted by the Chinese society and non-Muslims in the town if PAS and DHPP can convince the Chinese and non-Muslims that PAS is suitable for all people regardless of race and religion.
In the meantime the Honourable Alan Ling (DAP) also praised PAS Miri as always actively involved in activities with the people in Miri and so is Dr Michael Teo (PKR) has also said that the need for a strong partnership that the Alliance can capture Putrajaya in the General Election 13th later.
We are confident that if the Chinese and non-Muslims can illuminate the Hudud, no problem for them to accept PAS as their representative in the coalition. PKR,DAP and PAS will achieve great success if they remain united and work together with the objective of leading and building a prosperous Malaysia.