Pemimpin BN Jangan Takut Teguran Pembangkang
Gambar Hiasan Diluar Pekarangan Hospital Miri
Pemimpin BN Jangan Takut Teguran Pembangkang
Miri - Kenyataan YB Lee Kim Shin dalam Utusan Borneo bahawa Projek kerajaan tiada kaitan kritikan pembangkang. Ini menunjukkan bahawa pemimpin BN (Barisan Nasional) sukar untuk menerima kritikan dari pembangkang untuk kebaikan semua tanpa mengira fahaman politik.
Perkara ini sepatutnya tidak berbangkit kalau pemimpin BN ikhlas membantu rakyat tanpa mengira fahaman politik. Kalau pembangkang memberi pandangan atau teguran bukan bermakna untuk menyusahkan kerajaan tetapi lebih kepada tujuan agar setiap projek kerajaan dapat dijalankan dengan baik dan sempurna tepat pada waktunya tanpa ada unsur-unsur pembaziran atau rasuah. Sikap wakil pemimpin BN yang tidak mahu mengaku kelemahan serta menunjuk keangkuhan akan menjauhkan orang ramai untuk berkerjasama dengan kerajaan.
Kebanyakan pemimpin begini mungkin mereka lupa bahawa gaji serta elaun yang mereka terima sebagai wakil rakyat adalah hasil dari duit pembayar cukai bukannya dari poket BN sendiri.
Masalah kemudahan di hospital Miri bukan sebulan dua ini tetapi sudah lama berlarutan dah bertahun-tahun berlaku,apabila pembangkang menyuarakan masalah rakyat mengapa pemimpin BN melenting? Sepatutnya mereka berusaha untuk memperbaiki kelemahan projek kerajaan tersebut. Semua masalah yang dikemukakan oleh pembangkang adalah hasil dari aduan rakyat bukan direka-reka dari pembangkang sendiri. Pembangkang hanya meluahkan perasaan rakyat yang tidak puas hati terhadap sesuatu masalah yang mereka hadapi.
Diantara contoh lain ialah kemudahan tempat orang Islam mendirikan solat di hospital Miri. Kalau yang ada sekarang pun hanya sebuah bilik yang terlalu kecil untuk solat berjamaah dimana jamaah lelaki dan perempuan terpaksa berkongsi tempat untuk bersolat. Kalau boleh pihak hospital atau pihak kerajaan dapat membina sebuah surau untuk pekerja Islam dan juga pelawat Islam di hospital tersebut agar mereka dapat dirikan solat berjamaah dengan selesa tanpa perlu jamaah lelaki dan perempuan berkongsi tempat dalam satu masa maksudnya bilik solat perempuan dan lelaki diasingkan.
Diharap perkara ini dapat diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan samada projek ini sudah dalam perancangan atau belum yang penting kebajikan rakyat perlu diberi keutamaan. Jangan marahkan pembangkang apabila sesuatu isu dikeluarkan yang penting laksanakan tugas sebagai wakil rakyat untuk semua tanpa mengira fahaman politik.
Jofri Jaraiee
PAS Miri
English version
BN Leaders Should Not Fear the Opposition's remarks
YB Lee Kim Shin statement in the ‘Utusan Borneo’ alleged that the government Project has nothing to do with the Opposition criticism. This showed that BN (Barisan Nasional) leaders are difficult to accept criticism from the opposition for the good of all irrespective of political affiliation. This case should not rise up if the BN leaders sincerely help people regardless of political affiliation.
If the opposition give the remark or criticism is not meant that to burden the government but more to ensure that the government project can be done well on time without any elements of misuse or corruption. The attitude of the BN leaders who do not want to admit its weakness and arrogance will alienate people to cooperate with the government. Most of the leaders behave like this maybe they forget that wages and allowance they receive as an elected representative is from the taxpayers money and not from the pockets of the BN itself.
Miri hospital facility problems are not a month or two but this has been prolonged, the entire problems raise by the opposition is the result of the complaints of the people and not created from his own dissident, when the opposition voice out the people problems why they should be bouncy? The BN leaders should improve the weakness of the government project. The opposition only express dissatisfaction of the people who face problems.
Among other examples are facilities for Muslim prayers at the Miri Hospital. The current one is only a small room for prayer and mixed between men and women. If possible, the hospital or the government can build a proper prayer room (surau) for Muslim workers and visitors at the hospital to perform their congregational prayers in comfort without having sharing one room for men and women at the same place on the same time, This mean that should be separated prayer rooms for men and women.
It is hoped that this matter can be taken seriously by the government whether this project has been in the design or not but the important is the virtue of the people should be given primacy. Do not irritated with the opposition on an issue the important is to perform essential duties of the elected representatives to all irrespective of political affiliation.
Pemimpin BN Harus Bersifat Terbuka Dan Berfikiran Positif
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2011
(227)
-
▼
October
(12)
- Masyarakat Cina dan Bukan Islam Boleh Terima PAS D...
- Pelajar Sekolah Di Pendalaman Patut Diberi Keutamaan
- Beras Naik (BN) Harga Siapa yang Untung?
- Suara PAS di Bandar Sarawak Sangat Diperlukan!!!
- Raja Melayu Hilang Kuasa Sebab Siapa?
- Krisis SUPP dan SPDP Jadi Liability Buat BN Sarawa...
- Penduduk Kampung Sealine Menuntut Janji BN
- Kesesakan Lalu Lintas Di Pujut 7 Belum Berakhir!!!
- Demi Kebajikan Rakyat Sibuti Dalam Perhatian PAS
- Sarawak Patut Dapat Lebih Sebab Masih Mundur!!!
- Jadikan Miri Bandaraya Pelancongan Antarabangsa
- Pemimpin BN Harus Bersifat Terbuka Dan Berfikiran ...
-
▼
October
(12)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment