Bekas Perajurit Sarawak Masih Menumpang di Tanah Kerajaan
Miri - Kampung Sealine bersempadan dengan Kampung Senadin di dalam kawasan Lutong, Miri dan sudah didiami oleh penduduk hampir 50 tahun. Dulu ianya kawasan hutan rimba dan ianya berhampiran dengan telaga minyak Shell. Masih ramai penduduk yang sudah lama tinggal disitu lagi belum mendapat hak milik tanah walaupun sudah banyak kali memohon tanah untuk tapak rumah dari pejabat Tanah dan Ukur.
Pihak kami mendapat aduan dari salah seorang bekas perajurit yang mengadu akan nasib yang menimpa mereka yang pernah berjuang menentang pengganas komunis semasa zaman pemberontakan dulu. Sehingga kini ramai yang masih belum mendapat tempat tinggal yang sewajarnya setelah mereka bermati-matian menentang pengganas komunis dulu. Sebahagian daripada mereka menetap di Miri, sebagai contoh, Kampung Sealine. Mereka dari pelbagai bidang penguatkuasa seperti angkatan tentera, polis dan polis hutan.
Pengorbanan mereka selama ini seolah-olah tidak diambil perhatian oleh pihak kerajaan. Walaupun mereka pernah memohon tanah untuk tempat kediaman tetapi permintaan mereka kurang mendapat perhatian sehingga mereka terpaksa membina rumah di kawasan tanah kerajaan. Dulu semasa pilihanraya umum Sarawak mereka telah dijanjikan dengan pemberian TOL atau tanah pendudukan sementara oleh bekas ahli DUN Piasau yang memberikan surat pendudukan sehingga kini geran tanah untuk penduduk Sealine belum dapat khabar lagi.
“Lebih teruk lagi tanah tempat tinggal kami di ukur secara berasingan. Kampong Senadin di ukur mengikut sempadan yang sedia ada seperti mana telah dipersetujui sebelum ini, tanah lot yang lebih besar atau lebih kecil sepatutnya boleh diduduki oleh keluarga tersebut tetapi Sealine tidak di ukur secara ini. Sebenarnya kampung kami adalah lebih mudah untuk di ukur daripada Senadin. Rumah kampung yang teratur dan tersusun.Apa yang juruukur telah lakukan adalah mengikut draf peta dengan Lot yang diperuntukkan. Terrlalu banyak karenah seperti yang telah kami setuju dulu untuk memindah pasak ke tanda lokasi baru. Keluarga yang mempunyai tanah yang kecil diberi lot besar dan mereka yang mempunyai lot tanah yang besar kadang-kadang berkongsi lot yang sama. Lot atau sebidang tanah yang kita duduki telah dibayar untuk penyenggaraan kepada pemilik asal, tanah itu tidak bebas untuk kita yang menetap di sini.
Mengapa tidak boleh juruukur menggunakan inisiatif mereka untuk bagaimana kita merasakan dan bukannya melakukan kerja hanya kerana ada pilihan raya akan pada masa itu. Sekiranya kita mengadu mereka berkata kami mengikuti peta Sealine sekarang. Sekarang penduduk Sealine tidak berani untuk datang ke pejabat Tanah dan Ukur Miri disebabkan mereka takut tidak dilayan. Dimana perginya perkataan "saya boleh membantu anda" dan berkhidmat dengan senyuman.” Kata salah seorang dari penduduk kampong tersebut.
Disini kita mempersoalkan mengapa pihak kerajaan kurang mengambil perhatian terhadap nasib bekas perajurit atau rakyat yang kurang bernasib baik. Walaupun kita mendengar berbilion-bilion peruntukan bajet untuk kebajikan rakyat tetapi mengapa masih ada yang tertinggal? Kita mendesak agar pihak yang bertanggunjawab dalam kebajikan rakyat mengambil perhatian serius akan nasib rakyat ini. Tanggungjawab pemerintah adalah membantu dan memberi kesejahteraan untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa,agama dan fahaman politik.
“Saya adalah salah seorang veteran yang menduduki tanah di batu 6 ½ Jalanraya Miri-Bintulu, yang telah diduduki oleh Shin Yang yang tamak. Kita telah mengeluarkan belanja diantara 5-6K(ribu) Ringgit untuk setiap keluarga membuat saliran dan penanaman. PBTM TERPAKSA memohon beberapa kali melalui Tanah dan Ukur Miri malah mengemukakan permohonan ke Kuching. Jika alasannya adalah bahawa ia adalah sebuah kawasan tadahan mengapa membenarkan syarikat sawit untuk menanam kelapa sawit yang memerlukan tan baja dan racun serangga..” Kata Douglas Ajon Bekas Perajurit
PAS Miri
English version
Former Ex Servicemen of Sarawak still Stay on State Land
Sealine village is nearby the Sanadin village within Lutong, Miri area and is occupied by a population of nearly 50 years. Before, it was the forest and it is close to Shell's oil fields. There are still many folks who have been living there yet to get land titles although it has been many times apply land for housing from the Land and Survey office.
We received a complaint from one of the veterans or ex serviceman who complains of their fate who had fought against the communists during the insurgency. Until now, many of them are still not getting a proper shelter after they fought tooth and nail against the communist. Some of them settled in Miri, For example Kg Sealine. They are from various armed forces: army, police and field force. Their sacrifices over the years seem not being recognized by the government. Although they have applied for residential land, but they demand getting less attention until they had to build a house on the state land. Before the Sarawak general election they were promised a grant of TOL or temporary occupation of land by former Piasau Assembly member who gave only a letter of land occupation until now the land grants for all Sealine folks are never heard off.
“Worst of all our kampong was surveyed very differently. Kampong Senadin was surveyed according to the existing boundary they had agreed before, the bigger or smaller the land lot occupied by the family that was deemed they should have but sea line was surveyed not this way. Actually our kampong was easier to survey than the kampong Senadin the houses were very well organized and lineup. What the surveyor did was following the draft map with allocated lot, too much hassle as we had to move our earlier agreed pegs to a new location points. A family with small land was given a big lot and those who had big land sometimes shared the same lot.
The lot or a piece of land we occupied was paid for the maintenance to the original owners,the land are not free for us who settled here.Why the surveyor can’t used their initiative as to how we felt rather than doing the job just for the sake of coming election at that time. if we complained they said we followed the map. Now the Sealine folks sacred to come to land and survey office as they fear of not being entertained and where are the word of “may I help you” and serve with smile.” said one of the resident.
Here we questioned why the government not take much attention to the plight of veterans, or people who are less fortunate. Although we hear the multi-billion allocation budget for the welfare of the people but why is there left behind? We demanded that the relevant party responsible for the welfare of the people take it seriously to the fate of this people. The government's responsibility is to help and provide peace for all people regardless of race, religion and political belief.
"I was one of the veterans who occupied the land at mile 6 ½ miri-Bintulu road, which was occupied by the greedy shin yang. We spent between 5-6K for each family for the drainage and planting. PBTM HAD applied several times through the Land and survey Miri and even forwards the application to Kuching. If the reason is that it is a catchment area why asked the palm company to plant oil palms which require tons of fertilizers and insecticides".Said Douglas Ajon Ex Serviceman
Here are the references the veteran association, miri forwarded to the relevant authorities:
PBTM/SRK/M/07/06 TO GENERAL MANAGER SHIN YANG S/B for compensation
PBPM/SEK/M DOSSIER NO.73/86- land application to YB Awang tengah Ali Hassan 28/9/1992
Letter dated 1/3/2006 to Mr Ling Chong Ho,Linau Mewah sb.-who occupied the said land to settle the matter peacefully,
Penduduk Kampung Sealine Menuntut Janji BN
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2011
(227)
-
▼
October
(12)
- Masyarakat Cina dan Bukan Islam Boleh Terima PAS D...
- Pelajar Sekolah Di Pendalaman Patut Diberi Keutamaan
- Beras Naik (BN) Harga Siapa yang Untung?
- Suara PAS di Bandar Sarawak Sangat Diperlukan!!!
- Raja Melayu Hilang Kuasa Sebab Siapa?
- Krisis SUPP dan SPDP Jadi Liability Buat BN Sarawa...
- Penduduk Kampung Sealine Menuntut Janji BN
- Kesesakan Lalu Lintas Di Pujut 7 Belum Berakhir!!!
- Demi Kebajikan Rakyat Sibuti Dalam Perhatian PAS
- Sarawak Patut Dapat Lebih Sebab Masih Mundur!!!
- Jadikan Miri Bandaraya Pelancongan Antarabangsa
- Pemimpin BN Harus Bersifat Terbuka Dan Berfikiran ...
-
▼
October
(12)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment