HARGA RUMAH DI BINTULU TERLALU MAHAL
BINTULU - Rumah merupakan salah satu keperluan asas bagi setiap individu yang hidup di dunia ini. Tidak kira di mana manusia berada, pasti rumah akan dijadikan tempat untuk berteduh dan berlindung dari panas siang dan sejuknya malam. Boleh dikatakan jumlah rumah di Malaysia dari masa ke masa bertambah dengan semakin bertambahnya populasi rakyat Malaysia. Jika jumlah rumah tidak cukup menampung populasi rakyat yang semakin bertambah, maka timbullah pelbagai masalah seperti tiada tempat tinggal dan kenaikan harga rumah.
Perkara inilah yang berlaku di Bintulu, sebuah bandar di Sarawak yang terkenal dengan hasil petroleumnya. Semakin hari semakin banyak projek yang akan dibangunkan di sekitar Sarawak ini. Seperti projek di MLNG, projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) di Taman Perindustrian Samalaju dan lain-lain. Secara sifirnya, penambahan projek-projek baru akan meningkatkan jumlah kemasukan pekerja-pekerja baru bagi melaksanakan projek yang dibangunkan. Sudah pasti pekerja yang baru datang ke Bintulu ingin mencari tempat berteduh sementara mereka bekerja disini.
Namun begitu, jumlah rumah yang sedia ada tidak cukup banyak untuk menampung situasi ini. Projek perumahan baru juga disifatkan baru bermula dan tidak cukup banyak bagi menampung keperluan mereka yang ingin tinggal disini.
Rumah yang dijual pula terlalu mahal dimana harga jualan yang dimaklumkan adalah sekitar RM380,000 ke atas bagi rumah teres tengah dua tingkat. Harga ini tidak munasabah bagi mereka yang baru bekerja selama 5 ke 10 tahun dengan berpendapatan RM2000 ke RM3500 sebulan. Ini kerana, bagi sebuah rumah yang berharga sebegini, wang pendahuluan yang harus dikeluarkan adalah RM40,000 dan bayaran bulanan adalah sebanyak RM1900 ke atas baki pinjaman selama 30 tahun.
Bagi mereka yang ingin menyewa rumah pula, masalah yang dihadapi adalah harga sewa rumah juga sangat mahal. Bila disebut ‘rumah sewa’, perkara pertama yang menghantui minda adalah harga sewa yang sangat tinggi. Tuan rumah terpaksa menaikkan harga sewa ke RM1000 dan ke atas sebulan bagi menampung bayaran rumah yang mereka miliki.
Rumah sewa yang berharga sedemikian bukanlah berperabot lengkap, bahkan ada yang kosong dan tiada perabot. Harga sebegini jika dibandingkan dengan harga sewa rumah di Semenanjung amatlah jauh bezanya. Dengan harga RM1000, rumah teres dua tingkat berserta dengan perabot mampu dimiliki sementara.
Rata-rata yang baru mula bekerja disini mengalami kesulitan untuk mencari rumah sewa. Itu baru cerita berkenaan harga sewa rumah. Masalah harga sewa bilik juga tidak jauh beza iaitu diantara RM300 ke RM500 merupakan harga ‘standard’ bagi satu bilik disini.
Tidak dinafikan isu ini menjadi berita hangat sehingga terpampang di salah sebuah akhbar tempatan baru-baru ini. Di dalam berita yang bertajuk “Harga rumah di Bintulu paling mahal di Sarawak”, Menteri Perumahan Sarawak ada menyebutkan beberapa tindakan susulan akan diambil bagi mengatasi masalah ini. Namun, sehingga kini masalah ini masih berlarutan seolah-olah tiada penghujungnya. Beliau juga ada menyatakan bahawa perkara ini hanya sementara sahaja kerana projek perindustrian yang akan dimajukan masih dalam fasa pembinaan dan ia kembali pada kadar biasa dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.
Justeru itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bintulu ingin mendesak pihak yang berwajib untuk melaksanakan apa yang telah dijanjikan dengan kadar segera bagi mengatasi masalah harga rumah yang semakin melambung tinggi ini. Jika harga rumah yang dijual adalah rendah, sudah pasti penyewa tidak akan menaikkan harga sewa rumah dengan sewenang-wenangnya.
Pihak kementerian sewajarnya campur tangan dalam urusan menetapkan harga maksimum pada setiap satu jenis rumah yang dimajukan. Jika pihak kementerian hanya menyatakan masalah ini hanya akan berlarutan 2 hingga 4 tahun sahaja, bererti kerajaan Barisan Nasional memang tidak memperdulikan nasib rakyat dan sanggup mengorbankan kehidupan rakyat demi kepentingan projek yang sedia ada. Jelas, keperihatinan kerajaan BN terhadap pengundi yang mengundi mereka selama ini tidak diendahkan.
Impak atau kesan kenaikan harga rumah ini bukan sahaja terkesan kepada warga bukan Bintulu, bahkan rakyat jati 'vaee' atau Bintulu juga merana kerana kesusahan yang mereka hadapi untuk memiliki rumah sendiri.
Tenaga pengajar juga turut terkesan dengan situasi yang membebankan ini. Bagi warga guru yang datang jauh dari semenanjung dan sanggup berkorban untuk mengajar anak bangsa di Bintulu, pihak Kementerian Pelajaran wajib mengambil perhatian yang secukupnya kepada mereka dengan menjaga kebajikan mereka dengan sebaiknya.
Dalam keadaan Bintulu yang kekurangan guru di Sarawak dan masih memerlukan tenaga guru dari Semenanjung, pihak kementerian harus memberi yang terbaik bukan hanya dengan elaun perumahan untuk mereka, bahkan pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Bintulu mencadangkan agar dibina kuarters atau perumahan guru yang secukupnya. Ini penting supaya tenaga pengajar merasa dihargai atas pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa di sini. Jangan dibezakan antara warga Semenanjung dan Sarawak dalam isu ini.
Kita tidak mahu slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” yang sering dilaungkan kerajaan hanya menjadi omongan kosong dalam keadaan rakyat Bintulu masih dibelenggu dengan masalah-masalah ini.
Walaupun pihak kerajaan ada bercadang membina perumahan mampu milik tetapi harganya masih lagi menjadi isu kerana siapakah pemilik sebenarnya yang mampu memiliki rumah tersebut kerana kalau harga rumah mampu milik dibina dengan banyak sudah pasti harga perumahan swasta dengan sendirinya akan menurun.
Kita mengesa agar perkara ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak kerajaan kerana masalah ini bukan sahaja berlaku di Bintulu bahkan hampir seluruh kawasan bandar di Sarawak.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
HOUSE PRICES IN BINTULU ARE TOO EXPENSIVE
BINTULU - A home is one of the basic necessities of life for every individual in this world. No matter where people are, the house will definitely be the place to take shelter and refuge from the hot day and cool at night. Arguably, the number of houses in Malaysia from time to time increased with the increase of Malaysian populations. If the house number is not enough accommodate the growing population of the people, and then there are various problems such as homelessness and rise in house prices.
This is what happens in Bintulu, a town in Sarawak which famous with the petroleum revenue. The more of days are increasing number of projects to be developed around Sarawak. Such as LNG project, the Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) project in Samalaju Industrial Park and others. In its multiplication tables, addition of the new projects will increase total admissions of new workers to implement the project developed. Definitely the new employees come to Bintulu want to find shelter while they work here.
However, the number of existing houses is not enough to cover this situation. The new housing projects also are deemed to be just starting and are not enough to meet the needs of those who want to live here.
The house sold where the sale price is too expensive as disclosed is around RM380, 000 for two-storey mid-terraced house. The price is not reasonable for those just working for 5 to 10 years with the income of RM2000 to RM3500 per month. This is because, for a house of this kind, the deposit should be released is RM40, 000 and a monthly fee of RM1900 above the loan balance for 30 years.
For those who want to rent the house, the problem is the rent is also very expensive. When we mention 'rental house', the first thing that haunts the mind is a very high rental prices. The house owner had to raise the rental price to RM1000 and above per month to cover the costs of their properties.
Such house rental priced is not fully furnished, but there are empty and no furniture. Such price when compared to the rent in the Peninsula is very much different. With the price of RM1000, two storey terraced house with furniture are capable owned temporary.
On average that just started working here have difficulty to find the rental house. That’s just on a story of the house rental. Room rental price problem is not too much difference, ranging from RM300 to RM500 is the 'standard' price for a room here.
No doubt this issue becomes hot news until emblazoned on one of the local newspapers recently.
In the news titled "House prices in Bintulu the most expensive in Sarawak ', the Sarawak Housing Minister has mentioned some action will be taken to overcome this problem. However, until now the problem still persists seemingly endless. He also mentioned that this is only temporarily because industrial projects to be developed are still in the construction phase and is back at normal levels in the next two to three years.
Therefore, PAS Bintulu Youth area strongly urges the authorities to implement what has been promised as soon as possible to overcome the problem of house prices that is increasingly soaring high. If the price of homes sold was low, tenants certainly will not raise the rent with impunity.
The ministry should interfere in setting the maximum price of each house type developed. If the ministry is simply stating the problem will only last 2 to 4 years, the National Front government means ignore the plight of the people and are willing to sacrifice the lives of people in the interest of existing projects. Clearly, the BN government concern for voters that voting them all this while were ignored.
The impact or effect of rising house prices are not only affected to the non Bintulu, even the local 'vaee' or Bintulu also suffer because of difficulty they faced to owning their own home.
The teaching staff also deeply concerned with the situation of this burden. For the teachers who came away from the peninsula and are willing to sacrifice to teach people in Bintulu, the Education Ministry must take adequate attention to them with the best care for their welfare.
In a situation of Bintulu shortages of teachers in Sarawak and still require teaching staff from the peninsula, the ministry should provide the best not only for their housing allowance, even the Bintulu PAS Youth area suggested that built more quarters or adequately teacher housing.
This is important so that the teachers feel appreciated for their sacrifices in educating the people here. Do not distinguish between Peninsular and Sarawak citizens in this issue.
We do not want the slogan "People First, Performance Now" is often propagated by the government just be an empty promise in a state of Bintulu people still plagued with these problems.
Although the government has plans to build affordable housing, but the price is still an issue because who are the owner actually who can afford to own a house because if the price of affordable houses built with many definitely private sectors housing prices will drop by itself.
We urge that this matter gets appropriate attention from the government because the problem is not only happening in Bintulu even throughout most of the city in Sarawak.