Keselamatan Pelajar Sekolah Terancam Tanpa Pengawasan


Gambar Hiasan

Kejadian culik dan rogol pelajar sekolah yang berlaku di Miri baru-baru ini patut dijadikan pengajaran kepada pihak keselamatan dan juga pihak kementerian pelajaran agar memberi perhatian serius tentang keselamatan para pelajar di sekolah. 

Seperti yang dilaporkan dalam akhbar tempatan kejadian yang berlaku  jam 6 pagi  yang membabitkan  pelajar sekolah menegah di sini baru-baru ini yang dipaksa melakukan seks oral oleh seorang lelaki sebelum dia dirogol dan ditinggalkan di sebuah kebun menyebabkan para ibu bapa pelajar merasa tidak selamat untuk menghantar atau membenarkan anak-anak mereka datang seawal pagi.

Mereka terpaksa menghantar anak mereka seawal pagi untuk mengelak kesesakan jalan dan juga para pelajar datang lambat ke sekolah.

Pihak sekolah sepatutnya membuka pintu pagar sekolah lebih awal untuk memberi kemudahan para pelajar masuk kedalam bilik darjah masing-masing daripada membiarkan mereka menunggu diluar kawasan persekolahan.

Kalau boleh pihak sekolah memasang CCTV di kawasan pekarangan sekolah dan kawasan tertentu di sekolah untuk memantau pengerakan para pelajar disamping dapat mengawasi tingkah laku pelajar yang melanggar peraturan sekolah seperti merokok dan sebagainya.

Kita mengesa agar pihak keselamatan dan juga pihak kementerian pelajaran dapat memberi perhatian serius tentang masalah yang dihadapi oleh para pelajar yang datang awal pagi dan juga mereka yang balik lewat waktu petang untuk mengelak dari perkara-perkara yang tidak diingini berlaku seperti kes penculikan dan rogol.

Pihak keselamatan seperti polis perlu mengawasi  kawasan persekolahan pada waktu pelajar datang awal pagi dan waktu balik petang supaya keselamatan para pelajar terjamin dari ancaman pihak yang tidak bertanggungjawab. Semoga masalah ini mendapat perhatian dan kerjasama yang sewajar dari pihak yang berkenaan demi keselamatan para pelajar semua.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version
Safety of School Students Threatened Without Supervision

Abduction and rape incident happened to the school’s student in Miri recently should be a Lessons Learned to the security and also the ministry of education to give serious attention on the safety of the students at the school.

As reported in a local newspaper that the incident happened at 6 am which involves secondary school students here recently who was forced to perform oral sex by a man before she was raped and left abandoned in an orchard causes the parents of the students do not feel safe to send or allow their children to come early in the morning.

They had to send their children early in the morning to avoid traffic congestion and also the students come late to school. The school should open the school gates early to facilitate the entry of students into their classrooms rather than let them waiting outside the school.

If possible, the school installs CCTV in the area and the specific area of the school yard at the school to monitor the movement of the students as well as to monitor the behavior of students who violate school rules, such as smoking and so on.

We urge that the security and also the ministry of education to give serious attention about the problems faced by the students who come early in the morning and those who return late at evening to avoid unwanted events occur like kidnapping and rape case.

The security authority such as the police should keep an eye on the school areas at the time students come early in the morning and at the time back at the evening so that the safety of the students is secured from the irresponsible threats. Hopefully this problem gets the appropriate attention and cooperation from the parties concerned for the safety of all students.

Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief


Petikan laporan Utusan Borneo

Pelajar diculik sebelum dipaksa melakukan seks oral dan dirogol

Posted on June 18, 2013, Tuesday
MIRI: Seorang pelajar perempuan yang diculik dari kawasan sekolah­nya awal pagi semalam dipaksa melakukan seks oral oleh seorang lelaki sebelum dia dirogol dan dit­inggalkan di sebuah kebun. Dalam kejadian yang berlaku jam 6 pagi semalam, pelajar terbabit yang masih menuntut di tingkatan empat sebuah sekolah menengah di sini, sedang berjalan menuju ke pekarangan sekolah bersama dua lagi rakan perempuannya, apabila mereka didatangi oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta Proton Wira berwarna merah.

Sambil menghampiri mereka dengan keretanya, lelaki tersebut memberitahu bahawa dia hendak meminjam telefon bimbit ataupun duit syiling untuk menghubungi rakannya bagi meminta bantuan kerana tayar keretanya pancit.
Bagaimanapun, mangsa mem­beritahu suspek bahawa mereka tidak mempunyai telefon bimbit atau duit syiling.
Suspek kemudian meminta pen dengan kertas untuk menulis sesuatu yang tidak dinyatakannya dan tanpa memikirkan niat buruk lelaki tersebut, mangsa kemudian­nya mencari pen dan kertas dalam beg sekolahnya sambil melangkah ke arah kereta suspek.

Sebaik hampir dengan kereta tersebut, tiba-tiba suspek menarik rambut mangsa dan mencengkam­nya untuk memaksa mangsa masuk ke keretanya sambil memecut membawa mangsa yang terjerit-jerit kesakitan dan  ketakutan. Manakala dua rakannya yang bersama mangsa tadi terkejut dan tercengang melihat kejadian itu dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan, menyebabkan mereka berlari ke sekolah untuk mendapatkan bantuan.
Pada masa yang sama, mangsa yang diculik oleh suspek dalam keretanya tadi dibawa ke sebuah kawasan kebun dan diugut akan dibunuh jika tidak mengikut kata-katanya.

Suspek memaksa mangsa melakukan seks oral (menghisap kemaluannya) sebelum dia kemudiannya merogol mangsa lalu meninggalkannya di kawasan kebun berkenaan. Mangsa yang Berjaya keluar dari kawasan kebun berkenaan kemudian berlari balik ke sekolahnya dan mengadu tentang perkara tersebut kepada pengetua sekolah.
Dengan ditemani penolong kanan sekolah serta seorang lagi guru, mangsa bersama dua rakannya tadi kemudian dibawa ke Balai Polis Lutong sebelum dirujuk ke Balai Polis Pusat Miri untuk membuat laporan polis sekitar jam 12 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Mun Kock Keong yang mengesahkan kes tersebut semalam, memberitahu bahawa kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.