Keselamatan Pekerja Perindustrian Perlu Diberi Perhatian Oleh Pihak Kerajaan
Kerosakan Jalan Dan Keselamatan Pekerja Perindustrian Perlu Perhatian
Bandar Bintulu yang terkenal dengan pengeluaran gas asli semakin pesat membangun. Banyak projek baru di kawasan Bintulu MLNG Train 9, Kidurong Gateway Industrial Park,Sungai Plan Industrial Park telah mula beroperasi dalam kawasan perindustrian tersebut.
Sebelum pilihanraya umum lalu, mereka menampal jalan lama untuk memudahkan para pekerja masuk ke kawasan perindustrian tersebut. Masalahnya sekarang ini jalan tidak rata dan persimpangan jalan yang tidak mempunyai tanda jalan dari arah Sungai Plan, kilang SPOB dan Kidurong Light Industrial Area masih belum dibaiki sepenuhnya. Ianya sangat merbahaya kepada pengguna jalanraya sekiranya mereka tidak berhati-hati memandu atau menunggang motosikal terutama sekali waktu malam.
Perkara ini sudah dimaklumkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) tetapi pihak JKR mendakwa yang jalan Kidurong adalah dibawah tanggungjawab kerajaan pusat dan pihak HCM merupakan konsesi yang telah dipertanggungjawabkan penyelenggaraan rutin tersebut.
Menurut pihak yang berkenaan, pihak mereka masih belum mendapat peruntukan untuk membaikpulih jalan tersebut. Untuk makluman, kerosakan jalan yang berlaku pada jalan tersebut tidak dapat dibaiki dibawah pembaikan rutin tetapi memerlukan peruntukan khas dibawah penyelenggaraan berkala. Inilah satu-satunya akses jalan tanpa ada jalan alternatif untuk menuju ke arah kawasan pelbagai Plant (MLNG,SMDS,ABF,Bintulu Port dan Samalaju). Sekiranya sesuatu kecemasan berlaku seperti letupan gas dan sebagainya, sukar bagi para pekerja dalam kawasan tersebut untuk keluar melarikan diri ke tempat yang lebih selamat kerana itulah saja jalan keluar untuk membawa para pekerja yang memerlukan rawatan kecemasan dan sebagainya.
Kita menerima aduan ini dari para pekerja yang perihatin akan masalah yang dihadapi oleh para pekerja dalam kawasan industrian tersebut dan mereka mengesa agar pihak kerajaan dan mereka yang berkenaan segera membaiki serta membina jalan alternatif untuk jalan keluar sekiranya berlaku kecemasan.
Kita mengesa pihak kerajaan dan HCM yang dipertanggungjawab dalam pembinaan jalan ini segera membaiki jalan tersebut demi keselamatan para pekerja dalam kawasan perindustrian tersebut. Keselamatan pekerja dalam kawasan perindustrian adalah keutamaan disamping jalanraya, kerajaan perlu membina kawasan perlindungan untuk pekerja berlindung dari sebarang bencana alam, pencemaran udara dan sebagainya sebab kawasan perindustrian perlu perhatian yang sewajarnya dari pihak berkenaan agar mereka bekerja dalam keadaan selamat dan selesa.
Persekitaran kerja industri amat berbahaya sekiranya pekerja cuai dan tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Menurut Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA), setiap tahun terdapat pekerja yang mengalami kecederaan yang menyebabkan amputasi dan luka kerana amalan kerja yang tidak selamat. Lindungilah tapak kerja perindustrian untuk memastikan pekerja selamat.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
Damage Road and Safety of the Industrial Workers Need Attention
Bintulu town known for its natural gas production is getting booming. Many new projects in Bintulu LNG Train 9, Kidurong Gateway Industrial Park, Sungai Plan Industrial Park has been operating in the industrial area.
Before the last general elections, they are patching the old road to make it easier for workers going to the industrial area. The problem now is uneven roads and the road junctions with no road sign from the direction of the Sungai Plan, SPOB plant and Kidurong Light Industrial Area has not fully repaired. It is very dangerous to road users if they are not careful driving or riding a motorcycle, especially during the night.
The matter has been notified to the Public Works Department (PWD) but the PWD claimed that Kidurong roads are the responsibility of the federal government and the HCM is a concession that has been entrusted with the routine maintenance.
According to the relevant parties, they have yet to get provisions for the road repair. For information, road damage that occurred on the road cannot be repaired under routine repair but require special provisions under regular maintenance. This is the only access road with no alternative route to move towards the various Plants (LNG, SMDS, ABF, Bintulu Port and Samalaju). If there is an emergency happens such as a gas explosion, etc., it is difficult for the workers in the area to come out to flee to a safer place because that is only way out to bring the workers who require emergency treatment and so on.
We received this complaint from the workers who concerned with the problems faced by the workers in the industrial area and they urged that the government and those concerned immediately repair and build an alternative route for the exit in case of emergency.
We urge the government and HCM in charge of construction of this road immediately repair the road for the safety of the workers in the industrial area. Safety of workers in industrial areas is a priority beside the road, the government should build the protection of workers refuge from any natural disaster, air pollution, etc. because the industrial area need proper attention from the authorities so that they work in a safe and comfortable.
The industry working environment is very dangerous if the employee is negligent and fails to comply with the rules set by the company. According to the Occupational Safety and Health Administration (OSHA), every year there are employees who suffer injuries resulting in amputations and cuts due to unsafe work practices. Securing industrial worksites to keeps employees safe.
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2013
(109)
-
▼
June
(8)
- Sarawak Bergelap Akibat Tiada Bekalan Kuasa Sandar...
- Tabung Haji Perlu Kembali Kepada Tujuan asal Penub...
- Lampu Isyarat Tidak Berfungsi Dan Selekoh Bahaya K...
- Kekalkan Kampung Melayu Di Bandar Sibu Dengan Lebi...
- Keselamatan Pekerja Perindustrian Perlu Diberi Per...
- Pelajar Sekolah Terdedah Kepada Perogol dan Pencul...
- Bila Lagi Lapangan Terbang Miri Bertaraf Antaraban...
- Sarawak Tanahnya Luas Tapi Harga Rumah Mahal
-
▼
June
(8)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment