Bina Semula Penempatan Kampung Melayu Sibu dengan kemudahan Asas
PAS Sarawak amat simpati dengan nasib yang menimpa penduduk mangsa rumah terbakar di Kampung Datu, Sibu pada hari rabu yang lalu. Ianya melibatkan ratusan penduduk yang tinggal di kawasan penempatan tersebut.

Menurut laporan akhbar tempatan, terdapat lebih daripada 200 buah rumah di kawasan tersebut dan menganggarkan bahawa lebih 50 buah rumah di Kampung Datu, Sibu  telah musnah dalam kebakaran itu. Ini merupakan tragedi kebakaran yang terburuk pernah berlaku sejak lebih 100 tahun penempatan di kampung Melayu di Sibu.

Kita mengesa pihak kerajaan segera memberi bantuan dan membangunkan semula penempatan kampung Melayu dalam bandar Sibu yang sudah bertapak lebih dari 100 tahun tersebut agar ianya dikekalkan dalam keadaan seperti perkampungan moden dalam kawasan bandar. Struktur kampung perlu dikekalkan tapi ianya perlu teratur dan selamat untuk penempatan penduduk kampung tersebut dengan ada kemudahan pili bomba dan sebagainya.

Kerajaan perlu memberi peruntukan khas serta memberi tapak lot kekal kepada penduduk asal di situ agar penduduk Melayu dalam kawasan bandar tidak terpinggir dari arus pembangunan.

Bagi mereka yang ingin menyumbang serta membantu meringankan bebanan mangsa yang terbabit dalam tragedi kebakaran tersebut boleh menyalurkan bantuan terus ke dalam akaun Tabung Mangsa Kebakaran PAS Sarawak. No akaun Bank Islam 11013010023984 (AC Badan Perhubungan PAS Sarawak)

Sumbangan anda semua akan diberi terus kepada mangsa kebakaran oleh badan kebajikan PAS Sarawak melalui wakil PAS di Sibu. In Sha Allah

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Reconstructed the Sibu Malay Village Settlements with Basic facilities
Sarawak PAS is very sympathetic to the plight of the residents of the house fire victim in Kampung Datu, Sibu on last Wednesday. It involves hundreds of people living in these settlements.

According to local news reports, there are more than 200 houses in the area and has estimated that more than 50 houses in Kampung Datu, Sibu was destroyed in the fire. This is the worst fire tragedy ever happened more than 100 years at the Malay village settlements in Sibu.

We urge the government immediately provide relief and redevelop the Malay village settlements in Sibu which was established more than 100 years so that it is maintained in conditions such as the modern village in an urban area. Village structure should be maintained but it should be well-organized and safe for the villager’s settlements with the availability of fire hydrant and so on.

The government should provide special provisions and give permanent site lots to the natives there so that the Malay population in urban areas is not isolated from the mainstream of development.

For those who want to contribute and help ease the burden of victims involved in the fire tragedy can channel aid directly to the account of Sarawak PAS Fire Victims Fund. Bank Islam account number 11013010023984 (AC Badan Perhubungan PAS Sarawak)

All your contribution will be given directly to the victims by Sarawak PAS charitable bodies via PAS representative in Sibu. In Sha Allah

Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief