Bila Lagi Lapangan Terbang Miri Bertaraf Antarabangsa?
Lapangan Terbang Miri Perlu Dinaik taraf Jadi Lapangan Terbang Antarabangsa
MIRI - Lapangan Terbang Miri merupakan lapangan terbang ketiga paling sibuk di Malaysia dari segi pergerakan pesawat, telah memberi khidmat kepada lebih 2 juta penumpang pada tahun 2012. Lokasi Miri di tengah-tengah Malaysia Timur (Borneo) dan berhampiran dengan sempadan Brunei Darussalam menjadikannya hab sesuai untuk perkhidmatan udara luar bandar dan pintu masuk penting ke Sarawak
Lapangan terbang bandaraya Miri sepatutnya dinaik taraf menjadi lapangan terbang antarabangsa dan dijadikan hab atau destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa. Begitu juga bandaraya Miri
merupakan destinasi para pelancong dari dalam dan luar negara yang ingin melihat keindahan alam dan juga hutan hujan tropika Borneo.
Hutan hujan Borneo berusia 130 juta tahun, menjadikannya hutan hujan yang tertua di dunia. Terdapat kira-kira 15,000 spesies tumbuhan berbunga dengan 3,000 spesies pokok (267 spesies dipterokarpa), 221 spesies mamalia darat dan 420 spesis burung yang bermastautin di Borneo. Inilah antara tarikan pelancong dari luar negara datang ke Miri Sarawak.
Dengan adanya syarikat penerbangan swasta yang baru seperti Malindo Air boleh memberi saingan yang sihat untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke Miri Sarawak, disamping itu ramai juga pekerja asing atau ekspatriat yang datang bekerja di Miri dapat berulang alik ke negara asal mereka dengan mudah tanpa perlu singgah atau transit dimana-mana lapangan terbang yang lain untuk sampai ke destinasi masing-masing.
Pihak pengurusan seperti Malindo Air, AirAsia dan MAS perlu mengambil peluang keemasan ini untuk memberi perkhidmatan yang terbaik untuk pengguna disamping dapat menjimatkan kos perjalanan pengguna yang jauh melalui penerbangan transit yang banyak memakan masa dan wang ringgit untuk sampai ke destinasi.
Syarikat penerbangan seperti Malindo Air, AirAsia dan MAS boleh menggunakan lapangan terbang Miri sebagai destinasi pelancong yang datang terus dari negara Asian seperti Indonesia, China, India, Jepun, Filipina dan juga dari negara Asia Tengah. Ini secara tidak langsung akan memberi pendapatan dan meningkatkan atau menjanakan ekonomi kepada bandaraya Miri.
Kita mengesa agar pihak kementerian pelancongan dan kementerian pengangkutan dapat mempertimbangkan cadangan ini demi untuk kebaikan rakyat dan menjana ekonomi negara secara tidak langsung. Semoga pandangan dan cadangan ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak yang terbabit tanpa mengira fahaman politik demi kebaikan negara.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
Miri Airport Should Be Upgraded Become International Airport
MIRI - Miri Airport is the third busiest airport in Malaysia in terms of aircraft movements, has served more than 2 million passengers in 2012. Miri location in the middle of East Malaysia (Borneo) and Brunei near the border making it ideal hub for rural air service and an important gateway to Sarawak
Miri City Airport should be upgraded to an international airport and made a hub or international tourist destination. Likewise Miri city is a destination for tourists from inside and outside of the country who want to see the natural beauty and tropical rainforest of Borneo.
The Borneo rainforest is 130 million years old, making it the oldest rainforest in the world. There are about 15,000 species of flowering plants with 3,000 species of trees (267 species are dipterocarps), 221 species of terrestrial mammals and 420 species of resident birds in Borneo. These are some of the tourist attractions from abroad come to Miri Sarawak.
With the advent of new private airlines such as Malindo Air can give a healthy competition to attract more tourists to come to Miri Sarawak, besides that many foreigners or expatriates also coming to work in Miri can commute to their home countries easily without having to transit at any other airports just to get to their destinations.
The management such as Malindo Air, AirAsia and MAS should take this golden opportunity to give the best service to users as well as being cost effective travel times by distant through transit flights consuming much time and money to reach the destination.
The Airlines such as Malindo Air, AirAsia and MAS can use the Miri airport as a tourist destination that comes directly from Asian countries such as Indonesia, China, India, Japan, and the Philippines and also from Middle East country. This will indirectly give income and increase or generate economic to Miri city.
We urge that the ministry of tourism and transport ministry could consider this proposal in order to benefit of the people and the national economy indirectly. Hopefully the views and proposals receive appropriate attention from the parties involved, regardless of political ideology for the good of the country.
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2013
(109)
-
▼
June
(8)
- Sarawak Bergelap Akibat Tiada Bekalan Kuasa Sandar...
- Tabung Haji Perlu Kembali Kepada Tujuan asal Penub...
- Lampu Isyarat Tidak Berfungsi Dan Selekoh Bahaya K...
- Kekalkan Kampung Melayu Di Bandar Sibu Dengan Lebi...
- Keselamatan Pekerja Perindustrian Perlu Diberi Per...
- Pelajar Sekolah Terdedah Kepada Perogol dan Pencul...
- Bila Lagi Lapangan Terbang Miri Bertaraf Antaraban...
- Sarawak Tanahnya Luas Tapi Harga Rumah Mahal
-
▼
June
(8)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment