Penduduk Kampung Terganggu akibat Projek Perumahan Yang Tidak Terkawal

MIRI - Penduduk Kampung Riam Jaya di jalan lapangan terbang Miri menghadapi masalah banjir kilat dan jalan rosak akibat dari projek perumahan dalam kawasan mereka. Menurut salah seorang penduduk kampung yang tidak mahu namanya disiarkan memberitahu pihak kami di belakang rumah beliau, tanah mula terhakis akibat projek perumahan yang masih dalam pembinaan.

Penduduk yang terlibat juga memberitahu pihak kami bahawa projek perumahan ini telah mengganggu kehidupan seharian mereka di mana jalan-jalan kampung telah rosak dan berdebu.

Begitu juga apabila musim hujan lebat yang berpanjangan, kawasan rendah akan dilimpahi air hujan yang bertakung akibat sistem peparitan yang sempit dan tersumbat. Jalan rosak dan berdebu apabila lori yang membawa pasir dan bahan binaan melalui kawasan perumahan mereka. 

Mereka juga mengadu wayar di tiang talipon mereka berpintal sehingga menyebabkan gangguan sistem komunikasi dan juga penggunaan internet. Ini amat berbahaya sekiranya pihak yang berkenaan tidak mengambil tindakan segera untuk membetulkan wayar berpintal itu.

Sepatutnya pihak kontraktor projek perumahan dapat memberi keutamaan dalam hal keselamatan dan memelihara kebersihan serta membina sistem peparitan yang baik agar dapat mengelakkan banjir kilat berlaku di kawasan perumahan sehingga menyebabkan kehidupan harian penduduk kampung tersebut terganggu. Mereka merayu agar pihak berwajib dapat mengawal keadaan tersebut dari terus berlarutan.

Kita mengesa pihak yang berkenaan dapat memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk terbabit, dengan membina lorong khas untuk lori pengangkutan bahan binaan dan juga membaiki segera jalan rosak serta membina parit untuk mengelak banjir kilat berlaku dalam kawasan perumahan mereka.

Begitu juga debu yang berterbangan boleh  menjejaskan kesihatan penduduk kampung.  Lori yang lalu lalang membawa muatan masuk ke kampung perlu berhati-hati ketika memandu untuk mengelak sebarang kemalangan dan barang muatan mereka perlu ditutupi agar ianya tidak mencemar kawasan perumahan penduduk kampung tersebut.

Semoga masalah jalan yang rosak dan banjir kilat dapat diatasi dalam kawasan kampung Riam Jaya dengan segera. Penduduk kampung pernah menyuarakan masalah ini kepada wakil rakyat di kawasan mereka tetapi sehingga kini tiada sebarang usaha untuk mengatasinya dilakukan.

Kita harap masalah ini dapat diatasi oleh pihak yang berkenaan dengan segera tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Annoyed residents by Housing Projects That Are Not Controlled

MIRI – Residents of Kampung Riam Jaya at Miri airport road facing the flash floods and road damaged due to the housing projects in their area. According to one of the residents who do not want to be named told us at the back of his house, the land began to erode as a result of housing projects under construction.

Residents involved are also told us that the housing project was disturbing their daily lives where the village roads are damaged and dusty.  

Similarly, when is a prolonged heavy rainfall season, the lower areas will be flooded by the stagnant rain water due to drainage system that is narrow and clogged. Damaged and dusty road when a lorry carrying sand and building materials through their residential areas.

They also complained that their telephone pole wires twisted resulting in disruption of communication systems and the use of the internet. This is very dangerous if the parties concerned do not take immediate action to rectify the twisted wires.

Housing project contractor should be able to prioritize in terms of safety and cleanliness as well as building a good drainage system so as to avoid the flash flood occurred in the neighborhood that causing the villagers daily life disrupted. They appealed to the relevant authorities to control the situation from continues.

We urge the relevant authorities to pay attention to the problems faced by the residents involved, by build a special lane for lorry transport construction material and immediately repair damaged roads and construct a drain to avoid flash floods occurring in their neighborhoods.

Similarly, the flying dust can affect the health of the villagers. Lorry that passing through carries a load in the village need to be careful when driving to avoid any accidents and their load should be covered so as not to pollute the housing area.

Hopefully, damaged roads and flash floods can be resolved in the Riam Jaya village immediately. The villagers have expressed this problem to the elected representatives in their area but until now there is no effort done to overcome them.

We hope that this problem can be resolved by the parties concerned immediately regardless of race, religion and political affiliation. Cooperation with relevant parties is highly appreciated.