Posted by pas-miri
in Thursday, August 20, 2020
Penghijrahan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bukanlah pelarian
Permulaan Muharram atau Maal Hijrah adalah hari penting bagi umat Islam
kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam, iaitu
memperingati penghijrahan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dari kota Makkah
ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1
Muharam tahun baru untuk kalendar Hijrah. Namun, tahun Hijrah Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam dari Mekah ke Madinah diambil sebagai permulaan
pengiraan untuk kalendar Hijrah.
Penghijrahan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dari kota Makkah
ke Madinah bukan kerana dia melarikan diri atau dianggap sebagai
"pelarian" seperti yang dinyatakan oleh seorang pemimpin yang tidak
memahami apa maksud sebenar Hijrah.
Pada hari Isnin, 20 September 622 masihi berlakunya penghijrahan Nabi
Muhammad dari Makkah ke Madinah. Ramai orientalis Barat mengganggap tindakan
ini ialah melarikan diri. Akan tetapi penghijrahan ini berlaku bukan kerana
umat Islam takut akan ancaman puak Quraisy Makkah tetapi adalah kerana jemputan
penduduk Madinah sendiri.
Kedatangan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah satu yang
sangat dinantikan. Sebelum ini, mereka pernah mendengar kisah Nabi Akhir Zaman
yang akan membawa obor Islam dan cahaya Iman yang akan menerangi tanah Madinah.
Semua persiapan menyambut Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah
disiapkan dengan perayaan yang paling meriah.
Tema sambutan Ma'al Hijrah di Malaysia pada tahun 2020M / 1442H adalah
"Ummah Rabbani, Negara Harmoni." Pemilihan tema ini mengandungi 3
komponen utama iaitu pembangunan modal insan, pemupukan pengetahuan, dan
pengukuhan pengurusan. Ini akan mewujudkan keadaan yang harmoni apabila
ketiga-tiga komponen ini dipasang dan kehidupan rakyat Malaysia akan lebih baik
dan damai daripada sebelumnya.
Semasa menyambut perayaan Maal Hijrah ini tahun ini, kita juga
menghadapi wabak Covid-19, jadi kita juga harus mematuhi SOP dan menjaga
kesihatan dan keselamatan agar kita dapat mencegah penyebaran wabak ini. Semoga
dengan kedatangan tahun baru Hijriah, kali ini dapat membawa perubahan yang
lebih baik dalam kehidupan seharian kita.
“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari
hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu
bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada
pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka
sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum
bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang
dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun
yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.” (Ar-Ra'd
13:11)
PAS Sarawak ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah kepada
semua. Semoga tahun ini segala hajat dan doa kita diterima dan kita dapat hidup
dengan penuh harmoni dan dapat memupuk perpaduan antara kaum dan agama dengan
lebih baik lagi.
Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak
English version
The migration of the Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam is
not a refugee
The beginning of Muharram or Maal Hijrah is an important day for
Muslims because it marks an important event that took place in the history of
Islam, namely commemorating the migration of the Prophet Muhammad Sallallahu
Alaihi Wasallam from the city of Makkah to Medina in 622 AD.
The historic event took place on 1 Muharram New Year for the Hijrah
calendar. However, the Hijrah year of Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
from Mecca to Madinah was taken as the beginning of the calculation for the
Hijrah calendar.
The migration of the Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam from
the city of Makkah to Medina was not because he fled or was considered a
"refugee" as stated by a leader who did not understand what the real
meaning of Hijrah was.
On Monday, September 20, 622 AD the migration of the Prophet Muhammad
from Makkah to Medina. Many Western orientalists consider this action to be an escape.
But this migration took place not because the Muslims were afraid of the threat
of the Quraish of Makkah but because of the invitation of the people of Madinah
themselves.
The arrival of the Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam is one
that is eagerly awaited. Before this, they had heard the story of the Prophet
of the End Times who will carry the torch of Islam and the light of Faith that
will illuminate the land of Medina. All preparations to welcome the Prophet
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam has been prepared with the liveliest
celebration.
The theme of the Ma'al Hijrah celebration in Malaysia in 2020M/1442H is
"Ummah Rabbani, Negara Harmoni." The selection of this theme contains
three main components namely human capital development, knowledge cultivation,
and management strengthening. It will create a harmonious situation when these
three components are installed and the lives of Malaysians are better and more
peaceful than before.
While celebrating this Maal Hijrah festival this year, we also face a
COVID-19 epidemic, so we must also comply with the SOP and maintain health and
safety so that we can prevent the spread of this epidemic. Hopefully, with
the advent of the Hijri New Year, this time can bring better changes in our
daily lives.
“For each (such person) there are (angels) in succession, before and
behind him: They guard him by command of Allah. Verily never will Allah change
the condition of a people until they change it themselves (with their own
souls). But when (once) Allah willets a people's punishment, there can be no
turning it back, nor will they find, besides Him, and to protect.” (Ar-Ra'd
13:11)
PAS Sarawak would like to wish a happy Maal Hijrah to all. May this
year all our wishes and prayers are accepted and we can live in harmony and be
able to foster unity between races and religions even better.
Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief
Read more...