Penghuni
pondok usang mohon bina rumah baru
MIRI – Masih
terdapat ramai penduduk yang tinggal di bandaraya Miri tinggal di tempat
perlindungan yang boleh dianggap sebagai usang. Kebanyakan mereka ini tidak
memiliki pekerjaan tetap. Mereka terpaksa tinggal dimana saja demi untuk
meneruskan kehidupan harian mereka yang semakin mencabar. Mereka tidak mampu
hendak membeli rumah walaupun banyak rumah baru dibina di bandaraya Miri tetapi
ianya terlalu mahal untuk penduduk yang berpendapatan rendah untuk memilikinya.
Terdapat sebuah
rumah atau pondok yang usang di perumahan Tudan yang hampir rebah ke bawah
memerlukan bantuan segera daripada kerajaan.Keadaan struktur pondok tersebut
sudah hampir reput dan hanya menunggu masa saja untuk roboh. Pondok tersebut
perlu dibina semula dan dijadikan sebuah rumah supaya keluarga yang tinggal
dalamnya boleh hidup lebih selesa dan selamat.
Penghuni pondok
tersebut kepunyaan puan Raba’ah Bujang seorang ibu tunggal tinggal bersama
dengan 6 orang anaknya memerlukan bantuan segera untuk membina pondoknya yang
hampir roboh dan tidak selamat untuk tinggal. Mereka tinggal di Tudan phasa 5
di Lot 471 dan mereka sudah lama menetap disitu dan sekarang hanya mampu
tinggal sementara di pondok itu disebabkan mereka tidak mampu menyewa di tempat
lain.
Beliau pernah
melapor perkara ini kepada pihak polis di balai polis Lutong berkenaan dengan
keadaan pondok beliau yang tidak selamat untuk tempat tinggal. Beliau juga
memberitahu yang pihak Baitulmal cawangan Miri pernah datang dan berjanji untuk
membaiki pondok beliau itu tetapi sehingga kini belum ada sebarang tindakan
diambil oleh pihak berkenaan. Pihak
Baitulmal memang ada memberi bantuan zakat setiap bulan kepada keluarga beliau
tetapi ianya tidak mencukupi untuk menampung pembelanjaan harian mereka
sekeluarga. Mereka ini boleh di kategori sebagai rakyat termiskin pinggir
bandar.
Sebelum ini PAS
Miri pernah beri bantuan basikal kepada anak beliau yang masih bersekolah dan
juga sedikit sumbangan untuk mengurang beban keluarga beliau. Harapan beliau
kalau dapat pihak yang berkuasa dapat membina rumah baru untuk keluarga beliau
memandangkan keadaan pondok mereka tidak begitu selamat untuk mereka sekeluarga
tinggal.
Beliau sangat
berharap agar pondok usang beliau yang hampir roboh itu dapat dibina semula
atau kalau dapat pihak PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin) dapat membantu membina sebuah rumah baru
untuk mereka sekeluarga.
Hari raya Idul
Fitri hampir menjelang tiba maka sudah tentu mereka sekeluarga juga ingin
bergembira bersama dengan umat Muslim lain. Sekiranya ada sesiapa yang sudi
untuk menderma dan membantu keluarga beliau bolehlah terus menyumbang kepada
keluarga berkenaan di alamat Lot 471 di Tudan phasa 5, Miri.
Sekali lagi kita
mengesa pihak agensi kerajaan yang berkaitan perlu segera datang melawat serta
membantu membina semula rumah tersebut demi keselamatan penghuni yang tinggal
dalam pondok itu.
Kita ingin memberi
cadangan kepada pihak berkuasa agar dapat memberi tempat tinggal yang lebih
selesa untuk rakyat yang memerlukannya. Pihak kerajaan juga perlu mengawal
harga rumah yang terlalu tinggi yang sukar untuk dimiliki oleh penduduk
tempatan yang rata-rata berpendapatan rendah. Kerjasama dengan semua pihak yang
berkaitan amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak
English version
Dilapidated
hut Occupants seeking to build a new home
MIRI – There are
still many residents who live in Miri city staying in a shelter that can be
considered dilapidated. Most of them did not have a steady job. They had to
live anywhere to continue with their daily lives that is more challenging. They
cannot afford to buy a house even though a lot of new houses built in Miri city
but it was too expensive for low-income residents to have it.
There is a
dilapidated house or hut in Tudan housing almost fallen down require immediate
assistance from government. The hut structural conditions were almost rotten
and just waiting to collapse. The huts need to be rebuilt and made a house so
that the family living in it can live more comfortable and safe.
The huts occupants
belong to Mrs. Raba'ah Bujang a single mother live with 6 of her children
require immediate assistance to build her hut that about to fallen down and not
safe to stay. They live in Tudan phase 5 at Lot 471 and they already long had
been settled there and now only able to stay while in the hut because they were
unable to rent elsewhere.
She ever reported
the matter to the police at the Lutong police station of the state of her hut
unsafe for residence. She also told that the Baitulmal Miri Branch had come and
promised to repair her hut, but until now there has not been any action taken
by the authorities. Baitulmal indeed provide assistance alms every month to her
family, but it was not enough to cover their family's daily expenditure. They
can be categorized as the poorest people in the suburbs.
PAS Miri previously
has been given bicycles to help her child that still studying and also some
contribution to reducing the burden of her family. Her hopes that the
authorities will be able to build a new home for her family in view of their hut
is not very safe for the family to stay.
She is hoping that
her dilapidated hut which almost collapsed can be rebuilt or if the PPRT
(Development Program for the Extremely Poor) can help build a new home for
their family.
Eid is almost
around the corner then of course their family also wants to have enjoyable
together with other Muslims. If there is anyone who is willing to donate and
help her family may continue to contribute to the family at the address Lot 471
in Tudan phase 5, Miri.
Once again we urge
the relevant government agencies should immediately come to visit and help
rebuild homes for the safety of the residents who live in the hut.
We would like to
suggest to the authorities to provide a more comfortable place to live for
citizens who need it. The government also needs to control housing prices that
are too high and difficult to be owned by the local residents on average lower
income. Cooperation with all relevant parties is greatly appreciated.
Read more...


























