PAS Kawasan Miri mengucapkan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS) dengan selesainya Muktamar Tahunan kali ke-6 sayap PAS tersebut yang telah diadakan di Bintulu sepanjang minggu lalu dari 1-2 Mei 2010. Muktamar kali ke 6 dirasmikan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat Cikgu Anuar.


"Bertitik tolak dari Tarbiyyah yang dibina;Pemuda seharusnya menjadi tulang belakang dalam menjalankan kewajiban menegakkan agama ALLAH di bumi ini" Tegas KP Pemuda Abg Eddy dalam Ucapan Dasarnya. Tambahnya lagi Pemuda harus sedia menjadi pemuda Ansoorullah bagi memastikan ISLAM berkembang luas di bumi kenyalang ini.

"Pemuda telah menunjukkan satu contoh dan 'benchmark' yang tinggi kepada pihak kawasan dan negeri dalam memberi komitmen untuk kemajuan jamaah. Kita di peringkat kawasan sangat mengharapkan supaya Pemuda dapat menggerakkan sokongan golongan muda kepada PAS. Pendekatan "Orang Muda Geng Kita" dilihat mampu menarik minat golongan tersebut" ulas YDP PAS Kawasan.

Antara lainnya, para perwakilan telah sebulat suara bersetuju dengan usul yang dibahaskan iaitu supaya Pemuda setiap kawasan menggerakkan seluruh kekuatan bagi membantu PR dalam pilihanraya Parlimen Sibu. Sibu bakal menjadi medan bagi Pemuda PAS Sarawak membuktikan bahawa pentarbiyahan yang dilalui akan dapat diterjemahkan dalam bentuk gerak kerja yang mantap dan tersusun di Sibu.

Turut Hadir Wakil dari DAPSY dan AMK.