PAS Miri ingin merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad
Lai Bujang dalam Utusan Borneo pada 8hb September 2011 “Haramkan Mat
Sabu ke Sarawak” dan turut mencadangkan kepada kerajaan persekutuan
agar melucutkan taraf kewarganegaraan Mat Sabu. Katanya lagi “Tindakan
Mat Sabu adalah salah dan kalau boleh diambil tindakan segera termasuk
lucutkan kewarganegaraannya. Saya juga menyeru kerajaan Sarawak jangan
menerima dia masuk ke sini kerana akan membuat kacau, sebaliknya sekat
dia di lapangan terbang dan hantar dia balik ke mana-mana negeri yang
dia suka,”.

PAS Miri sangat kesal dengan kenyataan melampau Ahmad Lai yang cuba
menyekat kebebasan seorang warganegara sendiri dari memasuki mana-mana
negeri dalam Malaysia ini sedangkan warga asing bebas melakukan apa
saja kegiatan tanpa sebarang pemantauan dari pihak kerajaan. Kita
minta agar Ahmad Lai bersikap rasional dan jangan terlalu emosi
disebabkan takut kalah dalam pilihanraya umum nanti sehingga sanggup
mengeluarkan kenyataan seperti budak kecil yang marah bila kena usik
oleh rakannya. Mungkin Ahmad Lai hanya merujuk kepada laporan Utusan
Malaysia maka dia pun mengeluarkan kenyataan tanpa merujuk kepada
fakta sebenar adakah benar Muhamad Sabu mengeluarkan kenyataan bahawa
komunis adalah pejuang negara.

Kenyataan Ahmad Lai langsung tidak masuk akal bukan mudah nak lucut
warganegara penduduk asal sendiri disebabkan hanya perbedaan pendapat
lainlah perangai ini pernah diajar oleh penjajah dulu dimana sesiapa
yang berani melawan pemerintah akan dihalau dan dibuang keluar negeri.
Mungkinkah kerana negara ini pernah dijajah lama dan sudah terdidik
dengan dasar penjajah maka sifat tersebut masih lagi diamalkan oleh
pemimpin BN sekarang?

Sekali lagi PAS Miri membantah tindakan yang melampau ini terhadap
siapa saja yang belum terbukti bersalah. Menurut Ahmad Lai, dakwaan
Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang menganggapkan
Mat Indera, seorang komunis sebagai pejuang negara kerana telah
menyerang balai polis di Bukit Kepong yang menyaksikan 25 orang
terkorban termasuk anggota polis dan orang awam terus menimbul
kemarahan penduduk di negeri ini.

Semua kenyataan Ahmah Lai seperti yang tersebut dalam Utusan Borneo
adalah tidak benar dan lebih bersifat fitnah, kita minta agar Ahmad
Lai menarik balik kenyataan tersebut dengan segera kerana kita yakin
mana mungkin PAS bersekongkol dengan komunis dan Mat Sabu ingin
membangunkan semangat komunis dalam negara ini. Tuduhan melampau
pemimpin BN terhadap Mat Sabu semakin menjadi-jadi hari ini mungkin
sebab itulah peminpin BN takut Mat Sabu datang ke Sarawak untuk
menjelaskan perkara yang sebenar ke rakyat. Jangan sekat Mat Sabu
daripada memberi penjelasan sebenar kalau pemimpin BN menyekat Mat
Sabu maknanya pemimpin BN takut rakyat akan tahu siapa sebenarnya
pejuang negara bukannya pemimpin BN.

Untuk pengetahuan Ahmad Lai dulu pengganas komunis Sarawak pernah
diberi pengampunan oleh pihak pemerintah dan diberi tempat tinggal.
Adakah bekas prajurit yang pernah bertempur dan mempertahankan negara
juga diberi kemudahan dan tempat tinggal seperti komunis. Ada juga
dikalangan bekas prajurit dipinggirkan dan tidak mendapat imbuhan yang
setimpal dengan pengorbanan mereka semasa melawan komunis dulu.
Jadi adalah lebih baik pemimpin BN seperti Ahmad Lai memberi tumpuan
kepada kebajikan bekas prajurit daripada menyekat Muhamad Sabu dari
menyuarakan masalah dan nasib para pejuang negara yang terkorban demi
membebaskan negara ini dari penjajah.

PAS Miri minta pemimpin BN berhenti dari mengeluarkan kenyataan yang
melampau sehingga sanggup melucut warganegara sendiri sedangkan warga
asing pula diberi kemudahan demi kepentingan politik BN yang boleh
menghancurkan negara di masa hadapan.

Jofri Jaraiee
YDP PAS Miri