Benarkah Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah British?
Gambar hiasan seorang pengawai British semasa di Malaya
Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling. "Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya baru-baru ini.
Kalau benar tanah air kita tidak pernah dijajah British seperti dakwaan Profesor Datuk Dr Zainal Kling mengapa kita mesti menyambut hari kemerdekaan setiap tahun? Adakah benar dakwaan profesor tersebut bahawa adalah kesalahan yang amat besar kalau kita katakan kita terjajah selama 400 tahun. Kalau benar dakwaan profesor tersebut makna selama ini Umno dan BN menipu rakyat kerana menggunakan wang rakyat untuk menyambut hari kemerdekaan setiap tahun. Mengapa pemimpin Umno dan BN membisu dalam persoalan ini?
Kita mendesak agar pemimpin Umno dan BN mengeluarkan kenyataan rasmi untuk mengesahkan sama ada betul atau tidak kenyataan sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling ini yang negara kita tidak pernah dijajah British. Kalau benar sejarah yang kita pelajari selama ini adalah palsu dan perlu dikaji semula. Jangan salahkan rakyat Malaysia sekiranya sejarah yang mereka pelajari selama ini tidak benar dan tidak tepat seperti dakwaan profesor tersebut.
Para pengkaji sejarah perlu tampil ke hadapan untuk menjelaskan keadaan sebenar sebelum negara ini akan jadi bahan lawak antarabangsa kerana sejarah kita boleh diubah sesuka hati mengikut kehendak dan kepentingan politik parti pemerintah. Kita minta agar pengkaji sejarah bebaskan diri mereka daripada pengaruh mana-mana fahaman politik perkauman dan sebagainya agar rakyat Malaysia tahu kebenaran tentang sejarah tanah air ini yang banyak mengelirukan.
Sekiranya dakwaan profesor tersebut benar dan disahkan oleh pemerintah Malaysia maka dengan sendirinya semua sambutan kemerdekaan selama ini palsu dan kita semua boleh menyaman kerajaan Umno dan BN kerana menipu kita selama ini. Adakah pemimpin Umno sanggup mengaku bahawa Malaya tidak pernah dijajah British? Suatu persoalan yang perlu dijawab oleh pemimpin Umno dan BN agar rakyat dapat kepastian dan kebenaran tentang sejarah tanah air.
Berani kerana benar takut kerana salah dan sekali lagi kita mendesak agar pemimpin Umno mengeluarkan kenyataan tentang dakwaan profesor tersebut sama ada menerima atau menolak kenyataan Malaya tidak pernah dijajah British.
Jofri Jaraiee
PAS Miri
English version
The British Really Never Occupied Malaya?
Based on historical facts, Malaya "has never been colonized" but rather, only protected or protected by the British, claims historian Professor Datuk Dr Zainal Kling. "Do we say, we are colonized for 400 years. That is a great offense," he said in Putrajaya recently.
If it's true our homeland never colonies by the British, such as claims by Professor Datuk Dr Zainal Kling why we must celebrate Independence Day every year? Is it true the allegations by the professor that it is a great error if we said that we were colonized for 400 years. If it's true claims by the professor meaning that Umno and BN deceive the people for using public funds to celebrate Independence Day every year. Why Umno and BN leaders silent in this issue?
We insisted that Umno and BN leaders issued a formal statement to verify whether correct or not the statement by the historian Professor Datuk Dr Zainal Kling that the country never colonized by the British. If it's true that we learn the history of all this is false and should be reviewed. Do not blame the Malaysians if the history that they learned was untrue and inaccurate as the professor claims.
The historians should have come forward to clarify the situation before the country will become laughing stock because our history can be changed at will according to the ruling party and political interests. We ask that historians release themselves from the influence of any political racism and so on so that all Malaysians know the truth about the history of this homeland which has been so many misleading.
If the allegations are true by the professors and certified by the Malaysia government by itself all the celebration over this is false and we can all sue the state Umno and BN for cheating us. Will Umno leaders are willing to admit that Malaya was never colonized by the British? A question to be answered by the Umno and BN to make sure that the people will knows the truth about historical homeland.
Bold as real fear for one and once again we are urging Umno leaders issued a statement on the professor claims either accept or reject the statement that Malaya was never colonized by the British.
0 Comments Received
Post a Comment