laksana program khidmat masyarakat sesuai untuk pesalah jalan raya
PAS Sarawak menyokong cadangan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Sarawak (JKJR) untuk laksana program khidmat masyarakat untuk pesalah jalan raya. Program khidmat masyarakat memang sesuai dilaksanakan sebagai hukuman dan pencegahan serta memberi keinsafan kepada pesalah jalan raya yang berulang, pesalah trafik yang menyebabkan kematian atau kecederaan parah dan pemandu tegar.
Ini juga akan memberi pengajaran kepada pesalah tersebut supaya mereka terasa insaf atas perbuatan mereka yang boleh menyebabkan kematian atau kecederaan parah kepada orang ramai yang menggunakan jalan raya. Keadah sekarang yang penguatkuasaan memberi saman kompaun ataupun bayar saman yang boleh menyebabkan tindakan mahkamah dan sekiranya bersalah boleh dipenjara atau denda dan kedua-duanya sekali kurang berkesan sebab bagi golongan yang berkemampuan mereka tetap akan melakukan kesalahan berulang sebab saman yang berat macam mana pun mereka tetap dapat bayar sedang bagi golongan yang kurang berkemampuan juga akan menjadi bebanan kepada pihak kerajaan kerana terpaksa menanggung kos pesalah semasa dalam tahanan jika mereka gagal membayar saman.
Dengan keadah program khidmat masyarakat untuk pesalah jalan raya mereka hanya perlu bekerja dengan memberi khidmat percuma sepanjang tempoh hukuman yang mereka lakukan. Bagi golongan yang mampu dan kurang akan menerima hukuman yang sama jadi dengan ini mereka akan berhati-hati di jalanraya sekiranya mereka malu untuk melaksanakan prorgam khidmat masyarakat secara hukum bukan atas kerelaan mereka sendiri. Setiap pesalah akan dibagi tugas seperti menyapu,mengecat atau membersih kawasan awam dibawah kawalan pihak penguatkuasa supaya apabila mereka laksana tugas tersebut sudah tentu mereka merasa malu disebabkan kesalahan mereka yang berulang dan secara tidak langsung akan memberi pengajaran kepada pesalah serta akan mengurangkan kos pembelanjaan pihak kerajaan dari menanggung tahanan pesalah tegar yang tidak mampu membayar saman.
Kita yakin kalau pihak kerajaan benar-benar ingin menyelesaikan atau mengurangkan masalah kesalahan lalu lintas sudah pasti keadah memberi khidmat masyarakat lebih berkesan untuk semua golongan tanpa memilih status sesorang.
Diharap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan tersebut dengan mencari keadah yang paling sesuai untuk masyarakat umum di Malaysia bukan hanya memikirkan kos untuk mencari keuntungan dengan mendenda rakyat yang akhirnya akan menyusahkan semua pihak yang terlibat.
Jofri Jaraiee
PAS Miri
English version
Implement a community service program suitable for Traffic offenders
PAS Sarawak supports proposal of Sarawak Road Safety Department (RSD) for implement a community service program for offenders. The program is suitable for community service as punishment and prevention, and provide awareness to repeat offenders, traffic offenders who cause death or serious injury, and hard-core driver.
This will also serve as a lesson to the offenders so that they feel repentant for their actions that can cause death or serious injury to the public using the road. Current method of enforcement gives the compound or a summons to pay the suit could result in court and if convicted can be jailed or fined, and both less effective for those who can afford they will be repeated the same mistake which suit though they can still pay but for the less fortunate will also be a burden to the government of having to bear the costs of the offender while in custody if they fail to pay the summons.
With the method of community service programs for the offenders they have to work by providing free services throughout the duration of the punishment that they do. For those who are afford and less will receive the same sentence with this so they will be careful on the roads if they are too shy to perform community service as a law prorgam not on their own. Each offender will be shared tasks such as sweeping, painting or cleaning of public areas under the control of the authorities so that when they execute the tasks they will feel ashamed because of their repeated and would indirectly serve as a lesson to the offender and will reduce the cost of government spending from assume custody of hardcore offenders who cannot afford to pay the summons.
We are confident that if the government really want to solve or reduce the problem of traffic offenses method this will certainly provides a more effective social services to all people without choosing the status of someone.
It is hoped that the government would consider the proposal by finding the most suitable method for the public in Malaysia and are not only thinking about the cost of making a profit with a fine that will ultimately burden on all parties involved.
0 Comments Received
Post a Comment