Kemudahan Asas Hospital Kerajaan Yang Kurang Memuaskan
Gambar hiasan Hospital Umum Miri
Bahagian Miri ialah bahagian pentadbiran kedua terbesar di Sarawak, Malaysia. Pusat pentadbirannya terletak di bandar Miri. Ia terdiri dari dua daerah, Miri dan Marudi.
Hospital Miri merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Sarawak, Malaysia.
Hospital Miri terletak di Jalan Cahaya iaitu lebih kurang 2.5 km daripada pusat Bandar Miri. Kos pembinaan hospital ini adalah sebanyak RM 123.91 juta melalui konsep “ HOSPITAL NUKLEUS” (ciri-ciri hospital yang terdapat di United Kingdom). Keluasan kawasannya adalah 87.11 ekar. Hospital Miri mempunyai 333 buah katil dan menyediakan beberapa perkhidmatan kepakaran seperti Perubatan, Pembedahan, Mata, Ortopedik, Perbidanan dan Sakit Puan, Radiologi, Anestiologi, dan Kanak-Kanak.
Petikan dari Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kalau dilihat pada fakta di atas hospital Miri memang agak cangih dan lengkap dengan kemudahan asas dan sesuai dengan status bandaraya Miri tapi sayangnya masih ramai lagi keluhan yang kita dengar dari keluarga pesakit yang terpaksa menunggu,berbaring dan tidur disepanjang kaki lima hospital tersebut. Kebanyakan mereka adalah dari kampung atau pendalaman dimana mereka terpaksa bermalam di hospital tersebut kerana menunggu keluarga mereka yang sakit. Kalau dibiarkan keadaan tersebut berterusan maka nampak macam tempat orang pengemis atau mereka yang tidak mempunyai rumah. Kita sungguh kasihan akan nasib mereka yang terpaksa menunggu keluarga mereka yang sakit. Perkara ini sudah lama berlaku bukan saja di Miri bahkan di tempat lain juga.
Begitu juga dengan wad bersalin dimana para suami dan keluarga mereka terpaksa menunggu diluar sepanjang hari sehingga isteri-isteri mereka bersalin. Bagi yang tinggal diluar bandaraya Miri seperti dari Marudi,Baram,Sibuti atau yang jauh dari luar pendalaman dimana tiada kemudahan asas untuk ibu bersalin terpaksa datang ke hospital Miri untuk mendapat rawatan untuk bersalin. Ada diantara pesakit terpaksa ditahan di hospital untuk mendapat rawatan selanjutnya dan keluarga mereka juga terpaksa bermalam di hospital tersebut untuk menjaga keluarga mereka yang sakit.
Masalahnya sekarang dimana kemudahan tempat menunggu atau tempat tidur untuk mereka yang tinggal jauh dari bandaraya Miri. Kebanyakan mereka ini kurang berkemampuan dan miskin serta jauh dari keluarga sudah tentu sukar untuk mereka berulang alik ke hospital tersebut setiap kali untuk mendapat rawatan.
Kita minta agak pihak kerajaan mengambil tindakan segera menyelesaikan masalah rakyat yang memerlukan tempat tinggal sementara dan juga kepada mereka yang menunggu keluarga mereka yang sakit lebih-lebih lagi keluarga yang miskin dan kurang berkemampuan.
Pihak kerajaan juga perlu membina hospital di dalam kawasan parlimen Sibuti dimana setakat ini belum ada lagi hospital yang boleh memberi kemudahan rawatan intensif kepada penduduk di kawasan tersebut. Ini juga diantara perkara penting yang harus di ambil perhatian oleh pihak kerajaan yang memerintah.
Kita minta agar pihak kerajaan bertanggungjawab dalam semua urusan dan masalah kebajikan rakyat dan mengambil tindakan segera ke atas perkara yang dikemukakan diatas. Jangan biarkan rakyat hidup dalam keadaan tertekan dan daif setelah kita mencapai kemerdekaan sedang dalam hal kebajikan rakyat masih banyak lagi yang belum dilaksanakan serta diabaikan atau kurang mendapat perhatian dari pihak yang berkenaan.
Berlaku adil terhadap semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik itulah yang diperjuangkan dan hendak dilaksanakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat jika diberi peluang memerintah Malaysia nanti. Insya-Allah.
Jofri Jaraiee
PAS Miri
English version
Poor Facilities of the Government Hospital
Miri Division is the second largest administrative division in Sarawak, Malaysia. Central administration is located in Miri. It consists of two districts, Miri and Marudi. Miri Hospital is a government hospital located in Sarawak, Malaysia. Miri Hospital located in Jalan Cahaya, which is about 2.5 km from Miri town center. The cost of construction of this hospital is RM 123.91 million through the concept of "Fats nucleus" (hospital characteristics found in the United Kingdom). Generality of its area is 87.11 acres. Miri Hospital has 333 beds and provides some specialist services such as Medical, Surgical, Eye, Orthopedics, Obstetrics and Gynecology, Radiology, Anestiologi, and Children. Excerpt from Wikipedia, the free encyclopedia.
If seen on the above facts that Miri hospitals served by trained staff and equipped with basic facilities and in accordance with the Miri city status but unfortunately there are many other complaints we hear from families of patients who have to wait, lie down and sleep along the sidewalk of the hospital. Most of them are from villages or remote areas where they have to stay in the hospital waiting for their sick families. If left as the situation continues, where people look like beggars or are homeless. We are very pity to the fate of those who had to wait for the their sick families. This has been long occurred not only in Miri but elsewhere as well.
Similarly, to the maternity ward where the husbands and their families had to wait outside all day until their wives give birth. For those who live outside Miri City such as Marudi, Baram, Sibuti or away from the rural interior where there are no basic facilities for maternal had to come to the Miri hospital for delivery treatment. Some patients had been admitted in the hospital for further treatment and their families also had to spend the night in the hospital to take care of their sick families.
The problem now where are the waiting facilities or beds for them who stay far away from the Miri City. Most of them are less privileged and poor and far away from the family, which would be difficult for them to commute to the hospital for daily treatment.
We ask the government to take action immediately and fairly to solve the problem of the people who need temporary accommodation and also to those who wait for their sick families, especially families who are poor and less fortunate.
The government also needs to build hospitals in the Sibuti parliamentary area and so far have yet to see a hospital that can provide intensive care facilities to the residents in that area. This is also among the most important note should be in by the ruling government.
We ask the government to be responsible for all business and welfare problems and take immediate action on the matters as set forth above. Do not let the people living in depressed and destitute after we achieved independence were the welfare of the people are still lack and many more that have not been performed as well as neglected or lack of attention from the parties concerned.
Be fair to all people regardless of race, religion and political belief that is the striving for and to be performed by the PAS and Pakatan Rakyat if given the opportunity to rule Malaysia later. God willing.
Pesakit Dan Keluarga Pesakit Menerima Layanan Kurang Memuaskan... !!!
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2011
(227)
-
▼
September
(11)
- Jangan Ubah Undang-Undang ALLAH
- Rakyat Berbilang Kaum Meraikan Aidil Fitri Bersama...
- Pesakit Dan Keluarga Pesakit Menerima Layanan Kura...
- Habis Madu Sepah Dibuang Begitulah Nasib Bekas Pra...
- Tahanan ISA Dan Sikap Pemimpin BN
- Kata Bebas Tapi Guna Perlembagaan Penjajah!!
- British Bukan Penjajah Malaya Menurut Profesor Sej...
- Pesalah Trafik Patut Berkhidmat Untuk Masyarakat
- Ahmad Lai Takut Kalah Bila Mat Sabu Datang Sarawak.
- Pujut 7-Permyjaya Unacceptable Traffic Jam
- Rosli Dhoby Pejuang atau Pembunuh???
-
▼
September
(11)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment