Jalan Berlubang Mengancam Pengguna Jalan di Kawasan Perumahan
MIRI - Masalah jalan rosak dan berlubang memang sering menjadi isu utama bagi penduduk di kawasan perumahan di Senadin, Miri. Kebanyakan jalanraya yang dibina dalam kawasan perumahan mengunakan bahan binaan yang bermutu rendah dan terlalu tipis. Ianya mudah rosak apabila kenderaan sering berulang alik di atas jalan tersebut.
Begitu juga apabila pihak kontraktor menggali lubang atas jalan untuk memasang paip dan sebagainya, lubang tidak ditutup dengan sempurna dan lama kelamaan ianya akan rosak dan berlobang. Mereka hanya menampung jalan tersebut dengan sedikit batu dan tidak meratanya dengan baik sehingga mengakibatkan jalan tersebut menjadi rosak.
Salah seorang penduduk di kawasan perumahan Senadin mengadu terdapat dua lubang ditutupi air dan sukar dilihat semasa musim hujan apabila menggunakan Jalan Jati Utama Desa Senadin.
Menurutnya lagi, kalau tidak berhati-hati melalui jalan tersebut terutama waktu malam dan hujan lebat, ianya boleh menyebabkan kemalangan atau kerosakan kepada kenderaan pengguna jalanraya. Bagi yang menggunakan motosikal atau basikal perlu berhati-hati kerana ianya juga boleh menyebabkan kecederaan sekiranya terjatuh dalam lubang tersebut.
Keselamatan penduduk dan pengguna jalanraya perlu diberi perhatian oleh pihak yang berkenaan untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku dalam kawasan tersebut.
Kita mengesa pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan mereka yang berkenaan segera mengatasi masalah ini dari berlarutan agar penduduk di kawasan perumahan tersebut tidak diancam oleh bahaya kemalangan akibat jalan berlubang tersebut.
Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak
English version
Perforated Road threaten the road users at housing area
Similarly, when the contractor dig a hole on the road to install pipes and so on, the hole does not cover up properly and as time went it will be damaged and hollow. They only cover the road with a little rock and not properly unequal until cause the road become damaged.
One of the residents in Senadin residential areas complained there were two holes covered with water and difficult to see during the rainy season when using the Jati Utama Desa Senadin Road.
According to him, if not carefully through the road especially during the night and heavy rains, it could cause an accident or damage to road user’s vehicle. For those who use motorcycles or bicycles have to be careful because it can also cause injury if fall in the hole.
Safety of residents and road users need to be addressed by the parties concerned to avoid any untoward incident occurred in the area.
We urge the Miri City Council (MCC) and those concerned immediately address the problem from lingering so that the people in these neighborhoods are not threatened by the danger of accidents due to the potholes.
PAS parti ISLAM TAKOT SUNGGUH nak perjuangkan kalimah ALLAH SWT kenapa?kau jawablah dalam kubur nanti!
Apa kena mengena PAS dengan Kalimah Allah. Sapa yang perintah Sarawak & lulus kalimah Allah di Sarawak tok & membolehkan dipakei oleh orang bukan Islam...mun ilmu agama separuh2 jangan nak madei2 menghukum org kelak kata2 ya terkena diri sendiri..belajar agama Islam secara menyeluruh tanya ada org yg arif dlm hal agama.
orang yg bagi komen "PAS parti ISLAM TAKOT SUNGGUH nak perjuangkan kalimah ALLAH" dlm blog ini mmg x reti bahasa tajuk/isu psal jalan raya berlobang apa kena mengena dgn isu kalimah Allah...sapa org yg bagi komen tu mesti org melaya@perkasa yg x reti adat org melayu swak...Swak x ada mslah ttg kalimah itu sebab itulah org melayu swak jarang kt dgr ada ajaran sesat spt ayah pin, rasul melayu dll spt di malaya...org malaya umno/perkasa yg suka mengelirukan org ...padan muka terkena pada diri mereka sendiri...kalo umno benar nk perjuang Islam mengapa x laksanakan hukum Allah...mengapa sibuk dgn kalimah Allah sedangkan ajaran & perintahnya x dipatuhi..pelik sungguh perangai species umno/perkasa ni...