Papan Tanda Digital Menggangu Tumpuan Pengguna Jalanraya
MIRI - Papan tanda digital yang dipasang di Jejantas Taman Awam Miri menarik perhatian orang awam yang lalu lalang di situ. Ini termasuk pemandu yang ingin melihat mesej terpapar pada skrin ketika memandu melalui jejantas tersebut. Papan tanda digital ini boleh menarik perhatian pemandu dengan paparan mesej yang lebih cerah terutama pada waktu malam dan boleh dilihat dari jarak jauh dan memaparkan mesej yang sentiasa berubah-ubah. Ianya juga boleh mengalih perhatian pemandu ketika memandu melalui jejantas tersebut disamping gangguan cahaya terang yang menyilau terutama pada waktu malam dan juga semasa hujan di malam hari.
Kita juga menerima aduan dari orang ramai yang mengatakan kecerahan silauan dari cahaya papan tanda digital pada waktu malam boleh menggangu penglihatan pemandu ketika melalui jejantas tersebut di malam hari. Menurut kajian di negara barat, ianya mendapati bahawa pemandu yang melihat papan tanda digital yang berwarna-warni serta mesej bergerak sering menarik perhatian pemandu di jalanraya selama lebih daripada beberapa saat. Sekiranya mereka leka atau lalai ketika membaca mesej tersebut ianya boleh mendatangkan risiko kemalangan sama seperti mereka yang melihat atau membaca mesej dalam telefon bimbit.
Kalau pemandu dilarang mengunakan telefon bimbit semasa memandu, inikan pula pemandu yang membaca mesej yang terpapar bergerak di papan tanda digital melalui jejantas tersebut risikonya serupa bahkan lebih bahaya kepada pemandu dan juga orang lain. Pemandu juga perlu berhati-hati ketika membaca mesej yang terpapar dalam skrin tersebut untuk mengelak kemalangan.
Kita mengesa pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan mereka yang berkenaan perlu meletakkan papan tanda digital tersebut di tempat yang lebih stratigik dan selamat untuk para pengguna melihatnya tanpa menggangu tumpuan mereka semasa memandu. Walaupun papan tanda digital itu baik untuk mempaparkan mesej kepada orang ramai tetapi ianya tidak begitu sesuai diletakkan di bawah jejantas Taman Awam kerana ianya boleh menggangu tumpuan pemandu, adalah lebih baik letakkan di kawasan yang mudah dilihat oleh orang ramai.
Harap pihak yang berkenaan segera mengatasi masalah ini demi keselamatan para pengguna jalanraya yang melalui jejantas tersebut. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
Digital Signage disrupt the focus of Road Users
MIRI - The digital signage installed at the Miri Public Park overhead bridge attracted the attention of the public passing by there. This includes drivers who want to look at the message displayed on the screen while driving through the overhead bridge. Digital signage can attract the attention of drivers by a brighter display messages especially at night and can be seen from a distance and display a message that is constantly changing. It can also distract the driver while driving through the overhead bridge beside the glare light interference especially at night and during the rains at night.
We also received complaints from the public who say the brightness of the light glare from digital signage at night can disrupt driver visibility when going through the overhead bridge at night. According to studies in western countries, it is found that drivers who look at the colorful digital signage and moving messages often attract the attention of the drivers on the road for more than a few seconds. If they are careless or negligent while reading the message it may pose a risk of accidents same as they look or read messages on mobile phones.
If the drivers using mobile phones is prohibited while driving, much less driver read the messages that appear moving in the digital signage through the overhead bridge the risk is similar even more danger to the driver and others. The drivers also need to be careful when reading the messages that appear on the screen to avoid an accident.
We urge the Miri City Council (MCC) and those concerned to put the digital signage in a more strategic points and safe for users to see it without disturbing their concentration while driving. Although the digital signage is good for displaying a message to the public but it is not very suitable placed under the Public Parks overhead bridge because it can disrupt the driver focus, it is better placed it in the area that easily can be seen by the public.
Hope the parties concerned immediately solve this problem for the safety of road users who passing through the overhead bridge. Cooperation with the parties concerned is greatly appreciated.
0 Comments Received
Post a Comment