Perundangan Syariah Adil Untuk Semua
Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara berdaulat yang terletak di pantai utara pulau Borneo, di Asia Tenggara. Majority penduduknya beragama Islam dan sistem politik di negara ini ditadbir oleh perlembagaan dan tradisi kebangsaan Melayu Islam Beraja, konsep Melayu Islam Beraja (MIB). Ketiga-tiga komponen MIB perlindungan budaya Melayu, agama Islam, dan rangka kerja politik di bawah pemerintahan beraja. Dua sistem perundangan diamalkan iaitu 'common law' dan juga perundangan Syariah.
Baru-baru ini, Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah, mengumumkan undang-undang Syariah akan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada undang-undang jenayah Islam yang ketat, menjadikan Brunei negara pertama di Asia Tenggara untuk menguatkuasakan undang-undang Syariah di peringkat kebangsaan, Associated Press melaporkan. Hassanal Bolkiah bertitah undang-undang itu perlu dianggap sebagai satu bentuk "bimbingan khas" dari Allah, dan bahawa ia akan menjadi "sebahagian daripada sejarah besar" Brunei, sebuah negara kecil di Pulau Borneo.
Undang-undang ini akan dikuatkuasakan dalam tempoh enam bulan dan ianya merangkumi hukuman seperti pemotongan untuk kecurian dan rejam bagi zina, Bolkiah berkata. Kanun Keseksaan Syariah hanya akan digunakan untuk umat Muslim. Yang Berhomat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, ulama Islam terkemuka di negara itu memberitahu persidangan Selasa bahawa undang-undang Syariah "menjamin keadilan untuk semua orang dan perlindungan kesejahteraan mereka."
Ini membuktikan bahawa perundangan Syariah boleh dilaksanakan sekiranya pemerintah negara itu sendiri yakin akan keadilan perundangan Syariah. Bagi yang bukan Muslim, isu ini bukan untuk menakutkan mereka kerana ianya tidak melibatkan mereka sebab mereka masih tertakluk dibawah undang-undang am (common law). Yang menyebabkan orang ramai takut sebab mereka tidak mendapat penerangan dan penjelasan yang sebenarnya dari pihak yang pakar dalam perundangan Syariah. Apabila orang ramai yang kurang pengetahuan berbicara tentang perundangan Syariah maka timbullah bermacam-macam perkara yang tidak benar tentang keadilan perundangan Syariah.
Sekiranya Brunei berjaya melaksanakan perundangan syariah ini dengan baik dan adil , kita yakin ini akan menjadi suatu contoh terbaik untuk negara kita melaksanakannya secara berperingkat. Sebagai contoh, negeri yang majoritinya menganut agama Islam seperti Kelantan dan Terengganu boleh melaksanakan perundangan Syariah untuk umat Muslim tanpa mengira fahaman politik. Cara yang terbaik untuk memberi kefahaman tentang perundangan Syariah ialah dengan mengadakan dialog terbuka antara agama dan juga perlu disiarkan dalam media massa seperti mana dilakukan oleh kerajaan Brunei.
Setiap hari Mufti kerajaan Brunei akan menerangkan tentang kebaikan dan keadilan perundangan Syariah dalam media massa seperti Radio/TV untuk rakyat mendengar penjelasan tentang perundangan syariah menurut Al Quran dan Hadis. Apabila rakyat mendapat penjelasan dan maklumat yang betul sudah pasti rakyat akan faham betapa indahnya perundangan syariah dilaksanakan. Kalau di negara kita setiap perundangan yang akan dilaksanakan tanpa diberitahu atau diterangkan kepada rakyat terlebih dahulu boleh dilaksanakan dan mengapa pula perundangan Syariah yang diperintah oleh Allah Tuhan Pencipta Alam mesti diragui keadilannya? Seperti yang ditegaskan sebelum ini, perundangan Syariah hanya dikenakan keatas umat Muslim dan yang bukan Muslim boleh buat pilihan untuk memilih perundangan seperti yang sedia ada.
Tentu ada orang persoalkan mengapa ada dua sistem perundangan dalam negara ini? Selama ini pun kita telah melaksanakan dua sistem perundangan iaitu ‘common law’ dan perundangan Syariah dalam negara ini. Walaupun perundangan Syariah di Malaysia masih dipertikaikan kerana tidak melaksanakan sepenuhnya hukuman mengikut Al Quran dan Hadis. Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah menambah baik perundangan Syariah sedia ada mengikut sepenuhnya perintah seperti yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis supaya ianya betul-betul menepati perundangan Syariah yang sebenarnya.
Semoga usaha kerajaan Brunei berjaya dalam melaksanakan perundangan Syariah dengan adil dan saksama sebagaimana yang di perintah oleh Allah. Diharap negara kita juga perlu mencontohi negara Brunei dengan memberi peluang perundangan Syariah dilaksanakan di negeri yang majoriti umat Muslim dulu dan kita juga mengesa agar perundangan Syariah kita ditambah baik sepenuhnya supaya ianya selari dengan tuntutan dan perintah Allah dalam Al Quran dan Hadis.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
Sharia Law Justice for All
Brunei Darussalam is a sovereign state located on the north coast of the island of Borneo, in Southeast Asia. The majority are Muslim population and the country's political system governed by a constitution and national traditions of Malay Islamic Monarchy, the concept of Malay Islamic Monarchy (MIB). The three components of MIB cover Malay culture, Islamic religion and the political framework under the monarchy. Adopted two legal systems that is common law and Sharia law
Recently, the Sultan of Brunei, Hassanal Bolkiah, announced Sharia law to be implemented as part of Islamic stringent criminal law, making Brunei the first country in Southeast Asia to enforce Sharia law on the national level, the Associated Press reported. Hassanal Bolkiah said the law should be regarded as a form of "special guidance" from God, and that it would be "part of the great history of the" Brunei, a small nation on the island of Borneo.
This law will be enforced in six months, and it includes penalties such as amputation for theft and stoning for adultery, Bolkiah said. The Sharia Penal Code to be used only by Muslims.
The Hon Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, State Mufti of Brunei Darussalam, the leading Islamic scholars in the country, told a conference Tuesday that Sharia law "secures justice for all persons and the protection of their welfare."
This proves that Sharia legislative can be implemented if the rulers of the country itself confident of Sharia legislative justice. For non-Muslims, the issue is not to scare them due it does not affect them because they are subject under the general law (common law). This is the cause the people to be afraid because they are not getting the actual explanations from the experts in Sharia legislative. When the public is lack of knowledge talk about Sharia legislative then there are all sorts of things that are not true about Sharia legislative justice.
If Brunei successfully implements this Sharia law very well and fairly, we are confident this will be a model for our country to implement it in phases. For example, the majority of the State religion of Islam such as Kelantan and Terengganu can implement Sharia legislative for Muslims regardless of political affiliation. The best way to give an understanding of Sharia legislative is to have an open dialogue between religions and also be published in the mass media as performed by the government of Brunei.
Every day Brunei State Mufti will explain the advantages and justice of Sharia law in the mass media such as radio / TV for people listen to explanation about Sharia law according to the Quran and Hadith. When the people get clarification and correct information surely people will understand how beautiful Sharia law implemented is. If every legislative in our country to be implemented without being told or explained to the people beforehand can be implemented and why sharia law is ruled by Allah the Lord of Creator must be discredited justice? As emphasized earlier, only Sharia legislative imposed on Muslims and Non-Muslims can make a choice to choose as the existing legislative.
Of course some people questioned why there were two legal systems in this country? All this while we have been implemented two legislative systems of common law and Sharia legislative in this country. Although Sharia legislative in Malaysia is still disputed as not fully implement the punishment according to the Quran and Hadith. What should be done now is to improve existing Sharia legislative those are totally in accordance with a command as contained in the Quran and Hadith, so it is exactly meets the actual Sharia legislative.
We hope that the Brunei government succeeded in implementing Sharia legislative in a fair and equitable as the command of God. Hopefully, our country should emulate Brunei by allowing Sharia legislative implemented in the state that the majority of Muslims first and we also urges our Sharia legislative is totally enhanced so that it is aligned with the demands and commands of Allah in the Quran and Hadith.
0 Comments Received
Post a Comment