Bajet 2014 Tidak Menepati Janji
Datuk Seri Najib Tun Razak Menteri Kewangan Malaysia baru-baru ini membentangkan bajet 2014 dalam Dewan Rakyat dengan bertemakan "Memperteguh Ketahanan Economi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji".
Antara perkara yang ingin kita sentuh adalah peruntukan bagi meningkatkan akses Internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut akan dipasang dalam tempoh tiga tahun, melibatkan kos RM850 juta. Memang hasrat kerajaan untuk meningkatkan akses internet ke luar bandar di Sabah dan Sarawak memang dialu-alukan tetapi adalah lebih baik kabel di dasar laut digantikan dengan penggunaan satelit walaupun kos agak mahal tapi untuk jangka masa panjang ianya lebih efektif dan kos penyelenggaraan lebih mudah kalau dibandingkan dengan kos penyelenggaraan kabel di dasar laut. Satelit perkhidmatan Internet Moden biasanya diberikan kepada pengguna melalui satelit geopegun yang boleh menawarkan kelajuan data yang tinggi, dengan satelit baru mencapai kelajuan data hiliran sehingga 15 Mbps.
Begitu juga dengan peruntukan untuk menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan bernilai RM 312 juta. Ianya memang sepatutnya dilakukan terutama di Miri Sarawak di mana lapangan terbang Miri sepatutnya dinaiktaraf sebagai Hub pelancongan antarabangsa bagi zon utara Sarawak.
Berkenaan dengan subsidi gula sebanyak 34 sen yang dimansuhkan dalam bajet 2014 oleh PM ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan. "Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya.
Alasan PM Najib agak tidak realistik, mana mungkin hanya dengan menaikkan harga gula, penyakit diabetes dapat dikurangkan seperti kerajaan mengurangkan subsidi gula. Selagi pengguna mampu membeli gula selagi itulah mereka akan terus menggunakan gula, lainlah kalau kerajaan menaikkan harga gula secara drastik seperti menaikkan harga gula sampai RM100 sekilo mungkin pengguna akan memikirkan 100 kali untuk membelinya.
Kalau setakat naik 34 sen ianya tidak akan memberi kesan untuk mengurangkan pengguna gula. Ini hanya memberi kekayaan kepada syarikat gula saja bukannya memberi manfaat kepada pengguna. Inilah yang dikatakan yang kaya bertambah kaya dan yang miskin akan terus hidup merempat.
Kenaikan harga gula juga akan menjejaskan peniaga kecil dan pengguna terutama penduduk di Sabah dan Sarawak. Mereka yang tinggal jauh di pedalaman harganya akan terus meningkat.
Cara yang terbaik untuk mengatasi penyakit diabetes adalah dengan mengurangkan minuman ringan, kurang bahan bergula dalam makanan seperti biskut dan minuman, Minuman berkarbonat memang popular dalam kalangan masyarakat. Tidak kira musim, minuman ringan menjadi hidangan terutamanya apabila berkunjung ke premis makanan segera.
Walaupun dengan pelbagai jenama minuman berkarbonat menjadi hidangan apatah lagi pada musim perayaan. Biar apa jenamanya, secara umum, kandungan gula dalam minuman berkarbonat adalah sama banyak.
Bahan-bahan yang menggunakan gula yang berlebihan dalam minuman dan makanan yang perlu dikawal dan dikurangkan bukan dengan menaikkan harga gula yang menyebabkan pengguna menjadi mangsa. Rakyat Malaysia bukan semuanya bodoh sehingga tidak dapat memikirkan yang mana baik dan buruk untuk kesihatan mereka.
Dimana janji kerajaan BN semasa PRU13 yang lalu hendak memberi kesejahteraan kepada rakyat sedangkan hampir seluruh bajet 2014 tidak banyak memberi manfaat kepada rakyat? Hanya segelintir saja rakyat yang akan menikmati hasil peruntukan tersebut. Kalau rakyat terus dibebani dengan kenaikan harga barangan keperluan, rakyat akan terus hidup dalam kesempitan dan ini belum termasuk GST yang akan dilaksanakan nanti.
Tema Melaksana Janji juga tidak ditepati. Mana janji BN hendak memberi RM1200 semasa PR13 dulu? Kalau setakat memberi BR1M RM650 belum tentu dapat menampung pembelanjaan harian rakyat selama setahun.
Secara kesimpulannya bajet 2014 tidak begitu mesra rakyat tetapi lebih kepada membebankan rakyat terutama golongan pendapatan rendah dan sederhana. Ini termasuk rakyat yang hidup di luar bandar terutama penduduk di Sabah dan Sarawak yang telah memberi kemenangan yang besar kepada kerajaan BN di peringkat pusat.
Walaupun kerajaan memberi peruntukan berbilion ringgit untuk infrastruktur dan sebagainya, kita tidak mahu peruntukan tersebut disalahgunakan atau berlaku ketirisan seperti mana laporan Audit Negara baru-baru ini. Banyak berlaku ketirisan dan penyalahgunaan wang rakyat.
Kita mengesa pihak kerajaan menubuhkan satu badan bebas yang professional dan dilantik juga mereka yang terdiri dari kalangan ahli politik kedua belah pihak (Pemerintah dan Pembangkang) memantau, mengawal setiap peruntukan yang disalurkan agar tidak berlaku penyelewengan serta salahguna dalam pengurusan dan sebagainya. Kita mahu ketelusan dalam setiap projek yang hendak dilaksanakan agar tidak berlaku ketirisan dan penyalahgunaan wang rakyat.
Hanya dengan adanya sebuah badan bebas yang profesional yang tidak menyebelahi mana-mana parti politik dapat mengawal atau menggurangkan penyelewengan berlaku dalam bajet 2014 ini. Harap perkara ini dapat diberi perhatian yang sewajarnya dari pihak yang berkuasa.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
2014 Budget not meets Promises
Datuk Seri Najib Tun Razak, Malaysia's Finance Minister recently presented the 2014 budget at the Dewan Rakyat with themed “Strengthening Economic Resilience, Accelerating Transformation and Fulfilling Promises”.
Among the things we want to touch is on the provision to increase Internet access in Sabah and Sarawak, the undersea cable will be installed in the next three years, costing of RM850 million.
Indeed the government's intention to increase the internet access in rural areas in Sabah and Sarawak certainly welcomed but is better underwater cable replaced by the use of satellites even if the cost is quite expensive but in the long run it is more cost effective and easier maintenance compared to the cost of maintaining an underwater cable. Modern satellite Internet service is typically provided to users through geostationary satellites that can offer high data speeds, with newer satellites achieving downstream data speeds up to 15 Mbps.
Similarly with the provisions for upgrading the airport in Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu and Mukah worth of RM 312 million. It was supposed to be done, especially in Miri, Sarawak, Miri airport which should be upgraded as an international tourist hub for the northern zone of Sarawak.
In respect of sugar subsidy of 34 cents that repealed in the 2014 budget by the PM when tabling Budget 2014 in the Dewan Rakyat, said the move was aimed at reducing the number of diabetics in this country is quite alarming. "According to statistics, there are 2.6 million Malaysians aged 30 years and above suffer from diabetes," he said.
The reason of PM Najib a bit unrealistic, where possible just increase the price of sugar, diabetes can be reduced as the government cut sugar subsidies. As long as consumers are able to buy sugar as long as that they will continue to use sugar, Unless if the government had to drastically raise the price of sugar such as raise up to RM100 per kg sugar price maybe consumers will think 100 times to buy.
If just rose 34 cents it will not give effect to reduce sugar users. This is only gives of wealth to the sugar companies only instead of benefit to the consumer. This is what is said to be the rich become richer and the poor will continue to live in destitute.
Sugar price hike will also affect small businesses and consumers, especially in Sabah and Sarawak. Those who live far inland prices will continue to rise.
The best way to overcome diabetes is to reduce soft drink, less sugary substances in foods such as biscuits and drinks, carbonated drinks are popular among the public. Regardless of season the soft drinks to be served especially when visiting fast food premises. Even with multi-brand carbonated beverages to be served especially during festive seasons. No matter what brand, in general, the content of sugar in the soft drinks is equal.
The ingredients using excessive sugar in the drinks and foods that should be controlled and reduced are not by raising the price of sugar which causes the users to be the victim. Malaysians are not all stupid until not be able to figure out which ones are good and bad for their health.
Where is the promise of the BN government during the last 13GE to give welfare to the people while almost of the entire budget in 2014 is not much benefit to the people?
Only a handful of the people will enjoy the fruits of the provision. If the people continue to be burdened with increase in prices of essential goods, the people will continue to live in the hardship, and this does not include the GST to be implemented later.
The themed of Fulfilling Promises also not fulfilled. Where is the promise of BN to give RM1200 during 13GE before? If so far as to give BR1M RM650 is certainly not be able to cater the people's daily expenses for a year.
In conclusion of the 2014 budget are not very people friendly but more to burden the people, especially the lower and middle income. This includes people that live in rural areas, especially in Sabah and Sarawak that has given a great victory to the BN government at the federal level.
Although the government is allocating billions the ringgit for infrastructure and so on, we do not want that provision is misused or leakage as the National Audit reports recently. A lot of leakage and misappropriation happen of public funds.
We urge the government to set up an independent professional body and they also appointed consisting of politicians on both sides (government and opposition) to monitor, control every provision that channeled so as to avoid fraud and abuse in the management and so on. We want transparency in every project to be implemented so as to avoid leakages and misappropriation of public funds.
Only with such an independent professional body that do not side with any political party able to control or reduce the distortion occurs in the 2014 budget. Hope this matter can be given appropriate attention from the relevant authorities.
INI LAH BUDGET MAT ALTUNYA.KAPAL SELAM ,LEMBU CICIN SEMUA TURUN.KA,I RAKYAT BIASA NI DOAKAN KAMU MAMPOS SAJE NAJIB SEMUA SEMUA MENTERI MENTERI LAKHANATULLAH