Mayat Umat Muslim Tidak Dituntut Harus Dikebumi Dengan Segera
MIRI - Masalah mayat warga asing yang beragama Islam yang tidak dituntut di rumah mayat hospital Miri berminggu-minggu atau berbulan perlu diuruskan dengan segera oleh pihak hospital Miri dan juga Jabatan Agama Islam sekiranya tiada waris yang datang menuntut. Masalah mayat yang tidak dituntut ini selalunya berlaku keatas warga asing yang bekerja di Miri, mati akibat kemalangan atau terbunuh dan sebagainya. Antara sebab lain si mati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap serta keluarga si mati sukar dihubungi.
Perkara ini pernah berlaku beberapa tahun yang lalu tetapi masalah ini sudah selesaikan kerana ada seorang warga tempatan yang bermurah hati untuk menguruskan mayat yang tidak dituntut itu. Sekiranya masih lagi terdapat kes semacam itu berlaku, pihak hospital perlu segera memberitahu pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Agama Islam untuk urusan pengkebumian sekiranya tiada waris si mati datang menuntut.
Begitu juga dengan masalah umat Islam dari luar daerah Miri yang meninggal dunia di Miri yang bukan penduduk Miri terpaksa menunggu terlalu lama proses penghantaran jenazah ke rumah si mati yang jauh dari Miri. Pihak keluarga jenazah terpaksa menunggu doktor dan pihak hospital menandatangani surat dan sebagainya sebelum jenazah mangsa dibenarkan dibawa keluar oleh pihak keluarga si mati.
Masalah akan timbul apabila keluarga si mati miskin yang datang dari jauh terpaksa menggunakan jalan darat dan mengambil masa untuk sampai ke Miri sebelum dapat menuntut mayat seperti kes yang berlaku kepada seorang mangsa kemalangan yang mati di Miri sabtu lalu. Seorang ibu tua yang terpaksa menunggu beberapa hari untuk membawa jenazah anaknya keluar dari Miri.
Perkara ini didedahkan oleh seseorang kepada pihak kami yang tidak mahu namanya didedahkan. Katanya pihak hospital mengambil terlalu lama untuk menguruskan jenazah mangsa kemalangan sehingga mengambil masa beberapa hari barulah jenazah boleh dihantar balik ke kampung asalnya di Pusak, Saribas dalam bahagian selatan Sarawak. Perjalanan ke Pusak melalui jalan darat mengambil masa lebih kurang dalam 7 jam dari Miri.
Sekiranya keluarga si mati tidak mampu menguruskan mayat tersebut pihak hospital atau pihak yang berkenaan boleh menghantar mayat tersebut terus ke kampungnya melalui jalan darat atau jika perlu dikebumikan saja di tanah perkuburan Muslim di Miri.
Begitu juga dengan masalah bilik mayat yang terhad di hospital Miri seharusnya diberi perhatian oleh pihak Hospital kerana sekiranya berlaku kemalangan yang mengakibatkan warga asing atau orang luar yang terkorban, sudah tentu sukar bagi pihak hospital hendak meletakkan mayat tersebut sementara menunggu kaum keluarga atau waris mereka datang untuk menuntut.
Kita mengesa pihak Kementerian Kesihatan dan pihak hospital Miri memandang serius perkara ini dengan memberi peruntukan khas dalam pengurusan mangsa kemalangan maut atau yang mati terbunuh yang terpaksa disimpan dalam rumah mayat terlalu lama.
Bagi keluarga si mati yang kurang berkemampuan terutama bagi umat Muslim dan juga bangsa lain sepatutnya urusan pengkebumian dilakukan dengan segera mengikut kepercayaan agama masing-masing. Harap perkara ini mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya dari pihak yang berkenaan.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
Unclaimed Muslim corpses should be buried immediately
The problem of the Muslim foreigner’s corpse which is not claimed in Miri Hospital mortuary for weeks or months should be managed immediately by the Miri hospital and Islamic Religious Department if there is no heirs come to claim. Problem of unclaimed bodies are usually happens to foreigners working in Miri, the death is due to an accident or killed and so on. Among other reasons is the deceased had no complete identification documents and the family of the deceased difficult to reach.
This had happened a few years ago but this problem had been solved because there is generous local person to manage the unclaimed corpse. If there is still such cases happens, the hospital should immediately notify the local authorities and the Islamic Religious Department for funeral arrangements if no next of kin of the deceased come to claim.
Similarly, the problems of Muslims from outside the district of Miri who died in Miri that is not the residents of Miri had to wait for too long process of hearse delivery to the home of the deceased that is far away from the Miri. Deceased's family had to wait for the doctor and the hospital authorities signed a letter and so on before the victim's body is allowed to be brought out by the family of the deceased.
Problems arise when the poor family of the deceased had to come from far away by road and take time to get to Miri before being able to claim the body such as the case happens to an accident victim who died in Miri last Saturday. An elderly mother that had to wait for a few days for brings her son body out from Miri.
This was exposed by someone to us who do not want to be named. It said the hospital authorities taking too long to manage the remains of accident victims until take a few days then the remains can be sent back to his home town in Pusak, Saribas in the southern part of Sarawak. Travel to Pusak by road takes about a 7 hour drive from Miri.
If the family of the deceased is not capable of managing these bodies, the hospital or other party concern may send the bodies directly to his village by road or if need be buried only in the Muslim cemetery in Miri.
Similarly, the problem of limited morgue in Miri hospital should be given due attention by the hospital authorities in case of an accident resulting of foreigners or outsiders who were killed, it will be difficult for hospital authorities to put the bodies while waiting for the family or their next of kin come to claim.
0 Comments Received
Post a Comment