Warga emas sukar untuk mendapatkan
bantuan perumahan (PBR) dan kebajikan
MIRI – Nasib
golongan warga emas dan mereka yang kurang berkemampuan terus hidup dalam
kesempitan dalam bandaraya Miri. Dengan harga barangan keperluan harian yang
semakin meningkat dengan GST dan harga petrol yang tidak menentu menyebabkan
kehidupan harian mereka terus tertekan.
Harga
rumah dalam kawasan bandaraya memang terlalu mahal dan sukar untuk dimiliki
oleh golongan yang kurang berkemampuan. Walaupun
kerajaan mempunyai Program Bantuan Rumah (PBR) untuk menyediakan bantuan
kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar yang tinggal di
perumahan
yang lebih baik dan selamat berbanding sebelum ini, tetapi tujuan program ini
masih belum mencapai sasaran.
Salah
seorang penduduk di Tudan Phasa 5 Lutong Jalan Kuala Baram Miri mengadu masalah
tempat tinggal mereka yang usang dan hampir roboh. En Maru Timin 61 tahun dan
isterinya Pn Maliah Dris 63 tahun amat memerlukan bantuan segera membaiki rumah
mereka yang usang itu. Maru bekerja sebagai pengawal keselamatan dan isterinya Maliah
tidak bekerja hanya menjaga cucu mereka yang masih kecil dan tidak dapat
bersekolah. Pendapatannya tidak mencukupi untuk menampung pembelanjaan harian
keluarganya dan kadang-kadang mereka terputus bekalan makanan disebabkan tiada
wang untuk membeli makanan dan terpaksa meminjam wang dari rakan-rakan.
Maru
pernah memohon bantuan dengan pihak yang berwajib tahun lepas untuk membina
semula rumah mereka yang usang itu tetapi sehingga kini tiada sebarang jawaban
diterima dari pihak yang berkenaan. Menurut isterinya Maliah terdapat pihak
yang berkenaan datang ke rumah mereka untuk tujuan kaji selidik tetapi tiada
bantuan diberikan seperti yang sepatutnya. Beliau merayu kepada Jabatan
Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal boleh memberikan bantuan bulanan kepada
keluarga mereka kerana mereka juga menjaga cucu mereka yang berusia 9 tahun
yang masih tidak bersekolah.
PAS amat
simpati akan nasib yang ditanggung oleh keluarga ini dan memberi sedikit
sumbangan untuk mengurangkan bebanan yang mereka tanggung. Pihak berkuasa,
Jabatan kebajikan Masyarakat serta Baitulmal yang sepatutnya mampu memberi
bantuan bulanan kepada keluarga ini. Cucu mereka yang masih belum bersekolah
sepatutnya diberi peluang untuk belajar di sekolah kerajaan.
PAS
mengesa pihak kerajaan yang mempunyai peruntukan untuk bantuan rakyat termiskin
dan mereka yang kurang berkemampuan ini dapat memberi perhatian dengan masalah
yang dihadapi oleh mereka yang amat memerlukan bantuan ini.
Kita
mengesa pihak yang berkenaan seharusnya turun padang dan apabila ada aduan yang
dihadapi oleh golongan ini perlu diberi perhatian dan tindakan segera. Berilah
bantuan sewajarnya kerana kami telah menerima aduan daripada kumpulan sasaran
ini mereka sukar untuk mendapatkan bantuan yang sepatutnya kerana mereka perlu
mengisi borang tertentu dan akan dirujuk dengan pelbagai istilah sehingga mereka
merasa sukar untuk mendapatkan bantuan.
Kita
harap masalah rakyat yang sukar untuk mendapatkan bantuan ini perlu diberi
perhatian yang sewajarnya dari pihak berkuasa dan pihak yang berkenaan.
Kerjasama dengan pihak berkuasa dan mereka yang berkenaan untuk mengatasi
masalah rakyat ini amat dihargai.
Jofri
Jaraiee
Pesuruhjaya
PAS, Sarawak
English
version
Senior citizens difficult to get
housing assistance (PBR) and welfare
MIRI – The
fate of the elderly and the less fortunate continue to live in hardship in Miri
city. With prices of essential items rising by GST and volatile in petrol price
is led to continued pressure of their daily lives.
House
prices in the city are too expensive and difficult to be owned by the less
fortunate. Although the government has the Housing Assistance Programmed (PBR)
to provide financial assistance and management to enable the target groups
living in better housing and secure than ever before, but the goal of this
program has not yet reached the target.
One of
the residents in Tudan Phase 5 Jalan Lutong, Kuala Baram Miri complained of
problems of their homes that dilapidated and ramshackle. Mr Maru Timin 61 years
old and his wife Mrs. Maliah Dris 63 years old in dire need of immediate
assistance repair their dilapidated home. Maru worked as a security guard and his
wife Maliah is not working just take care of their grandchildren who is still
small and cannot attend school. His income is insufficient to cover his
family's daily expenses and sometimes they cut off the food supply because
there is no money to buy food and had to borrow money from friends.
Maru had
applied for help with the authorities last year to rebuild their dilapidated
house, but to date, no answer is received from the parties concerned. According
to his wife Maliah there are parties concerned came to their home for the
purpose of the survey but no help was given as it should. She appealed to the
Social Welfare Department and the Baitulmal can provide monthly assistance to
their families because they also take care of their grandson who was 9 years
old that are still not in school.
PAS was
very sympathetic to the plight suffered by these families and give a little contribution
to reduce the burden that they bear. The authorities, the Social Welfare
Department and the Baitulmal should be able to provide monthly assistance to
these families. Their grandchildren is still not attend school should be given
the opportunity to study in government schools.
PAS
urged the government which has a provision for the poor and the less fortunate
can pay attention to the problems faced by those who need the aid.
Give
appropriate assistance because we have received complaints from these target
groups they are difficult to get proper assistance as they need to complete a
specific form and will be referred with various terms until they find it
difficult to get help.
We hope
that the people's problems that difficult to obtain this assistance should be
given appropriate attention from the authorities and parties concerned.
Cooperation with the authorities and those concerned to resolve the people's
problems is greatly appreciated.
Read more...