Lim: Undi Bumi bantu DAP menang 6 kerusi lagi
Kuek Ser Kuang Keng Apr 26, 11 3:25pm
Perangkaan yang diterima menunjukkan bahawa kejayaan DAP di Sarawak pada pilihan raya 16 April lalu tidak akan dicapai dengan hanya sokongan masyarakat Cina.Setiausaha agungnya, Lim Guan Eng berkata tanpa sokongan masyarakat lain, mereka akan hanya memenangi enam kerusi sahaja dan tidak mungkin mendapatkan 12 kerusi.Katanya data dari pusat pengundian menunjukkan bahawa parti itu menang sekurang-kurangnya 30 peratus di kerusi-kerusi di mana pengundi bumiputera adalah minoriti."Di sesetengah kerusi, peratus pengundi bukan Cina yang menyokong DAP jauh lebih tinggi daripada 30 peratus,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.Pada pilihan raya ke-10 yang lalu, DAP menyapu semua kerusi-kerusi di kawasan bandar dan menggandakan jumlah kerusinya di dewan undangan negeri Sarawak.Berikutan itu, sesetengah parti komponen BN mendakwa DAP berkempen menggunakan strategi pro-Cina yang dinafikan parti tersebut.Akhbar milik Umno - Utusan Malaysia juga mendakwa kejayaan DAP adalah petunjuk bahawa masyarakat Cina cuba menghakis kuasa politik orang Melayu.Analisis awal DAP menunjukkan beberapa kerusi tidak akan dimenangi tanpa sokongan pengundi bukan Cina.Di Kidurong sebagai contoh, hampir separuh daripada pengundinya adalah bumiputera, DAP menganggarkan parti itu membolot kitra-kira 63 peratus undi bumiputera.Dalam kes kerusi Meradong pula, 43 peratus pengundinya adalah bumiputera dan parti itu menganggarkan mereka berjaya mendapatkan 46 peratus undi mereka.



PS: Merujuk kepada kenyataan DAP dan laporan yang tersebut diatas maka jelaslah kepada kita DAP mendapat kemenangan atas sokongan kaum Melayu dan Bumiputera. Maka sudah semestinya kalau DAP mahu bertanding dalam kawasan bumiputera, DAP juga mesti bagi peluang kepada rakan dalam Pakatan untuk bertanding dalam kawasan bandar dimana masyarakat Cina juga boleh memberi sokongan kepada rakan DAP dalam Pakatan seperti PAS. Hanya dengan kerjasama yang kukuh saja perkara ini boleh berlaku dan sudah pasti Pakatan Rakyat akan dapat sokongan semua kaum.


Kita harap PAS juga dapat diberi peluang untuk bertanding dalam kawasan bandar seperti Miri kerana PAS juga aktif dalam kawasan bandar seperti Miri. Dengan adanya kerjasama dan kesepakatan dalam Pakatan Insy-Allah PAS boleh menang dalam kawasan bandar sekiranya DAP dan PKR bersama-sama membantu PAS dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Kalau perkara ini berlaku dalam bandar Miri sudah pasti BN tidak ada modal lagi untuk menuduh PAS sebagai parti yang ekstrimis dan perkauman. Diharap Pakatan dapat merealisasikan perkara ini. Kita mahu Pakatan Sarawak membuat sejarah dalam bandar Miri. PAS untuk Semua.