KAUM WANITA DENGAN PANGKAT DAN ANUGERAH MEREKA

Saturday, April 2nd, 2011 GMTThis post is also available in: English

Terdapat segelintir kaum wanita Sarawak telah menceburkan diri mereka dalam perladangan menurut rekod-rekod di pejabat pendaftar tanah. Mereka ini juga mempunyai jaringan perniagaan dan hubungan kekeluargaan yang baik dengan orang penting di Sarawak.Sebagai contoh Datin Theresa Toyat, yang bersaudara dengan Ketua Menteri. Theresa juga adalah isteri bekas Setiausaha Negeri Sarawak, dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi sebuah syarikat yang menguruskan SCORE (konsep pembangunan hasil cetusan idea Taib), Wilson Baya Dandot. Sebagai seorang yang menjawat jawatan yang amat penting, Wilson Baya seharusnya mengelakkan diri dari terjebak dalam konflik kepentingan, maka sebab itulah sebuah ladang yang terletak jauh di kawasan Baram itu didaftarkan di bawah nama isterinya, Theresa?Theresa juga pemilik berjaya kepada syarikat Saredah Sdn Bhd (di mana syarikat tersebut digunakan sebagai alamat syarikat Amazing Green). Saredah adalah syarikat pencucian dan telah berjaya meraih banyak kontrak yang mengendalikan kerja-kerja pencucian dan pembersihan bangunan dan pejabat kerajaan!Maka, kita tidak sukar memahami kenapa ramai orang di Sarawak mengadu tidak berpeluang menjalankan perniagaan atau mendapat kontrak sedemikian tanpa mempunyai talian persaudaraan dengan keluarga Taib Mahmud atau kroni-kroni mereka! Ambil wanita-wanita perladangan terkemuka di Sarawak, Raziah dan Eliah Geneid sebagai contoh – adik dan anak saudara Taib sendiri.Anak-anak perempuan Tun RahmanSeorang lagi kaum hawa yang diketengahkan adalah pemilik ladang, Fatimah Abdul Rahman. Menurut rekod-rekod pendaftar tanah, Fatimah telah mendapat kawasan perladangan yang amat luas di Sri Aman.Fatimah merupakan anak perempuan kepada mantan Ketua Menteri dan juga mantan Tuan Yang Terutama Tun Rahman Ya’kub, yang telah berbaik-baik semula dengan anak buahnya, Ketua Menteri semasa, dan diketahui cuba mengangkat seorang lagi anak perempuannya, Norah, untuk menjadi pengganti Ketua Menteri nanti!Norah adalah Ahli Parlimen di Kerajaan Persekutuan untuk kawasan pilihanraya Tanjing Manis, yang mana Taib merancang untuk menjadikan tempat itu sebagai sebuah kawasan perindustrian, yang memfokuskan pandangan jauhnya untuk mencipta sebuah ‘hab daging halal’ antarabangsa.Ini telah dirancang setelah Ketua Menteri membuka suatu kawasan seluas 77,000 hektar baki hutan bakau, yang dikatakannya sebagai ‘kawasan pertanian yang paling murni’!Dengan mencampur-adukkan politik dan perniagaan, Taib telah mendapati berbaloi melantik Norah sebagai Pengerusi Eksekutif dalam Industri Tanjung Manis, sebuah inisiatif biayaan kerajaan negeri yang mengendalikan hab halal itu.Maka, apakah kaitannya antara perniagaan persendirian, inisiatif-inisiatif negeri dan kepentingan keluarga Taib di Sarawak? Jika diperhatikan, tiada, kerana jika kita ingin mendail nombor telefon yang berdaftar pada nama Fatimah berdasarkan rekod-rekod di pejabat pendaftar tanah, kita akan disambungkan ke pejabat syarikat Tanjung Manis Halal Hub Sdn Bhd, yang dikendalikan oleh Norah!Bomoh-bomoh juga!Baru-baru ini kami pernah mendedahkan suatu bentuk pengaruh wanita di Sarawak, iaitu suatu kuasa yang terjana dari Bomoh Stella, yang pada suatu ketika, diletakkan sebagai penasihat kepada Taib yang boleh dipercayai. Jika ada sesiapa di kalangan pembaca ingin mempersoalkan peranannya dalam keluarga Taib, kami memaparkan gambar keluarga yang diambil pada tahun 2003. Dalam gambar tersebut hanya Stella sahaja yang bukan datangnya dari keluarga tersebut. Gambar ini diambil sebelum Stella mewarnakan rambutnya putih bagi menjadikannya bergelar ‘bomoh berambut putih’!