Manifesto Pakatan Rakyat Sarawak Tekad Jana Perubahan
post info By Anwar Ibrahim
Pimpinan KEADILAN, DAP dan PAS hari ini bersama-sama melancarkan manifesto Pakatan Rakyat dengan motto 'Kami Menjulang Kedaulatan Rakyat, Ketuanan Rakyat.'. KEADILAN dan DAP masing-masing diwakili Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang manakala PAS diwakili Ahli Jawatankuasa Pusat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Manifesto setebal 8 halaman itu menawarkan 10 perubahan, antaranya:
1. Menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
2. Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa – cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan Barisan Nasional (BN) Sarawak sebelum ini.
3. Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra dengan menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan mengembalikan semula tanah adat Orang Asal.
4. Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan.
5. Menjamin hubungan baik antara persekutuan dan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 peratus ke 20 peratus.
6. Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.
7. Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah 1 serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun.
8, Mempertahan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada anak Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telahpun diamalkan oleh di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
9. Membela hak wanita dengan keserataan jantina di samping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga dan lain-lain.
10. Melabur untuk masa depan dalam modal insan, infrastruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WiFi) dalam masa 2 tahun sekiranya diberi mandat kelak. Manifesto itu dibaca pemimpin Pakatan Rakyat Sarawak, David Wong Kee Woan yang juga calon DUN Kota Sentosa.
Manifesto PR Sarawak realistik, selesai masalah rakyat
Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Sarawak menyifatkan manifesto yang ditawar kepada rakyat, realistik, segar dan mampu dilaksanakan berbanding manifesto Barisan Nasional (BN) yang lapuk dan sarat dengan khayalan. Timbalan Pengerusi DAP Sarawak, Chiew Chiu Sing berkata, komitmen PR untuk menubuhkan Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputera bagi menyelesaikan masalah tanah di Sarawak, tepat pada masanya."Saya berkeyakinan penuh manifesto itu cukup relevan dan sudah lama ditunggu-tunggu majoriti rakyat Sarawak khasnya di luar bandar yang berdepan rampasan tanah dari kerajaan negeri. "Berbanding BN, tiada penegasan asas dalam manifesto mereka dan menjelaskan lagi bahawa tanah rakyat akan terancam selagi rejim Taib Mahmud berkuasa," katanya kepada kepada Suara Keadilan. Bagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Tuan Haji Jofri Jaraiee, manifesto PR menekankan pentadbiran berteraskan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) dengan mengagih kekayaan terus kepada rakyat serta menolak rasuah, sekaligus membasmi penyalahgunaan kuasa."Sebuah laman sesawang sejak tahun lalu aktif membongkar kekayaan luar biasa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersama kroninya. "Tidak cukup dengan itu, pelbagai bukti dikemuka, selain puluhan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun tiada tindakan diambil. "Berbanding manifesto BN, tiada satu pun frasa yang menunjukkan tekad mereka untuk membasmi rasuah yang berleluasa di negeri ini," katanya. Penasihat KEADILAN Sarawak, Datuk Hafsah Harun pula berkata, teras kesembilan manifesto itu yang membela nasib wanita sangat sinonim kerana majoriti pengundi di seluruh Sarawak adalah wanita."Nasib wanita di era Taib jelas terabai. Lihat sahaja isu rogol kaum Penan, sehingga kini tertangguh dan tiba-tiba ditutup. Ini menimbulkan tanda tanya dan dilawan pelbagai pihak baik di dalam mahupun luar Sarawak. "Malangnya, manifesto BN tiada langsung memberi penekanan kepada hak wanita walaupun majoriti pengundi DUN Balingian yang ditandingi Taib adalah golongan wanita," katanya.
Posted by masdarwahid.blogspot.com at 12:32 PM
FAQ PILIHAN RAYA SARAWAK
Soalan:Apakah hukum mengundi?
Jawapan:Pada asalnya hukum mengundi adalah fardhu kifayah.
Soalan:Bolehkah mengundi dihukum sebagai wajib?
Jawapan:Bergantung kepada situasi dan keadaan,ia boleh menjadi fardhu ‘ain ataupun wajib sekiranya untuk mempertahankan kepimpinan Islam seperti di Sarawak sekarang ini yang berasaskan kepada konsep perkongsian kuasa yang tidak menyalahi syariat Islam.
Soalan:Bagaimanakah ciri-ciri pemimpin yang patut dipilih sebagai umat Islam?
Jawapan:Patuh kepada agama, amanah dan bertanggungjawab kepada rakyat dan bukan bersandarkan unsur-unsur fitnah dan tohmhan semata-mata. Perlu juga dipertimbangkan terhadap jasa, perjuangan, perngorbanan yang telah dilaksanakan oleh seseorang calon itu terhadap pembangunan Sarawak.
Soalan:Sekiranya terdapat beberapa orang calon muslim yang bertanding di sesuatu kawasan,di atas parti politik yang berbeza, bagaimanakah kaedah Islam untuk menentukan calon yang layak menjadi pemimpin, berdasarkan akhlak individu atau prinsip parti?
Jawapan:Pilihlah pemimpin yang cenderung kepada agama dan dapat memberi faedah kepada masyarakat, dan ukurlah juga sejauh mana sumbangan calon-calon tersebut terhadap pembangunan ummah.
Berdasarkan realiti dan situasi politik di Sarawak dengan berpandukan perkongsian kuasa yang telah terbukti kejayaannya, maka pilihlah Parti yang kurang mendatangkan kemudharatan kepada umat Islam. Dan hindarilah mengundi calon parti mereka yang akan mendatangkan kemudharatan yang lebih besar terhadap pembangunan ummah dan memecah belahkan perpaduan masyarakat majmuk,khususnya di Sarawak.
Soalan:Sekiranya terdapat di kawasan kita calon-calon non muslim yang bertanding. Bagaimanakah untuk kita sebagai pengundi untuk memilih pemimpin?
Jawapan:Pilihlah calon non muslim yang lebih prihatin,bertanggungjawab dan lebih memberi manfaat kepada masyarakat Islam sebagaimana yang telah terbukti dalam memimpin negeri Sarawak selama ini yang berasaskan kepada perkongsian kuasa dan saling hormat-menghormati antara pelbagai kaum dan kepercayaan.
Soalan:Apakah kewajipan wakil rakyat(YB) muslim terhadap rakyat yang pelbagai agama dan kaum yang terletak di kawasan yang dimenanginya?
Jawapan:Islam menuntut agar keadilan dilaksanakan untuk semua tanpa pilih kasih, hatta terhadap mereka yang tidak menyokong(tidak mengundinya) sewaktu pilihan raya.Wujudkan keharmonian, saling hormat-menghormati dan maafkan semua orang yang menentang
Soalan:Apa hukumnya menyebarkan fitnah terhadap seseorang calon bagi mempengaruhi pengundi atau memperdayakan mereka yang tidak mengetahui keadaan yang sebenarnya.
Jawapan:Haram dan berdosa besar!
Bersambung.....
Sambungan....
Soalan:Adakah halal elaun@gaji seseorang wakil rakyat(YB) yang memenangi sesuatu pilihanraya disebabkannya melakukan penipuan dan menyebarkan fitnah terhadap lawannya?
Jawapan:Haram! Beliau adalah seorang yang fasiq dan tidak layak menjadi pemimpin.
Soalan:Adakah wajib seseorang calon itu menunaikan janji-janjinya semasa berkempen seandainya dia ditakdirkan sebagai pemenang?
Jawapan:Wajip ditunaikan jika dia memenangi pilihan raya tersebut, walaupun parti yang diwakilinya tidak menjadi pemerintah di negeri itu.Jika tidak ditunaikan maka beliau dikhuatiri menjadi munafik.(sesungguhnya orang-orang munafik itu dibuntut neraka jahanam).
Soalan:Apakah hukumnya mengingkari pemerintah?
Jawapan: “Adapun keluar dari ketaatan terhadap pemimpin (penguasa) serta memerangi (atau membangkang) mereka, maka hukumnya adalah haram menurut kesepakatan (ijma’) umat Islam, walaupun pemimpin tersebut bersifat zalim lagi fasiq.” (Perkataan Imam an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/229. Turut disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari)
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah menukil perkataan Ibnu Baththal dalam Fathul Bari,
“Telah berkata Ibnu Baththal dalam hadis yang menjadi hujjah untuk meninggalkan sikap keluar dari ketaatan kepada sultan (pemerintah) walaupun pemerintah tersebut seorang yang jahat, (katanya) “Para fuqaha’ telah bersepakat (ijma’) berkenaan kewajiban mentaati sultan (pemerintah) yang memiliki kuasa walaupun dia mendapat kuasa tersebut dengan cara rampasan atau pemberontakan (mutaghalib) dan berjihad bersama-samanya. Ini adalah kerana ketaatan kepadanya lebih baik dari keluar meninggalkan ketaatan kepadanya (dengan mengambil sikap membangkang atau memberontak), yang dengannya mampu memelihara darah dan menenangkan orang ramai (masyarakat). Tidak ada pengecualian dalam perkara ini, melainkan apabila sultan melakukan kekafiran yang nyata.”.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 13/7)
Soalan:Dalam kontek Negeri Sarawak, jumlah umat Islam sekitar 25%(tidak ada mana-mana kaum boleh disifatkan sebagai majority:Iban;36%,Cina:32%).Apakah hukumnya individu atau parti yang memecahbelahkan perpaduan dan persaudaraan umat Sarawak yang sangat sedikit itu jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan penduduk Sarawak?
Jawapan:Haram, kerana jamaah dan ukhuwah Islamiah mengatasi segala kepentingan parti atau individu terutama sekali di kalangan umat Islam Sarawak yang begitu sedikit. Dan seandainya ditakdirkan umat Islam kehilangan kekuatan dan kuasa memerintah, maka mereka yang terlibat dan bersubahat mengkhianati kepimpinan Islam itu bukan sahaja haram malah berdosa besar!.
Semoga FAQ Pilihan Raya ini ada manfaatnya bagi mereka yang mahu berfikir untuk masa depan rakyat Sarawak.
UMAT ISLAM SARAWAK,RENUNG-RENUNGKANLAH!
JANGAN KERANA SEEKOR DUA NYAMUK YANG MENGHISAP DARAH SEMUA KELAMBU DIBAKAR....!!!!
YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDUNG BERCICIRAN.....!!!
DR MUZZAKIR
KOTA BHARU 11 April - Bekalan air Kelantan yang sering menimbulkan rungutan dalam kalangan rakyat mendapat perhatian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) apabila beberapa peserta membangkitkan isu itu dalam Dialog Suhakam Bersama Rakyat di sini, hari ini.
Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam ketika menjawab soalan peserta berkata, kemudahan asas termasuk bekalan air adalah tanggungjawab kerajaan dan pihaknya akan melanjutkan masalah itut untuk dibincangkan.
Sebelum itu, seorang peserta mendakwa, dia bertindak memotong bekalan air ke rumahnya kerana setelah empat tahun membayar bil, tetapi tidak mendapat perkhidmatan sewajarnya.
"Saya kecewa kerana bekalan air sejak dahulu lagi bermasalah sehinggalah empat tahun lepas saya kembali semula ke negeri ini, masalah yang sama masih berulang.
"Saya malu apabila mendapati rakyat di negeri lain telah lama menikmati bekalan air secukupnya, tetapi saya hanya membayar bil air bertahun-tahun, tetapi air tidak naik ke atas rumah dua tingkat yang saya sewa," katanya.