Naib presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, parti itu berharap dapat memenangi kerusi pertamanya di DUN Sarawak kali ini selepas bertanding di negeri itu sejak tahun 2003.
Katanya, berbeza dengan pengalamannya mereka sebelum ini, PAS mendapati "angin perubahan" sudah mula sampai ke negeri itu.
“Sebelum ini PAS masih baru. Sekarang kita lebih dikenali di kalangan penduduk tempatan,” katanya yang mengiringi calon PAS Beting Maro Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus di pekan Pusa, dekat Batang Lupar.
Salahuddin berkata, dengan menyandarkan harapan kepada semua muka baru, PAS juga akan memfokuskan terhadap usaha menyelesaikan isu berhubung pemilikan tanah adat (NCR) yang berlarutan sejak Sarawak merdeka pada tahun 1967.
Anggota parlimen Kubang Kerian itu berkata, usaha mereka menangani isu itu akan digiatkan melalu biro tanah dan pembangunan wilayah - badan langsung bawah PAS pusat - yang ditubuhkan khas bagi tujuan itu.
Beliau mendedahkan, menurut perkiraannya, Beting Maro mampu menjadi tempat pertama yang dirampas mereka, diikuti Sadong Jaya dan Sebuyau.
Kelebihan di Beting Maro itu dilihat turut berpunca oleh pergolakan dalaman antara penyokong calon baru BN Razaili Gapor yang dipilih menggantikan penyandang sebelum ini Bolhassan @ Ahmad Di, seperti dilaporkan akhbar tempatan.
PAS turut bertanding di Muara Tuang dan Tanjung Datu. Kelima-lima tempat itu mempunyai bilangan pengundi Melayu/Melanau yang agak tinggi.
Bagaimanapun, bagi lawannya BN, keyakinan PAS, terutamanya di Beting Maro hanyalah dibuat berdasarkan kekalahan tipis mereka dalam pilihan raya negeri pada 2006 lalu.
Menurut naib pengerusi Wanita BN Sarawak Rohani Abdul Karim, pada masa itu kekalahan BN disebabkan pembahagian baru kerusi parlimen yang turut melibatkan Beting Maro.
"Tetapi selepas itu kita tanya balik, kita analisis balik," katanya yang juga anggota parlimen Batang Lupar ketika ditemui Malaysiakini di Batang Lupar.
Selepas mengharungi tiga kali pilihan raya negeri hanya di Beting Maro, tahun ini PAS meletakkan calonnya di lima kawasan. Menariknya, kesemua calon yang diletakkannya bukanlah daripada golongan ustaz yang sinonim dengan parti Islam itu sebelum ini.
Dalam perkembangan berkaitan, tengah hari tadi, tersebar cakap-cakap bahawa mereka berjaya menang tanpa bertanding di Muara Tuang apabila calon BN didakwa gagal menyerahkan penyata perbelanjaan dalam pilihan raya negeri lalu.
Bagaimanapun, kira-kira 1.30 tengah hari, harapan itu musnah apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa calon BN Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud layak bertanding, sekaligus berlakunya perlawanan satu lawan satu di situ.
PAS Yakin Tawan Satu Kerusi DUN Sarawak,Muara Tuang bukti salah gunakuasa SPR
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2011
(227)
-
▼
April
(16)
- PAS Dan Pakatan Harus Bersatu Untuk Tumpaskan BN D...
- DAP Menang Kerana Undi Melayu Dan Bumiputera!
- BN Bagi Chek Tendang Untuk Menipu Pengundi!!!
- Mampukah PR Tawan Parliament Sarawak Dalam PR13?
- PAS Miri Mahu Bertanding Di Parliment Miri
- Undilah Pakatan Rakyat Untuk Kebajikan Rakyat Sarawak
- Perdana Menteri Satu Malaysia Atau Satu Parti?
- Masalah Besar Buat BN !!!
- Manifesto PR Sarawak Realistik Untuk Sarawak!
- Kekuatan kerjasama erat PAS-DAP Gusar George Chan
- PAS Yakin Tawan Satu Kerusi DUN Sarawak,Muara Tuan...
- Keluarga CM Menguasai Perniagaan Di Sarawak!!!
- Hanya Kaum Wanita BN Diberi Pangkat Dan Perniagaan!!!
- Rakan Dalam Politik Dan Juga Dalam Perniagaan!
- Mana Janji Pemimpin BN Memberi Peruntukan untuk Kp...
- PAS Sarawak Ready To Win 1st Seat
-
▼
April
(16)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
SOALAN LAZIM PILIHAN RAYA SARAWAK
Soalan:Apakah hukum mengundi?
Jawapan:Pada asalnya hukum mengundi adalah fardhu kifayah.
Soalan:Bolehkah mengundi dihukum sebagai wajib?
Jawapan:Bergantung kepada situasi dan keadaan,ia boleh menjadi fardhu ‘ain ataupun wajib sekiranya untuk mempertahankan kepimpinan Islam seperti di Sarawak sekarang ini yang berasaskan kepada konsep perkongsian kuasa yang tidak menyalahi syariat Islam.
Soalan:Bagaimanakah ciri-ciri pemimpin yang patut dipilih sebagai umat Islam?
Jawapan:Patuh kepada agama, amanah dan bertanggungjawab kepada rakyat dan bukan bersandarkan unsur-unsur fitnah dan tohmhan semata-mata. Perlu juga dipertimbangkan terhadap jasa, perjuangan, perngorbanan yang telah dilaksanakan oleh seseorang calon itu terhadap pembangunan Sarawak.
Soalan:Sekiranya terdapat beberapa orang calon muslim yang bertanding di sesuatu kawasan,di atas parti politik yang berbeza, bagaimanakah kaedah Islam untuk menentukan calon yang layak menjadi pemimpin, berdasarkan akhlak individu atau prinsip parti?
Jawapan:Pilihlah pemimpin yang cenderung kepada agama dan dapat memberi faedah kepada masyarakat, dan ukurlah juga sejauh mana sumbangan calon-calon tersebut terhadap pembangunan ummah.
Berdasarkan realiti dan situasi politik di Sarawak dengan berpandukan perkongsian kuasa yang telah terbukti kejayaannya, maka pilihlah Parti yang kurang mendatangkan kemudharatan kepada umat Islam. Dan hindarilah mengundi calon parti mereka yang akan mendatangkan kemudharatan yang lebih besar terhadap pembangunan ummah dan memecah belahkan perpaduan masyarakat majmuk,khususnya di Sarawak.
Soalan:Sekiranya terdapat di kawasan kita calon-calon non muslim yang bertanding. Bagaimanakah untuk kita sebagai pengundi untuk memilih pemimpin?
Jawapan:Pilihlah calon non muslim yang lebih prihatin,bertanggungjawab dan lebih memberi manfaat kepada masyarakat Islam sebagaimana yang telah terbukti dalam memimpin negeri Sarawak selama ini yang berasaskan kepada perkongsian kuasa dan saling hormat-menghormati antara pelbagai kaum dan kepercayaan.
Soalan:Apakah kewajipan wakil rakyat(YB) muslim terhadap rakyat yang pelbagai agama dan kaum yang terletak di kawasan yang dimenanginya?
Jawapan:Islam menuntut agar keadilan dilaksanakan untuk semua tanpa pilih kasih, hatta terhadap mereka yang tidak menyokong(tidak mengundinya) sewaktu pilihan raya.Wujudkan keharmonian, saling hormat-menghormati dan maafkan semua orang yang menentang
Soalan:Apa hukumnya menyebarkan fitnah terhadap seseorang calon bagi mempengaruhi pengundi atau memperdayakan mereka yang tidak mengetahui keadaan yang sebenarnya.
Jawapan:Haram dan berdosa besar!
Bersambung.....
Sambungan....
Soalan:Adakah halal elaun@gaji seseorang wakil rakyat(YB) yang memenangi sesuatu pilihanraya disebabkannya melakukan penipuan dan menyebarkan fitnah terhadap lawannya?
Jawapan:Haram! Beliau adalah seorang yang fasiq dan tidak layak menjadi pemimpin.
Soalan:Adakah wajib seseorang calon itu menunaikan janji-janjinya semasa berkempen seandainya dia ditakdirkan sebagai pemenang?
Jawapan:Wajip ditunaikan jika dia memenangi pilihan raya tersebut, walaupun parti yang diwakilinya tidak menjadi pemerintah di negeri itu.Jika tidak ditunaikan maka beliau dikhuatiri menjadi munafik.(sesungguhnya orang-orang munafik itu dibuntut neraka jahanam).
Soalan:Apakah hukumnya mengingkari pemerintah?
Jawapan: “Adapun keluar dari ketaatan terhadap pemimpin (penguasa) serta memerangi (atau membangkang) mereka, maka hukumnya adalah haram menurut kesepakatan (ijma’) umat Islam, walaupun pemimpin tersebut bersifat zalim lagi fasiq.” (Perkataan Imam an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/229. Turut disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari)
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah menukil perkataan Ibnu Baththal dalam Fathul Bari,
“Telah berkata Ibnu Baththal dalam hadis yang menjadi hujjah untuk meninggalkan sikap keluar dari ketaatan kepada sultan (pemerintah) walaupun pemerintah tersebut seorang yang jahat, (katanya) “Para fuqaha’ telah bersepakat (ijma’) berkenaan kewajiban mentaati sultan (pemerintah) yang memiliki kuasa walaupun dia mendapat kuasa tersebut dengan cara rampasan atau pemberontakan (mutaghalib) dan berjihad bersama-samanya. Ini adalah kerana ketaatan kepadanya lebih baik dari keluar meninggalkan ketaatan kepadanya (dengan mengambil sikap membangkang atau memberontak), yang dengannya mampu memelihara darah dan menenangkan orang ramai (masyarakat). Tidak ada pengecualian dalam perkara ini, melainkan apabila sultan melakukan kekafiran yang nyata.”.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 13/7)
Soalan:Dalam kontek Negeri Sarawak, jumlah umat Islam sekitar 25%(tidak ada mana-mana kaum boleh disifatkan sebagai majority:Iban;36%,Cina:32%).Apakah hukumnya individu atau parti yang memecahbelahkan perpaduan dan persaudaraan umat Sarawak yang sangat sedikit itu jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan penduduk Sarawak?
Jawapan:Haram, kerana jamaah dan ukhuwah Islamiah mengatasi segala kepentingan parti atau individu terutama sekali di kalangan umat Islam Sarawak yang begitu sedikit. Dan seandainya ditakdirkan umat Islam kehilangan kekuatan dan kuasa memerintah, maka mereka yang terlibat dan bersubahat mengkhianati kepimpinan Islam itu bukan sahaja haram malah berdosa besar!.
Semoga FAQ Pilihan Raya ini ada manfaatnya bagi mereka yang mahu berfikir untuk masa depan rakyat Sarawak.
UMAT ISLAM SARAWAK,RENUNG-RENUNGKANLAH!
JANGAN KERANA SEEKOR DUA NYAMUK YANG MENGHISAP DARAH SEMUA KELAMBU DIBAKAR....!!!!
YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDUNG BERCICIRAN.....!!!
DR MUZZAKIR
KALAULAH HANYA SATU KERUSI....
APA YANG YOU BOLEH BUAT?
MAKNANYA HANYA HANCURKAN PERPADUAN ISLAM DI SARAWAK
JELAS DAN TERANG PAS HANYA SEKADAR MEMECAHBELAHKAN UMAT ISLAM SARAWAK,
ATAS DASAR HUJJAH APA PAS TERLIBAT PILIHAN RAYA DI SARAWAK?
ADAKAH SEKADAR MELAKSANAKAN PERANCANGAN YAHUDI?
ADA MATA BUTA!
ADA TELINGA PEKAK!
XSEDAR UMAT ISLAM TERLALU SEDIKIT DI SARAWAK!
INI BUKAN BUMI MALAYA,MELATU ISLAM RAMAI
WALAUPUN DAH RAMAI MELAYU KRISTIAN DI MALAYA!!!