MENGALIRKAN WANG KELUAR DARI SARAWAK

Tuesday, April 5th, 2011 GMT This post is also available in: English Hanya pada minggu yang lalu, dengan berbohong, Taib Mahmud telah mengumumkan menerusi video bahawa dia dan anak-anaknya sentiasa mengelakkan diri mereka berniaga di Sarawak “Saya mengelak konflik kepentingan dari menghantui saya sepanjang masa. Jika saya berurusniaga di dalam negeri, orang akan mengatakan bahawa saya menggunakan pengaruh saya untuk menambahkan kekayaan saya, jadi, kami melakukannya di luar negara.” Namun, kami tetap akan mendedahkan segala bukti untuk menghantuinya. Terdapat bukti-bukti yang berkaitan dengan berbilion-bilion ringgit yang telah disalurkan keluar dari negeri Sarawak oleh bank persendirian keluarga Taib sahaja. Semua urusniaga itu dilaksanakan di Sarawak dan juga di seluruh Malaysia.


Bank-bank milik keluarga Taib – perniagaan mereka digerakkan oleh pengaruhnya

Sebagai contoh, mari kita lihat pada UBG Bank (dahulunya dikenali sebagai Bank Utama), yang dimiliki oleh syarikat keluarga Taib, CMS sehingga bulan November tahun lalu. Pengerusi UBG Bank adalah anaknya, Abu Bekir, manakala timbalannya pula adalah Syed Ahmen Alwee Asree, iaitu suami kepada Hanifah Taib. Menerusi kedua-dua anak dan menantu Taib itu, UBG Bank telah mengaut keuntungan sehingga berbilion-bilion ringgit. Sila teliti pada pegangan saham-saham mereka, dan perhatikan segala apa yang telah mereka jualkan. Bagi mereka yang sekadar gemar melemparkan tuduhan bahawa Sarawak Report telah mendedahkan bukti-bukti yang dianggap tidak betul adalah mereka yang gagal memuatturunkan Laporan Tahunan yang paling asas dan pengumuman-pengumuman dari internet. Tindakan sedemikian hanya akan menyebabkan mereka tidak layak memberikan komen-komen atau boleh kita anggap sebagai pembohong. Berdasarkan rekod-rekod itu, misalnya, sehingga tahun 2007 UBG yang mempunyai kawalan ke atas sepertiga dari kesemua saham dan keseluruhan 60% saham-saham dalam bank yang keempat terbesar di Malaysia, RHB! Maka, berapakah nilai kesemuanya bagi keluarga Taib? Beberapa siri jualan awam telah diadakan bagi memberikan kita angka-angka yang kita perlukan itu.


Mendapatkan balik wang mereka – berapakah nilainya?

Pada tahun 2007, sebagaimana yang kita ketahui, keluarganya telah cuba untuk mendapatkan wang mereka dari saham-saham dalam RHB, kerana tiga percubaan jualan secara komersial telah mengalami kemerosotan selama tiga bulan berturut-turut. Dalam pada itu, Taib juga diketahui telah gagal meletakkan bidanya mengikut kehendaknya! Namun, keluarga Taib amat bertuah, kerana sebuah perbadanan awam telah bertindak sebagai penyelamat kerugian keluarganya yang menawarkan untuk membeli saham-saham. Perbadanan awam yang kita maksudkan di sini adalah tidak lain dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). KWSP merupakan sebuah dana persaraan kakitangan kerajaan yang terbesar di Malaysia, dan diuruskan oleh sebuah lembaga yang didominasikan oleh ahli-ahli politik dan juga pemimpin-pemimpin perniagaan. KWSP telah membayar sejumlah RM1.4 bilion secara tunai kepada para pemegang saham-saham UBG dan keluarga Taib bagi saham-saham dalam RHB. Wang tersebut adalah dari dana pencen penjawat awam yang dibayar masuk ke dalam akaun-akaun bank keluarga Taib. Fakta-fakta ini amatlah bertentangan dengan penafian yang telah dibuat sendiri oleh Abdul Taib Mahmud dalam video temubualnya mengenai “tuduhan konflik kepentingan” dan “menggunakan pengaruhnya untuk menambahkan kekayaannya” dengan berniaga di dalam Sarawak dan Malaysia! Dalam pada itu, tokoh-tokoh terkemuka negeri yang menganggotai Lembaga KSWP, antara lainnya, adalah rakan karib Taib sendiri, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Y.B. Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani, yang telah kami dedahkan pada minggu lalu sebagai salah seorang dari perampas tanah orang-orang asal. Kenapa Encik Morshidi tidak sudi mengembalikan kesemua tanah-tanah yang diserahkan oleh Taib kepadanya – yang telah dibiayai dengan berjuta-juta ringgit wang para pesara kakitangan kerajaan? Selain itu, KWSP juga diminta untuk menyelamatkan projek Empangan Hidro Elektrik Bakun. Memandangkan tiada di kalangan pelabur yang sanggup melibatkan diri dalam projek berkenaan, maka KWSP telah memperuntukkan RM5.75 billion sebagai suntikan modal untuk gajah putih itu, sekali lagi, menghidupkan semula usahasama dan menambahkan kekayaan syarikat CMS milik keluarga Taib, dengan pemberian pelbagai jenis kontrak di situ. Dan Taib mengakui bahawa beliau tiada perniagaan di Sarawak mahupun di Malaysia, dan tiada konflik kepentingan? Sesuatu kenyataan yang tidak masuk akal!


Lebih banyak wang dari UBG

Setelah ianya menjualkan saham-saham RHB dengan banyak keuntungan, UBG seterusnya memperolehi kebaikan dari pengaruh tempatan. Ianya telah memperolehi faedah daripada dua syarikat, Putrajaya Perdana Sdn Bhd dan Loh & Loh Corp Bhd dan kemudiannya mengeluarkan saham-saham baru kepada sebuah syarikat persendirian, Majestic Masterpiece yang telah melonjakkan jumlah ekuitinya dari RM800 juta kepada kira-kira RM1.5 billion. Dalam pada itu, UBG telah mengabaikan keperluan yang ditetapkan oleh Pasaran Saham bahawa sekurang-kurangnya 25% dari keseluruhan saham dalam syarikat awam yang disenaraikan, seharusnya mudah diperolehi oleh para pelaburnya, dan bukan dipegang oleh syarikat-syarikat yang mengendalikannya. Pengumuman-pengumuman yang dibuat oleh Pasaran Saham dalam 2010 telah menyatakan bahawa UBG telah tidak mematuhi keperluan-keperluan itu kerana 90% dari saham bank berkenaan adalah di bawah kendalian CMS dan rakan barunya, Majestic Masterpiece. Mujurlah, Bursa Saham Malaysia telah meluluskan perlanjutan tempohnya itu! Apakah faedah pengambilan kedua-dua oleh UBG pada 2008 itu? Negeri Sarawak telah bersungguh-sungguh menawarkan kontrak-kontrak utama negeri kepada mereka sejak beberapa bulan yang lalu! Pada awal 2010, akhbar The Star telah melaporkan bagaimana syarikat Loh & Loh, telah berjaya mendapat salah satu daripada kontrak-kontrak utama negeri iaitu projek pembinaan jalan bernilai RM2 billion, dianugerahkan oleh Ketua Menteri! Projek tersebut adalah pembinaan RM645 juta jalan ke Empangan Murum, yang sedang dalam pembinaan (sebuah lagi projek gajah putih yang akan memusnahkan kawasan yang amat luas di Sarawak dan menambahkan kekayaan keluarga Taib). Sementara itu, syarikat Putrajaya Perdana, yang diambil oleh UBG, telah juga mendapat kontrak-kontrak mewah, terima kasih kepada keputusan-keputusan bijak Ketua Menteri. Salah sebuah projeknya adalah pembinaan Ibupejabat Sarawak Energy Berhad (SEB) di Isthmus di Kuching. Pada asalnya, kontrak itu telah dianugerahkan oleh Ketua Menteri kepada syarikat keluarganya, CMS dengan nilai RM232 juta. Kemudian, CMS menyerahkannya kepada anak syarikatnya yang baru, Putrajaya Perdana Construction, menerusi UBG dengan nilai RM231 juta. Dua kontrak bernilai berjuta-juta ringgit dianugerahkannya kepada syarikat-syarikat milik keluarganya dalam masa beberapa bulan setelah diambil-alih! Tiada tanda-tanda beliau menjalankan perniagaan ‘di dalam negeri ini’? – adakah beliau ingat kita ini bodoh-bodoh belaka? Dalam masa Taib menganugerahkan kontrak-kontrak utama kepada kedua-dua anak syarikat milik keluarganya itu, beliau juga diketahui telah berusaha memperolehi faedah dari UBG. Beberapa siri rundingan telah dijalankan untuk menjualkan saham-saham CMS dalam bank itu, dan juga saham-saham Majestic Masterpiece kepada sebuah lagi syarikat yang bermisteri, yang dikenali sebagai PetroSaudi. PetroSaudi International adalah sebuah syarikat yang dikatakan berpangkalan di negara Arab yang telah menunjukkan minatnya melabur dengan membeli keseluruhan UBG dan menjadikannya sebagai syarikat persendirian. Syarikat berkenaan pernah mengejutkan media-media di Malaysia dengan pelbagai-bagai janji untuk melabur secara besar-besaran dalam usahasama dengan Kerajaan, yang akhirnya tidak menjadi reality sepanjang tahun 2010. PetroSaudi telah dikatakan mempunyai perkaitan dengan seorang putera raja Arab dan beribupejabat di Arab. Namun, Pejabat Rekod-rekod Syarikat di UK telah mengeluarkan cerita yang berlainan. Pejabat berkenaan menyatakan bahawa PetroSaudi International telah dikorporatkan pada 18hb Februari 2010, dan negara asalnya adalah United Kingdom! Ianya mempunyai pejabat-pejabat di Arab Saudi dan juga di Geneva, Switzerland, tetapi asal-usul syarikat itu adalah sejajar dengan keputusan Taib Mahmud untuk mengeluarkan berbilion-bilion ringgit sahamnya dari UBG di Sarawak dan menjualkan keseluruhan keusahawanannya itu kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di luar Malaysia. Kajian dan siasatan kami ke atas pejabat-pejabat PetroSaudi International di 1 Curzon Street, Mayfair di London dan mendapati mereka menggunakan ruang-ruang pejabat di sebuah bangunan yang khasnya disewa oleh Asset Management, iaitu sebahagian dari Swiss Bank UBS.


Suatu lagi sumber keuntungan yang amat lumayan

Dengan anak-anak syarikat UBG yang baru dan dianugerahkan kontrak-kontrak besar negeri, adalah mudah sangat untuk memujuk PetroSaudi International mengambil-alih bank awam ini, dengan pemilikan 90% saham yang ada pada kedua buah badan itu (walaupun bercanggah dengan peraturan Bursa Saham Malaysia), kembali ke pangkuan-pangkuan persendirian. Hanya pada 1hb November 2010 pembelian saham-saham CMS dan Majestic Masterpiece diselesaikan oleh PetroSaudi International. Tawaran yang dicadangkan telah diumumkan beberapa bulan sebelum itu oleh CMS yang berjumlah RM466 juta. Amaun tersebut telah menjadikan sejumlah kira-kira RM2 bilion yang telah diperolehi oleh keluarga Taib daripada perniagaan perbankan hanya dalam masa beberapa tahun sahaja. Jual-beli ini telah melibatkan suntikan dana persaraan para bekas penjawat awam dan digunakan ke atas kontrak-kontrak negeri yang diraih oleh syarikat-syarikat Taib di sepanjang tempoh rundingan itu. Bagaimana Taib Mahmud boleh mengakui bahawa beliau tidak menjalankan perniagaan di Sarawak untuk mengelakkan dari dihantui oleh tuduhan-tuduhan konflik kepentingan? Mudah sahaja – beliau TELAH menggunakan kedudukannya dan pengaruhnya untuk menguntungkan diri sendiri. Beliau telah melarang semua bentuk media untuk melaporkannya kepada umum. Reminder about posting comments:Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site. One comment to: “MENGALIRKAN WANG KELUAR DARI SARAWAK” BID - ANAU says: April 6, 2011 at 2:41 am Kalau dapat Sarawak Report buat Road show untuk mendedahkan segala – galanya kepada rakyat Sarawak sepanjang tempoh berkempen 10 hari ini…dedahkan segalanya..Berani kerana benar..Takut kerana salah. KUASA DI TANGAN RAKYAT.Bukan semua rakyat boleh dapat maklumat yang SR tulis ini,jadi buatlah sesuatu untuk rakyat sebelum 16/04/2011 ini. Perubahan harus dilakukan..Ayuh kita bangkit sama – sama.