Masalah Rumah Panjang Di Sibuti Yang Masih Belum Dapat Diselesaikan
Rumah panjang ini adalah antara beberapa buah rumah panjang yang menghadapi masalah bekalan air bersih selain daripada masalah jalan masuk ke kampung yang teruk. Walaupun ada papantanda naiktaraf jalan terletak dipinggir jalan rumah panjang tersebut tetapi sehingga kini tiada tanda-tanda jalan tersebut boleh disiapkan dalam masa terdekat.
Penduduk di rumah panjang terbabit sudah lama menunggu agar pihak kerajaan membekalkan bekalan air bersih ke rumah mereka tetapi sehingga kini tiada tanda-tanda ada kerja pemasangan paip air disalur ke rumah mereka.
Walaupun kerajaan Malaysia menyumbangkan tangki air 1Malaysia tetapi ianya tidak mampu menampung keperluan harian mereka apabila musim kemarau panjang. Mereka terpaksa menggunakan air sungai yang berdekatan untuk mandi, membasuh makanan, pakaian dan sebagainya.
Penggunaan racun perosak yang berleluasan di ladang kelapa sawit yang berdekatan dengan sungai boleh mengancam kesihatan penduduk yang menggunakan air sungai tersebut. Walaupun setakat ini kita belum mendengar ada keracunan atau pencemaran air sungai tersebut, sekiranya tidak dikawal dengan sebaik mungkin sudah pasti suatu hari nanti perkara yang tidak diingini boleh berlaku dan mengancam kesihatan penduduk yang menggunakan air sungai tersebut. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati.
Kita mendesak agar pihak kerajaan segera menyalurkan bekalan air bersih ke rumah panjang tersebut demi menjaga keselamatan dan kesihatan penduduk disitu. Kita tidak mahu nanti ada penduduk yang mengadu sakit akibat menggunakan air sungai yang tercemar disebabkan tiada kemudahan asas yang diberi oleh pihak pemerintah yang sepatutnya menjaga kepentingan awam dan juga rakyat yang terbabit.
Kita akan terus menyuarakan dan menyampaikan masalah rakyat kepada pihak yang berkenaan agar segala masalah mereka ini dapat diberi perhatian dan diatasi dengan segera.
Kita berharap jangan ada pula orang yang tidak senang hati dengan keluhan rakyat ini disuarakan ke media sebab perkara ini adalah untuk kebaikan semua bukan untuk kepentingan peribadi.
Harap pihak yang berkenaan dapat melaksanakan tugas mereka dengan amanah, jujur, telus dan adil untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Longhouse problems in Sibuti Still Not Resolved
SIBUTI - Longhouse Lagan Sg Telajin Sibuti about 1 and a half hours from Miri city. PAS Miri recently visited the longhouse to observe itself the situation and the problems faced by the people in the longhouse in Sibuti area.
This longhouse is one of several longhouses that face water supply problem apart from the problems of access roads to the village that was severe. Although there is upgrade road signboard located just off the road at the longhouses but so far no signs of the road can be completed in the near future.
Residents in these longhouses had been waiting for the government to supply clean water to their homes, but so far no signs of water pipe installation work are channeled to their house.
Although the Malaysian government contributed 1Malaysia water tank but it is not able to support their daily needs when the long dry season. They had to use nearby river water for bathing, washing food, clothes and so on.
A massive scale use of pesticides in oil palm plantations near the river can threaten the health of the people who use the river water. Although so far we have not heard of poisoning or pollution of rivers, if not controlled in the best possible is certainly one day of adverse events can occur and threaten the health of the people who use the river water. Prevention is better than cure.
We urge the government to immediately deliver clean water supply to the longhouse in order to protect the safety and the health of the population there. We do not want to have people who complain of illness due to contaminated river water because there are no basic facilities provided by the government which should protect the public interest and also the people involved.
We will continue to express and deliver people's problems to the relevant authorities so that all these problems can be addressed and resolved immediately.
We hope should there are those not happy with these people complain expressed to the media because this is for the good of all not for personal gain.
Hope the parties concerned perform their job with trust, honest, transparent and fair to all regardless of race, religion and political belief.
0 Comments Received
Post a Comment