Mengapa Pelajar Bumiputera Sarawak Sukar Diterima Masuk ke UiTM?


Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan sebuah universiti kerjasama pendidikan awam dengan kampus utama yang terletak di Shah Alam, Selangor, Malaysia. Ia adalah institusi utama Sistem Universiti Teknologi MARA, universiti terbesar di Malaysia dari segi saiz dan enrolmen pelajar dan satu-satunya universiti awam yang menjalankan pengambilan dua kali setahun.

Kemasukan universiti adalah terbuka kepada Bumiputera dan pelajar antarabangsa sahaja, kecuali bagi program-program persediaan yang dijalankan di Pusat Pendidikan Antarabangsa (INTEC), Malaysia di mana bukan Bumiputera diterima. Dasar ini dilindungi menurut kuasa Perkara 153 Perlembagaan Malaysia.

Kita ada menerima aduan daripada ibubapa pelajar bumiputera Sarawak yang mengatakan sukar bagi anak mereka untuk masuk ke universiti tersebut disebabkan status bangsa anak mereka terutama sekali ibu mereka bukan bumiputera sedangkan bapa mereka adalah bumiputera asal Sarawak, Kalau mengikut keturunan selalunya ikut daripada keturunan seorang bapa bukannya ibu.

Apakah taraf status sebenar “Bumiputera” yang dibenarkan oleh UiTM dalam pengambilan pelajar bumiputera dari Sarawak?

Adakah kedua ibubapa pelajar mesti bumiputera sepenuhnya? Bagaimana pula sekiranya bapa pelajar bumiputera berkahwin dengan ibu yang bukan bumiputera maka adakah anaknya tidak diiktiraf sebagai bumiputera?

Inilah persoalan yang sering timbul kepada pelajar bumiputera Sarawak yang ingin melanjutkan pelajaran ke UITM dimana masalah akan timbul apabila bapa pelajar bumiputera berkahwin campur dengan orang bukan bumiputera.

Ibubapa pelajar dari Sarawak khususnya amat kesal dengan sikap pengurusan UiTM dalam urusan pengambilan pelajar baru dari Sarawak disebabkan status ibubapa mereka.

Kita mendesak agar pihak kementerian pelajaran dapat menjelaskan dengan segera taraf status Bumiputera yang sebenarnya agar tidak menyusahkan pelajar bumiputera Sarawak dari terus terpinggir dari pelajaran. Kebanyakan perkara ini berlaku kepada pelajar bumiputera Sarawak yang kedua ibubapanya berkahwin campur.

Jangan pinggirkan atau diskriminasi pelajar bumiputera dari Sarawak untuk sama-sama maju kehadapan bersama pelajar dari Semananjung kerana Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia. Berlaku adillah kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik demi masa depan pelajar tersebut nanti.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, SARAWAK

English version
Why Sarawak Bumiputera students Difficult to be accepted into UiTM?

UiTM MARA University of Technology is a co-educational public university with its main campus located in Shah Alam, Selangor, Malaysia. It is the flagship institution of the Universiti Teknologi MARA System, the largest university in Malaysia in terms of size and student enrollment and the only public university carrying out intakes twice a year.

University admission is open to Bumiputeras and international students only, except for preparatory programmed conducted at International Education Centre (INTEC), Malaysia where non-Bumiputeras are admitted. This policy is protected by virtue of Article 153 of the Constitution of Malaysia.

We have received complaints from parents of the Sarawak native’s students say it is difficult for their children to go to university because of the racial status of their children especially their non-indigenous mothers while their father was the original natives of Sarawak, if we follow the descent usually follow a descendant of a father rather than mother.

What is the standard of the actual status of "Bumiputera" authorized by UiTM in the recruitment of indigenous students from Sarawak?

Are both parents of the students must be fully native? What if the father of the students is indigenous and married to mothers who are not indigenous, is it not recognized as an indigenous child?

These are questions that often arise by the Sarawak indigenous students to pursue their studies to UiTM where the problem arises when the father of indigenous students intermarried with non-Natives.

Parents of students from Sarawak in particular very disappointed with the attitude of the management of UiTM in the recruitment of new students from Sarawak because of the status of their parents.

We urged the ministry of education can quickly explain the actual standard of Bumiputera status so as not to inconvenience the Sarawak indigenous students from marginalized from education. Most of this is happening to the Sarawak indigenous students who inter-married parents.

Do not confinement or discrimination the indigenous students from Sarawak to move forward together with students from Peninsular because Sarawak is part of Malaysia. Be fair to all regardless of race, religion and political belief for the future of these students later.