SPR HENDAKLAH KEMBALI KEPADA PERANAN ASAL
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) (Inggeris: Election Commission of Malaysia) ialah sebuah suruhanjaya yang menyelia, mengelola, dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia. Baru-baru ini SPR mencadangkan agar karikatur diharamkan semasa kempen dalam pilihanraya umum ke13 (PRU13).
Pihak SPR sepatutnya tidak mengharamkan karikatur yang berbentuk nasihat dan peringatan untuk menarik perhatian pengundi untuk memilih pemimpin yang baik, bertanggungjawab serta adil untuk semua. Kecuali karikatur yang berbentuk menghasut, menghina dan membuat fitnah terhadap pihak lawan dan mereka boleh diambil tindakan sekiranya terbukti karikatur tersebut boleh menganggu ketenteraman awam.
Sepatutnya SPR memberi tumpuan kepada pendaftaran pengundi yang meragukan serta membersihkan nama daftar pemilih yang sudah tiada dalam senarai pendaftaran Negara. SPR juga sepatutnya memberi tumpuan kepada tuntutan 8 perkara yang telah dikemukakan oleh pihak BERSIH bukannya mengusulkan peraturan baru yang remeh-temeh.
Kita mendesak agar pihak SPR dapat melakukan tugas mereka dengan adil, telus dan bertanggungjawab seperti mana penubuhan SPR pada awal tahun 50an dan 60an dahulu, dimana mereka tidak memerlukan PACA (Polling Agent Counting Agent) untuk menjadi pemerhati sebab pada masa dulu orang ramai yakin akan peranan SPR yang memang benar-benar adil dan bebas dari cengkaman parti politik, sebab itulah pada zaman dulu, ada calon bebas boleh menang tanpa perlu ada PACA untuk jadi permerhati di pusat pengundian. Mereka yakin petugas SPR pada masa itu benar-benar amanah dan jujur dalam menjalankan tugas mereka.
Tetapi sekarang SPR sudah dilihat sebagai sebuah badan yang tidak begitu bebas, telus dan terikat dengan kerajaan yang memerintah sehingga menyebabkan orang ramai merasa ragu akan peranan SPR yang sebenarnya. Maka sebab itulah kita menyeru agar mereka yang benar-benar mendapat kepercayaan awam saja yang dilantik menjadi anggota dan pengurusi SPR seperti mana yang diperuntukan dalam perlembagaan.
Anggota-anggota Suruhanjaya dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Ketika melantik Ahli-ahli Suruhanjaya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam.
Kita mendesak agar SPR benar-benar dapat menjalankan tugas mereka dengan bertanggungjawab dan adil tanpa perlu tunduk dengan tekanan pihak yang tidak bertanggungjawab agar imej SPR akan dapat dipulihkan semula seperti mana tugasan mereka pada masa yang lalu.
Sepatutnya SPR bebas dari sebarang cengkaman politik, kalau mahu badan tersebut dilihat sebagai sebuah badan yang bebas , telus dan adil dalam menjalankan tugas mereka seperti mana yang pernah mereka lakukan semasa sebelum merdeka dahulu.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
EC Should Back to it Origin Role
The Election Commission of Malaysia (Malay: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)) is a commission set up for the purpose of regulating and conducting elections in Malaysia.
Recently, the EC suggested that the caricature banned during the campaign in 13th general election (13th GE).
The EC should not ban the caricatures in the form of advice and reminders to attract voters to choose a good leader, responsible and fair to all. Except caricature in the form of inflammatory, derogatory and make slander towards opponents.
EC should focus on suspicious voter registration and clearing the names of the electoral roll that is not on the list of the National registration.
The EC should also focus on the demands of 8 items that have been submitted by the BERSIH is not proposing a new regulations that is paltry.
We requested the EC do not try to give excuses in the demands of 8 items raised by the BERSIH in the past and they are supposed to be implementing the claims rather than issuing statements that are not related to renovations of existing electoral system, such as conducting petty regulations which benefits only one party where people become disgusted with the new rules made by the EC.
We urges the EC can do their job fair, transparent and accountable as the establishment of the EC in the early 50s and 60s before, where they do not need PACA (Polling Agent Counting Agent) to be an observer because in the past people have confidence in the role of the EC that really fair and free from the clutches of politics, that's why at the past time, there is an independent candidate can win without having to have PACA to become overseer at the polling station. They are convinced that the EC staff at that time really trustee and honesty in their work.
But now the EC is seen as a body that is not free, transparent and be bound by the ruling government causing the public doubt the actual role of the EC. That is why we urge those who are really have a public trust only to be appointed as a member and the chairman of EC as provided in the constitution.
Members of the Commission are appointed by the Yang di-Pertuan Agong (King), who must consult with the Conference of Rulers and appoint a Commission which has the confidence of the public.
We urge the EC can really carry out their duties responsibly and fairly without having to bow to the pressure of the irresponsible parties so that the image of the EC will be restored as they do in the past,
EC should be free from any political grip if you want the body is seen as an independent, transparent and impartial in carrying out their duties as they had done during the pre independence before.
0 Comments Received
Post a Comment