Masyarakat Iban Sudah Bersedia bersama PAS, Bagaimana dengan Melayu Muslim?
BEKENU - Rumah (RH) Kudang yang terletak lebih kurang 80 Km dari bandaraya Miri menuju kearah Bintulu. Rumah panjang dua tingkat dengan konkrit bertetulang yang terletak diatas bukit itu nampak lebih cantik kalau dibandingkan dengan rumah teres yang ada di bandar. Kos pembinaan rumah panjang lebih murah dari kos membeli rumah teres yang ada di bandar sekarang.


Harga rumah di bandaraya Miri sekarang amat tinggi yang boleh mencecah sehingga RM300 ribu keatas jika bertingkat seperti rumah panjang Kudang. Inilah nasib yang menimpa penduduk di Sarawak, tanahnya luas tapi rumahnya kecil sempit dengan harga rumah yang mahal kalau duduk di kawasan bandar.

Baru-baru ini PAS Miri telah berkunjung ke Rh Kudang sempena Hari Gawai dimana penduduk disitu amat mesra serta menerima kedatangan rombongan PAS dengan sambutan yang hangat. Pada sebelah malamnya diadakan majlis penerimaan borang keahlian baru DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS ) serta penubuhan cawangan DHPP bahagian Bekenu.

Majlis yang dihadiri oleh pimpinan PR (Pakatan Rakyat) terdiri dari YDP PAS Miri, wakil dari PKR (KeAdilan) sdr Bill Kayong dan beberapa pimpinan kawasan, ahli serta penyokong Pakatan turut hadir memeriahkan lagi majlis pelancaran dan penubuhan cawangan DHPP bahagian Bekenu.

Alhamdulillah dengan kehadiran wakil-wakil dari 5 buah rumah panjang yang lain juga turut hadir bersama rombongan mereka datang ke program tersebut di Rh Kudang ini semata-mata untuk menyerahkan borang menjadi ahli DHPP. Wakil setiap rumah panjang juga diberi kesempatan untuk mengambil bahagian dalam ucapan pelancaran tersebut.

Pada majlis tersebut juga beberapa bekas pimpinan BN (Barisan Nasional) yang hadir turut menyerahkan borang ahli DHPP kepada PAS Miri, diantaranya Ramba seorang penduduk dari Rh Suyong serta mengatakan akan terus berjuang bersama PAS untuk membebaskan kaum Iban dari terus dibelenggu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selama ini beliau merupakan seorang ketua Pemuda yang setia dengan BN tetapi setelah beliau tahu ramai pimpinan BN banyak melakukan penyelewengan menyebabkan beliau keluar BN.

Ucapan penghargaan terima kasih serta sedikit penerangan oleh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat yang berkunjung di tempat tersebut telah menarik minat kaum iban untuk mendengar serta ingin terus bersama dengan PAS untuk berjuang menuntut hak serta keadilan rakyat Sarawak. Isu-isu tanah serta peruntukan yang tidak pernah sampai di kawasan mereka menjadi topik hangat pada malam itu.

PAS melalui DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS ) akan terus memberi penerangan dan mendekati para pengundi bukan Islam untuk meyakinkan mereka dengan slogan ‘PAS for All’ yang sesuai untuk semua golongan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Dengan tertubuhnya DHPP bagi cawangan Bekenu ini akan menguatkan lagi sokongan serta harapan PAS dan Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya pada PRU13 nanti. Insyallah.

Kaum peribumi Sarawak khususnya masyarakat Iban telah menunjukkan kesedaran kerana selama ini mereka rasa tertipu dengan janji-janji parti yang memerintah kononnya hendak membangunkan kawasan mereka tetapi sehingga kini keadaan jalan masih teruk, banyak kawasan tanah adat mereka diambil alih oleh syarikat swasta yang ada kaitan dengan kroni pihak pemerintah menyebabkan mereka bangkit untuk menuntut hak mereka semula.

Kalau orang bukan Islam sudah bersedia berjuang bersama Parti Islam mengapa ada pula orang Melayu Islam masih takut untuk bersama-sama berjuang bersama PAS? Tentu rasanya pelik kalau orang Islam sendiri menjauhkan diri dari parti yang memperjuangkan Islam. Mengapa mesti takut dengan kehadiran PAS? PAS berjuang untuk menegak keadilan untuk semua bangsa dan agama.

Kita yakin dengan kesedaran, kebangkitan serta sokongan padu daripada berbagai masyarakat peribumi,Melayu serta Cina akan memberi saingan hebat antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional dalam PRU13 yang akan datang. Ini akan memberi peluang kepada rakyat untuk memilih dan menentukan siapa yang selayaknya mengambil alih kuasa diperingkat pusat selepas PRU13 nanti.

Rakyatlah yang akan menentukan nasib pemerintah sekarang dan siapa yang seharusnya menjadi pemerintah baru mestilah yang terbaik, bertanggungjawab, telus dan adil untuk semua rakyat tanpa pilih kasih. Kerajaan yang ada intergriti akan disokong, Kerajaan yang rasuah akan ditolak, itulah prinsip yang dikehendaki oleh rakyat yang bijaksana.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Iban Community Ready to Joint PAS, What about the Malay Muslim?

BEKENU - Home (RH) Kudang which is located about 80 km from Miri city towards Bintulu. The double storey longhouse with reinforced concrete located on the hill looks more beautiful compared to the existing terraced houses in the city. The longhouse construction cost is cheaper than the cost of purchasing the existing terraced houses in the city now.

House prices in Miri city now is very high which can reach up to RM300 thousand and above if elevated such as Kudang longhouse. This is the fate that befell the people in Sarawak, extensive land but narrow small house with the house prices are expensive if seated in urban areas.

Recently PAS Miri had visited to Rh Kudang in conjunction with Gawai day where the people there were very friendly and welcomed PAS entourage with overwhelming response. In the evening was held acceptance event of new PSC (Pas Supporters Congress) membership form and the set up of PSC Bekenu branch.

The function was attended by the leadership of PR (Pakatan Rakyat) consists of PAS Miri Chief, representatives from PKR (Keadilan) Bill Kayong and several area leaders, members and supporters were present enliven the launching and the establishment of the Bekenu PSC branches.

Alhamdulillah with the presence of representatives from the five longhouses and others were also present together with their entourage came into the program at this Rh Kudang merely to give form to become a PSC member. The representatives of each longhouse were also given the opportunity to take part in a speech during the launch.

In the ceremony, leadership of some former BN (Barisan Nasional) which was present also submit the PSC form to PAS Miri, among them are Ramba a residents from Rh Suyong and said it would continue to fight with the PAS to release the Iban from continued plagued by irresponsible parties. All this while he was a youth leader that loyal with BN, but after he knew that many of the BN leaders also did a lot of fraud caused him to leave BN.

Appreciation thank you and a brief explanation by PAS and Pakatan Rakyat leaders who visited the place has attracted iban community to hear and want to continue with the PAS to fight claim rights and justice of Sarawakians. Land issues and the provision has not been reached in their area become a hot topic of the evening.

PAS through PSC (Pas Supporters Congress) will continue to provide information and approach non-Muslim voters to persuade them with the slogan "PAS for All" which is suitable for all levels of society regardless of race and religion. With the setting up of PSC for Bekenu branch, this will strengthen the support and the hope of PAS and Pakatan Rakyat to capture Putrajaya on the 13th General Election later. God Willing

Sarawak indigenous Iban community in particular has shown awareness for all this while they feel deceived by the promises of the ruling party allegedly to develop their area, but until now the road conditions still poor, many of their ancestral lands were taken over by private companies that are associated with the ruling party cronies makes them rise up to demand their rights back.

If non-Muslims are ready to fight with the Islamic Party of why there are Malay Muslims still afraid to join together fight with PAS? Of course it is strange that the Muslims away from the party that championed Islam. Why must be afraid the presence of PAS? PAS fight for justice for all races and religions.

We are confident that with awareness, arousal, cooperation and full support from indigenous communities, the Malays and the Chinese will gives stiff competition between the Pakatan Rakyat and Barisan Nasional in the next 13th GE. This will provide an opportunity for the people to choose and decide who deserves to take over power at the central after 13th GE later.

The people who will determine the fate of current government and who should become a new government must be the best, accountable, transparent and fair to all people without favoritism. The Government that has integrity will be supported, the Government that corruption will be rejected, and that is the principles required by the wise people.