Sarawak Mesti Lebih Maju Selepas Ramai Wakil Sarawak Jadi Menteri
Tahniah kepada Ahli Parlimen (AP) dari Sarawak yang telah dilantik sebagai Menteri dan juga Timbalan Menteri yang kita harap dapat memberi manfaat kepada rakyat Sarawak.
Semua wakil parti dari Sarawak mendapat lantikan jadi Menteri dan Timbalan Menteri kecuali parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) tidak mempunyai perwakilan dalam kabinet baru Perdana Menteri Najib Tun Razak. Kalau boleh jawatan Pemangku Menteri Pengangkutan yang dipegang oleh Hishammudin diberi kepada AP dari SPDP untuk pelantikan sepenuhnya.
Kita ingin melihat suatu perubahan yang lebih rancak berlaku di Sarawak terutama sekali di kawasan luar bandar selepas ramai AP Sarawak dilantik menjadi Menteri dan Timbalan Menteri dan bukan sebaliknya. Kita juga ingin melihat Menteri Kerjaraya baru dari Sarawak dapat membuat sesuatu perubahan yang drastik untuk membina, membaik pulih keadaan jalanraya di Sarawak terutama yang menghubungkan kawasan bandar ke luar bandar.
Begitu juga jalanraya Pan Borneo diharap menjadi kenyataan selepas ini, dimana Kementerian Kerjaraya sebelum ini menjangka jalanraya Pan Borneo akan siap dalam tahun 2025 tetapi kita mahu Menteri yang baru dilantik dapat menyiapkan atau ada perubahan dalam tempoh 5 tahun.
AP yang baru dilantik akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan tugas serta amanah yang telah diberikan oleh rakyat agar ianya benar-benar memberi manfaat kepada rakyat khususnya di Sabah dan Sarawak.
Kita tidak mahu melihat ramai Menteri dan Timbalan Menteri dari Sarawak tapi keadaan di Sarawak masih tidak berubah seolah-olah kita masih berada seperti tahun 60an dan 80an yang lalu. Harapan rakyat Sarawak untuk menikmati hasil dan juga kemajuan yang lebih baik dari sebelumnya dan seharusnya semua janji ditepati seperti mana yang dijanjikan semasa PRU13 yang lalu.
Inilah masanya untuk AP dari Sarawak membuktikan yang mereka benar-benar boleh memberi manfaat dan pandai mengurus hal ehwal serta kebajikan rakyat yang memerlukan di seluruh negara. Jangan cakap saja, tapi buktikan setelah rakyat memberi amanah.
Kita mahu melihat Sarawak antara negeri yang termaju dan berada dalam kedudukan yang bebas dari kemiskinan tegar dalam Malaysia dengan adanya Menteri yang bertanggunjawab, amanah, cekap dan bebas dari melakukan rasuah.
Kita memberi tempoh 100 hari dari tarikh pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri untuk mereka laksanakan tugas mereka dengan amanah, jujur dan adil kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Jangan bersikap seperti Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang lebih mementingkan puaknya saja dengan meminggirkan kawasan yang menyokong Pakatan Rakyat.
Tanggungjawab Menteri dan Timbalan Menteri adalah melaksanakan amanah rakyat bukannya mengkhianati rakyat. Pendapatan Menteri dan Timbalan Menteri termasuk Perdana Menteri serta lain-lain AP yang dilantik adalah hasil dari wang pembayar cukai yang tidak mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Maka kita mengesa semua mereka yang terpilih menjadi wakil rakyat WAJIB berlaku adil kepada semua, jangan makan duit HARAM kalau mahu hidup dalam keberkatan.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
Sarawak Must be More Advanced after a lot of Sarawak representative Become a Minister
Congratulations to the Members of Parliament (MPs) from Sarawak who was appointed as the Minister and Deputy Minister that we hope will benefit the people of Sarawak.
All party representatives from Sarawak get an appointment become Minister and the Deputy Minister except the Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) has no representation in the new cabinet of Prime Minister Najib Tun Razak. If possible, the Acting Minister of Transport held by Hishammuddin given to the MPs from SPDP for full appointment.
We want to see a more livelier changes occurring in Sarawak, especially in rural areas after many MPs Sarawak appointed become ministers and deputy ministers, and not vice versa. We also want to see the new Works Minister from Sarawak can make drastic changes to build, repair road conditions in Sarawak especially that connects the city to rural areas.
Similarly, the Pan Borneo roads hopefully become reality after this, where the Works Ministry before expects the Pan Borneo roads will be completed in the year 2025 but we want the newly appointed Minister to complete or there are changes within 5 years.
Newly elected MPs will be fully responsible for performing the duties and trust given by the people so that it really benefits the people, especially in Sabah and Sarawak. We do not want to see a lot of the Minister and Deputy Minister of Sarawak, but the situation in Sarawak remains unchanged as if we still like the 60s and 80s ago. Hope the people of Sarawak to enjoy the fruits of progress and better than before and should all the promise fulfilled as promised during the last 13GE.
It's time for MPs from Sarawak to prove that they can really benefit and good at managing the affairs and welfare of people in need across the country. Do not say it, but prove it once people give trust.
We give 100 days from the date of appointment of the Minister and Deputy Minister to perform their duties with honest and fair to all communities regardless of race, religion and political affiliation.
Do not behave like a Chief Minister of Terengganu Datuk Seri Ahmad Said that emphasizes only his faction and marginalize the areas that support Pakatan Rakyat.
We want to see Sarawak one of the advanced and are in a position that is free from hardcore poverty in Malaysia by having the Minister who is responsible, trustworthy, efficient and free from corruption.
The responsibility of the Minister and Deputy Minister is performing trust of the people not betray the people. The Income of the Ministers and Deputy Ministers, including the Prime Minister and other MPs appointed is the result of taxpayer money regardless of race, religion and political affiliation.
So we urge all those who are selected to be representative of the people MUST be fair to all, do not feed illegal money if you want to live in the blessing.
Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief