Jadikan Taman Esplanade Luak Tumpuan Pelancong
Taman Esplanade Luak Perlu Dibaikpulih
MIRI - Taman esplanade Luak terletak di pantai Luak, di pinggir bandaraya Miri melalui lebuh raya pantai. Tempat yang sesuai untuk bersiar-siar bersama keluarga di hujung minggu atau semasa musim cuti. Kawasan pantai yang cukup indah dan cantik sekiranya pihak MBM (Majlis Bandaraya Miri) dapat menaiktaraf serta memperbaiki beberapa kawasan tertentu agar ianya dapat diubahsuai mengikut keadaan sekeliling dimana ramai pengujung datang setiap hujung minggu.
Antara beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak MBM adalah kawasan tempat berniaga. Kalau tempat berniaga yang ada sekarang disusun dengan baik maka ianya akan memudahkan para perniaga dan pengunjung membeli barang tanpa perlu mengganggu lalu lintas atau kawasan parkir. Ada sesetengah pihak yang meletak kenderaan di tepi jalan sehingga menyukarkan pengerakan kenderaan lain untuk keluar masuk sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas terutama hujung minggu dan waktu keramaian.
Tapak perniagaan yang ada sekarang tidak ada bumbung dan terbiar begitu saja ianya menjadi tempat duduk orang ramai. Sepatutnya tempat tersebut digunakan oleh para penjaja tapi sudah lama terbiar akibat para penjaja tidak puas hati kerana tapak tersebut tidak sesuai untuk berniaga.
Pihak MBM sepatutnya menyedia kawasan yang sesuai untuk para penjaja berniaga supaya kawasan esplanade nampak kemas dan bersih dari sebarang kotoran. Kita sarankan agar tapak khas untuk para penjaja berniaga sepanjang pinggir pantai dan pastikan kawasan tersebut ditanam dengan pokok-pokok rendang supaya ianya tidak terlalu panas akibat sinaran matahari.
Selain kawasan tapak perniagaan pihak MBM juga perlu menyediakan sebuah surau untuk umat Islam bersolat terutama sekali untuk memudahkan wanita menukar pakaian dan mengambil wuduk. Begitu juga tempat persalinan pakaian untuk mereka yang hendak mandi manda di pantai.
Di samping itu pihak pengawal pantai perlu sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan berlaku kepada para pengunjung yang mandi manda atau berenang di pantai. Mereka perlu memberi peringatan terutama kepada keluarga yang membawa kanak-kanak agar berhati-hati ketika mandi atau berenang di pantai.
Taman permainan kanak-kanak juga perlu disediakan untuk memudahkan keluarga yang membawa kanak-kanak bermain di situ dibawah pengawasan penjaga supaya ianya lebih selamat dan terkawal. Dengan adanya kemudahan seperti ini ianya akan lebih menarik minat orang ramai datang dan dengan sendirinya akan menjana pendapatan para peniaga tempatan dan pihak MBM juga akan mendapat hasil dari kutipan cukai yang berpatutan dari para peniaga dan pengunjung yang menggunakan kemudahan awam seperti tandas dan sebagainya.
Kita ingin melihat esplanade Luak menjadi salah satu pusat pelancongan di Miri sebab Miri mendapat taraf bandaraya pada 20 Mei 2005 yang membawa gelaran "Bandaraya Peranginan". Maka ianya bersesuaian dengan status tersebut dengan itu setiap kawasan peranginan di Miri patut dimajukan dengan sebaik mungkin untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke Miri.
Kita mengesa pihak MBM dapat memberi perhatian yang sewajarnya pandangan orang ramai untuk membaik pulih keadaaan esplanade Luak agar ianya sentiasa dalam keadaan cantik, bersih dan selamat untuk para pengunjung. Kita juga mengesa pihak keselamatan agar sentiasa memantau keadaan di situ terutama sekali pada waktu keramaian untuk melicinkan kesesakan lalu lintas supaya berjalan dengan baik dan terkawal.
Semoga perkara yang dibangkitkan mendapat perhatian serta tindakan yang sewajarnya dari pihak yang berkenaan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Luak Esplanade Park Need Reconditioned
MIRI – The Luak esplanade park located at the Luak beach on the outskirts of Miri through the coastal highway. It is most suitable place for a family outing at the weekends or during the holiday season. The beach area is quite beautiful and lovely if the MCC (Miri City Council) be able to upgrade and improve certain areas so that it can be refurbished according to environmental conditions in which many visitors come every weekend.
Among several things that need to be addressed by the MCC is the place of business. If the exisiting place of business is arranged properly then it will make it easier for traders and visitors to purchase goods without having to disrupt traffic or parking area. There are those who parking at the roadside made it difficult for the movement of other vehicles to enter and exit, causing traffic jams especially weekends and during crowd.
The existing business site has no roof and offhand idle it become the public seating area. The place should be used by the hawkers but has long idle due to the hawkers are not satisfied because of the site is not suitable for business. The MCC should provide a suitable area for the hawkers doing business so that the esplanade area neat and clean from any pollution. We propose that a special site for the hawker doing business along the seashore and make sure the area is planted with shady trees so that it is not too hot due to sunlight.
In addition to the business site, the MCC must also provide a prayer room for Muslims to pray especially to facilitate the woman changing clothes and taking ablution. Similarly for dressing area for those who want bathing on the beach.
In addition the coast guard should always be prepared to face any eventuality happens to the visitors who bathing or swimming at the beach. They need to give warning especially to families who bring children to be careful when bathing or swimming at the beach.
Children's playgrounds should be provided to facilitate family brings the child to play there under the supervision of guardian so that it more secure and manageable. With such facilities it will be more appealing to the public to come and by itself it will generate income for local businesses and the MCC will also get revenue from a reasonable tax collection from dealers and visitors who use public facilities such as toilets and so on.
We want to see the Luak esplanade become one of the tourist centers in Miri because Miri got city status on May 20, 2005 who carries the title "Resort City". Thus it is appropriate to the status with that each resort area in Miri should be developed as best as possible to attract more tourists to come to Miri.
We urge the MCC can give an appropriate attention to the views of the public to refurbish the Luak esplanade condition so that it is always in lovely condition, clean and safe for visitors. We also urge the security forces to constantly monitor the situation there, especially during gatherings to smoothen traffic jams so that it running well and controlled.
Hopefully the issues raised get the attention and appropriate action from the parties concerned regardless of race, religion and political affiliation. Cooperation with the parties concerned is highly appreciated.
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2013
(109)
-
▼
May
(12)
- Tiada Jalan Alternatif Punca Rakyat Tiada Pilihan
- Jadikan Taman Esplanade Luak Tumpuan Pelancong
- Pemimpin Bertambah Kaya, Rakyat Semakin Miskin!
- Pasar Malam Miri Kurang Tarikan
- Ingatan Buat Wakil Rakyat, Jangan Khianati Amanah ...
- Sarawak Perlu Pemimpin Berjiwa Rakyat
- Cina Sokong Parti Islam Tapi Kenapa Melayu Takut PAS?
- PAS Sarawak Belum Menang Tapi Perjuangan Masih Dit...
- Salahguna Kuasa dan Laporan Media Berat Sebelah Se...
- PAS Mendapat Sokongan Dari Berbagai Bangsa Dan Aga...
- Janji MPs BN Yang Belum Ditepati Untuk Penduduk Bakam
- Merosak Papan Iklan Dan Bendera Parti Lawan Budaya...
-
▼
May
(12)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment