Gaji Menteri Naik Tapi Kehidupan Rakyat Masih Dibawah Taraf Kemiskinan
 

Kenaikan gaji ketua menteri Sarawak, timbalan ketua menteri, menteri-menteri serta wakil rakyat dan mereka yang dilantik dalam kabinet Sarawak meningkat lebih dari tiga kali ganda mula 1 Januari 2012. Kenaikan gaji kali terakhir untuk kabinet Sarawak dalam pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.

Pendapatan ketua menteri dan timbalan ketua menteri serta menteri-menteri yang dilantik sudah cukup mewah daripada kenaikan gaji baru tersebut. Kalau dilihat daripada kehidupan seharian mereka jelas mereka hidup dalam keadaan mewah serta mampu memiliki asset yang lebih daripada hasil gaji yang mereka terima selama ini.

Kita mahu setiap wakil rakyat termasuk ketua menteri dan keseluruhan anggota kabinet mengisytiharkan harta masing-masing untuk membuktikan yang mereka ini bebas dari menerima rasuah atau memiliki hasil dari sumber yang lain selain dari gaji yang mereka terima.

Sepatutnya kerajaan BN Sarawak memberi tumpuan kepada nasib rakyat Sarawak yang masih mundur dan hidup dalam kemiskinan dari menaikkan gaji ketua menteri dan menteri-menteri yang berlipat kali ganda daripada hasil pendapatan rakyat yang masih dibawah taraf kemiskinan.

Kita mencadangkan, adalah lebih baik memberi peruntukkan kepada setiap DUN (Dewan Undangan Negeri) tanpa mengira parti politik mana yang dipilih rakyat daripada menaikkan gaji ketua menteri dan timbalan ketua menteri serta menteri-menteri yang dilantik kecuali wakil rakyat yang dipilih.

Untuk wakil rakyat yang dipilih terutama sekali wakil rakyat pembangkang perlu kenaikan gaji sebab mereka tidak diberi peruntukan yang sama seperti wakil rakyat BN.

Dengan adanya peruntukan tersebut wakil rakyat di setiap DUN dapat memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat setempat dan dengan ini akan dapat membantu menaiktaraf kehidupan penduduk dalam kawasan DUN tersebut.

Kita mengesa kerajaan BN Sarawak bersikap adil kepada semua wakil rakyat yang dipilih tanpa mengira fahaman politik dengan memberi peruntukan yang sama seperti wakil rakyat BN.

Setiap peruntukan yang diberi kepada setiap wakil rakyat akan dipantau oleh badan odit yang bebas dari cengkaman politik agar ianya dapat membantu melincinkan pentadbiran negeri dari unsur-unsur salahguna kuasa dan rasuah. Dengan adanya peruntukan tersebut, rakyat yang akan menikmati hasil bukannya hanya ketua menteri dan anggota dewan negeri saja.

Kita harap perkara ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya dari kerajaan negeri Sarawak demi kesejahteraan rakyat semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version

Salaries of Minister Increase But the People Lives Still Below Poverty Level

Salary increment of Sarawak chief minister, deputy chief minister, ministers and their elected representatives and who are appointed in Sarawak cabinet increased more than three times beginning January 1, 2012. Last salary increments for Sarawak cabinet salary amendments made were in 1992.

The Income of chief minister and deputy chief minister and ministers who are appointed is luxurious enough than the new salary increment. If seen their daily lives is clearly that they are living in luxurious and are able to own assets more than salary income they received over the years.

We want all elected representatives including the chief minister and the entire cabinet members to declare their assets to prove that they are free from corrupt or have revenue from other sources apart from the salary they receive.

Sarawak BN government should focus on the plight of the people of Sarawak who still underdeveloped and live in poverty than raising salaries of ministers and chief ministers which are many times higher than the income of the people who are still under poverty.

We suggest, it is better allocating to each DUN (State Legislative Assembly), regardless of which political party elected by the people than raise the salaries of chief minister and deputy chief minister and ministers who are appointed except for elected representatives.

For elected representatives, especially the opposition should increase salaries because they are not given the same provisions as the BN representatives. With this provision in each constituency representatives can provide the best services for local people and will help improve the lives of residents in the constituency.

Each provision given to each representative will be monitored by an independent audit body from any political grip so that they can help to smooth the state administration from elements of abuse of power and corruption. With this provision the people that will enjoy the fruits not only the chief minister and state council members only.

We hope this matter gets the attention and consideration from the state government for the benefit of all people regardless of race, religion and political affiliation.

Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief