Masalah Penjaja Pasar Malam Yang Masih Belum Dapat Diatasi Sepenuhnya
MIRI:  Penjaja Pasar Malam di Pusat Komersial, Saberkas Miri mengadu yang mereka tidak puas hati dengan cara pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) mengatasi masalah yang mereka hadapi selama ini.

Walaupun pihak MBM telah memperuntukan Kos sebanyak RM400, 000 untuk membina tempat perniagaan kekal untuk para penjaja pasar malam di situ tetapi masalah bekalan air dan juga peparitan masih belum siap sepenuhnya. Mereka berjanji akan menyambung bekalan air bersih tetapi sehingga kini belum siap dan para penjaja juga tidak puas hati sebab tapak atau lot tempat mereka berniaga terlalu sempit dan tidak selesa.

Kata penjaja yang mengadu, setiap kali mereka berpindah setiap kali pula mereka terpaksa mencabut undi untuk tapak lot baru seolah-olah ada pihak tertentu yang ingin mendapat lot yang bersesuai dengan tempat mereka berniaga. Mengapa mesti mencabut undi lagi, keluh salah seorang penjaja pasar malam yang tidak mahu namanya disiarkan
Dengan tapak lot yang terlalu sempit sukar untuk mereka mengembangkan perniagaan mereka. Keuntungan mereka juga tidak seberapa dimana mereka hanya dibenarkan berniaga tiga kali seminggu. Mereka juga bimbang pelangan mereka sukar mencari tempat kesukaan mereka kalau tempat mereka berniaga selalu bertukar tempat. Ada sebilangan penjaja mahu tapak asal mereka dikekalkan kerana tidak bersetuju dengan cabutan pengundian semula untuk mendapat tapak baru.
Begitu juga dengan masalah kanopi yang sudah lama dipasang sehingga warnanya sudah luntur dan ianya hanya boleh bertahan dalam masa beberapa bulan saja, itu pun kalau tidak berlaku ribut taufan seperti yang pernah berlaku di Miri beberapa bulan yang lalu.
Penjaja pasar malam merayu agar tapak baru tempat mereka berniaga lebih luas seperti mula-mula dahulu, dan mereka mahu kanopi yang ada sekarang ditukar dengan bumbung yang lebih kukuh dan tahan dari tekanan angin kuat dan selamat untuk digunakan, mereka mahu pihak yang berkenaan membina tempat perniagaan yang lebih selamat dan selesa untuk para penjaja dan juga pengunjung.

Miri mendapat status "Bandaraya Peranginan"  pada 20 Mei 2005 maka sewajarnya Pasar Malam ini juga perlu dibaikpulih sepenuhnya dengan lebih bersih, teratur dan selamat untuk menarik para pengunjung dari dalam dan luar negeri.
Kita sarankan kepada pihak MBM agar dapat membina rekabentuk pasar malam yang lebih sesuai dengan konsep pasar terbuka seperti pasar Tamu, dimana bumbung setinggi kanopi sekarang dan ditukar dengan bahan yang lebih kukuh dan tahan lama dengan ruang perniagaan yang lebih luas dan selesa untuk para penjaja dan pengunjung.
Walaupun kosnya agak mahal tetapi untuk keselamatan dan keselesaan para penjaja serta pengunjung ianya lebih baik daripada menggunakan kanopi yang sudah tentu mudah rosak dan akan mengambil kos yang tinggi untuk membaik pulih serta penyelenggaraan sekiranya berlaku kerosakan dan sebagainya.
Untuk jangka masa panjang, menggunakan kanopi yang ada sekarang memang tidak sesuai kerana ianya mudah rosak kalau dibandingkan membina sebuah bangunan pasar malam yang kekal seperti bangunan pasar Tamu.

Kita mengesa agar pihak MBM dapat bertindak segera mengatasi masalah penjaja pasar malam yang tidak puas hati dengan cara cabutan pengundian semula tapak baru dan juga masalah tempat berniaga sekarang.

Harap pihak MBM dapat mengatasi masalah tersebut secara adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini dengan segera sangat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
The Night Market Hawker Problem Yet To Fully Resolve

MIRI - Night Market Hawker at the Commercial Centre, Saberkas Miri complain that they are not satisfied with the way the Miri City Council (MCC) to overcome the problems they face over the years.

Although the MCC has allocated a cost of RM400, 000 to build a permanent place of business for the night market hawkers there but the problems of water supply and drainage is still not fully completed. They promised to connect the water supply, but until now has not been completed and the hawkers are also unhappy because the site or the lot where they do business too cramped and uncomfortable.

Hawkers who complained said, every time they move each time they had to draw the lots for the new site as if there are certain parties who want to get the lot that suits with the places they do business. Why must draw the lots again, sighed one of the night market hawkers who do not want to be named
 
With the lots sites that are too cramped difficult for them to grow their business. They also get profit but not so much where they are only allowed to do business three times a week. They also worry about their customer difficult to find their favorite place if they business places always switch. There are a number of hawkers want their original site retained because of disagreement to re-draw voting for the new site.

Similarly, with the problem of canopy that has long been installed until the color has faded and it can only endure in a few months time, that is if hurricanes do not happen like ever happened in Miri a few months ago.

Night market hawkers appealed for a new site where they do business more spacious as the first place, and they want the existing canopy roof replaced with a more robust and resistant to strong wind pressure and safe to use, they want the relevant authorities to build a place of business is more secure and comfortable for the hawkers and visitors.

Miri gets the status of "Resort City" on May 20, 2005 then this Night Market should be fully restored with more clean, orderly and safe to attract visitors from the inside and abroad.

We recommend to the MCC so that can build a night market design that is more conducive with the concept of open-air markets such as the Tamu market, where the roof  as high as canopy now and replaced with a stronger material and durable with a broader business space and comfortable for the hawkers and visitors.

Even though it is relatively expensive, but for the safety and comfort of the hawkers and visitors, is better than using a canopy which of course can easily be damaged and will take the high cost of repair and maintenance in the event of damage and so on.

In the long term, using the existing canopy was not appropriate because it is easily damaged when compared to build a permanent night market such as Tamu market.

We urged the MCC to act immediately to overcome problems of the night market hawkers which dissatisfied with the way of re-draw voting site and also the problem of business now.

Hope the MCC is able to overcome these problems fairly regardless of races, religion and political affiliation. The collaboration with the parties concerned to overcome these problems with immediately effect is very much appreciated.