Sarawak Perlu Pemimpin Berjiwa Rakyat
Tiba Masanya Ketua Menteri Sarawak Lepas Jawatan
Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat telah pun melepaskan jawatan Menteri Besar Kelantan dan melantik Timbalannya Datuk Ahmad Yakob sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru. Ini merupakan satu kejutan terutama bagi rakyat Kelantan dan khasnya ahli PAS sendiri. Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz (TGNA) sangat disanjung dan dihormati di Kelantan bukan sahaja kerana ilmu agamanya yang tinggi bahkan cara hidupnya yang serba sederhana menyebabkan rakyat Kelantan mudah bergaul dengan beliau.
Kepimpinan TGNA sebagai Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun berakhir dengan melepaskan jawatan tersebut atas faktor usia dan kesihatan. Kalau TGNA sudah pun melepaskan jawatan Menteri Besar Kelantan, bila pula giliran Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud untuk melepaskan jawatan Ketua Menteri setelah memerintah Sarawak lebih daripada 32 tahun?
Pehin Sri Taib Mahmud juga mempunyai masalah kesihatan dan sudah lanjut usia, sepatutnya Pehin Sri Taib kena menyerahkan jawatan Ketua Menteri Sarawak kepada pengantinya yang lebih muda, bertenaga dan berkarisma. Sebelum ini sudah banyak kali kita mendengar Pehin Sri Taib hendak meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak tetapi sehingga kini janjinya masih belum ditepati.
Mungkin sukar bagi beliau mencari penganti yang paling sesuai sekarang kerana kebanyakan pemimpin PBB sekarang agak berumur dan tidak ada karisma untuk menganti beliau. Timbalannya juga tidak mempunyai ciri-ciri yang menepati seorang yang berkarisma untuk menganti beliau sebab itulah sehingga sekarang beliau tidak bersedia untuk melepaskan jawatannya kepada Timbalannya sebagai pengantinya.
Rakyat Sarawak perlu seorang Ketua Menteri yang beramanah, berkaliber, berkarisma, jujur, ikhlas, merendah diri dan adil untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Kita tidak mahu penganti Pehin Sri Taib Mahmud seorang yang tidak amanah, sombong, bongkak dan tidak mahu mendengar pandangan orang lain. Sikap sebeginilah menyebabkan rakyat Sarawak meluat dengan sikap pemimpin BN Sarawak yang bongkak dan sombong ini.
Kebanyakan pemimpin PBB sekarang kurang menyerlah dalam memimpin Sarawak, kebanyakan mereka sombong dan angkuh serta tidak mahu menerima pandangan orang ramai lebih-lebih lagi pandangan pihak pembangkang. Mereka menganggap diri mereka saja sebagai orang yang terbaik dan hanya mereka saja yang pandai memerintah. Rakyat Sarawak mahu pemimpin yang bersikap baik, amanah, merendah diri dan bersikap adil kepada semua lapisan rakyat.
Kita mengesa agar Pehin Sri Taib turun takta secara terhormat dan mencari penganti yang boleh membangunkan Sarawak dan bukan menjahanamkan Sarawak. Rakyat Sarawak perlu seorang pemimpin yang berjiwa rakyat bukannya merompak harta rakyat untuk kepentingan diri sendiri dan kroni.
Semoga Pehin Seri Taib dapat melepaskan jawatan secara terhormat dan berihat dengan aman setelah menyerahkan kuasanya kepada penganti yang lebih baik untuk rakyat Sarawak.
Kembalikan semula hak-hak rakyat yang dirampas selama ini agar rakyat dapat memaafkan segala kesalahan yang pernah dilakukan selama ini. Adalah lebih baik bertaubat sekarang sebelum ajal menjemput supaya jasa-mu tetap dikenang sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.
Tiada yang kekal berkuasa dalam dunia ini melainkan kuasa Allah. Ingatlah setiap yang hidup pasti akan mati, rumah kata pergi, kubur kata mari. Bersedialah kita semua untuk bertemu dengan Allah Tuhan Pencipta Alam Semesta dengan amalan yang baik bukan membawa amalan yang buruk yang akhirnya kita semua menyesal kerana kita tidak akan dapat kembali semula ke dunia. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
It's time for the Chief Minister of Sarawak to resign
Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat has been resigned as a Chief Minister of Kelantan and appoint his deputy Datuk Ahmad Yakob as the new Chief Minister of Kelantan. This was a shock particularly for the people of Kelantan and especially for PAS members itself. Tuan Guru Dato 'Nik Abdul Aziz (TGNA) is highly respected and revered in Kelantan not only because of high religious knowledge even his way of life which is modest cause the people of Kelantan easy to get along with him.
TGNA leadership as a Chief Minister of Kelantan for 23 years is ending with the resignation on the age factor and health. If TGNA already resigned as a Chief Minister of Kelantan, when did the turn for Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud to relinquish the post of Chief Minister of Sarawak after ruling for more than 32 years?
Pehin Sri Taib Mahmud also has a health problem and too old, Pehin Sri Taib should be handed over the Chief Minister of Sarawak to his successor which is younger, energetic and charismatic. Before this we have many times hear Pehin Sri Taib to step down as Chief Minister but so far have not fulfilled his promise.
It may be difficult for him to find a replacement right now because most of the leaders of PBB now are quite aged and no charisma to replace him. His deputies also do not have features that meet the charismatic personality to replace him that is why until now he was not ready to relinquish his post to his deputies as his successor.
The people of Sarawak need a Chief Minister which is trustworthy, caliber, charismatic, honest, sincere, humble and fair to all regardless of race, religion and political affiliation. We do not want a replacement of Pehin Sri Taib a dishonest, arrogant, proud and do not want to hear the views of others. Attitudes like this that cause the people of Sarawak disgusted with the attitude of the Sarawak BN leaders which is arrogant and this cocky.
Most of the PBB leader now less prominent in lead Sarawak, most of them are cocky and arrogant and did not want to accept the views of the public especially the views of the opposition. They consider themselves only as one of the best and only they know how to rule.
Sarawakians want a leader which with a good attitude, trustworthy, humility and be fair to all people.
We urge that Pehin Sri Taib down a throne in dignity and find a replacement which can develop Sarawak and not destroy the state. Sarawak people need a leader a heart for the people instead of robbing people's property for the benefit of themselves and their cronies.
Hopefully Pehin Seri Taib can resign honorably and resting in peace after hand over power to a replacement which even better for the people of Sarawak.
Return the rights of the people that were seized over the years so that the people can forgive the wrongs that have done over the years. It is better to repent now before death invite so thy deeds be remembered as a leader with a heart for people.
Nothing remains powerful in this world than the power of God. Remember that every living being will surely die, house says go, grave says come on. Get ready we all to meet with God the Creator of the Universe with a good practice not bring the bad practices that ultimately we all regret that we will not be able to return to the world. Contrite before income, then there is no point of regret.
Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2013
(109)
-
▼
May
(12)
- Tiada Jalan Alternatif Punca Rakyat Tiada Pilihan
- Jadikan Taman Esplanade Luak Tumpuan Pelancong
- Pemimpin Bertambah Kaya, Rakyat Semakin Miskin!
- Pasar Malam Miri Kurang Tarikan
- Ingatan Buat Wakil Rakyat, Jangan Khianati Amanah ...
- Sarawak Perlu Pemimpin Berjiwa Rakyat
- Cina Sokong Parti Islam Tapi Kenapa Melayu Takut PAS?
- PAS Sarawak Belum Menang Tapi Perjuangan Masih Dit...
- Salahguna Kuasa dan Laporan Media Berat Sebelah Se...
- PAS Mendapat Sokongan Dari Berbagai Bangsa Dan Aga...
- Janji MPs BN Yang Belum Ditepati Untuk Penduduk Bakam
- Merosak Papan Iklan Dan Bendera Parti Lawan Budaya...
-
▼
May
(12)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment