Cina Sokong Parti Islam Tapi Kenapa Melayu Takut PAS?
Cina Sokong PR kerana ingin Perubahan
BN menyalahkan pengundi Cina sebab banyak kawasan BN di bandar tumbang dalam Pilihanraya Umum ke13 tahun ini. Walaupun BN memainkan isu Hudud tetapi pengundi Cina mempunyai matlamat hendak menukar kerajaan sekarang sebab itulah mereka bertekad untuk mengundi semua calon PR (Pakatan Rakyat) tanpa mengira bangsa dan agama.
Sebagai contoh, majoriti pengundi Cina memberi sokongan padu kepada calon PAS di Sibuti tetapi kawasan Bumiputera masih lagi tetap setia dengan BN kecuali kawasan Dayak yang memang ada masalah tanah.
Selain dari isu-isu tersebut, ada sesetengah rumah panjang dan kampung melarang PR berkempen dalam kawasan mereka. Walaupun laporan polis dibuat tetapi mereka macam tidak ambil peduli akan tindakan yang akan diambil keatas mereka. Media massa seperti TV, Radio dan surat khabar semuanya berkempen untuk BN siang dan malam tanpa henti sehingga hari pengundian.
PR langsung tidak diberi peluang untuk memperjelaskan atau menerangkan hal sebenar kepada pengundi melalui TV, Radio dan surat khabar kecuali suratkhabar Cina yang lebih terbuka tetapi tidak dibaca atau difahami oleh masyarakat Melayu dan Bumiputera.
Surat khabar Cina lebih terbuka dari surat khabar Melayu yang langsung berkempen untuk BN sehingga orang Melayu dan Bumiputera tidak tahu menilai sesuatu berita sebab laporan yang berat sebelah. Kebanyakan pengundi Melayu lebih percaya kepada laporan berita dalam TV dan Radio dari mendengar sendiri penjelasan dari pihak PR.
Apabila PR hendak mengadakan ceramah di kawasan penduduk Melayu ada pihak-pihak tertentu yang menyekat supaya orang Melayu jangan mendengar penjelasan dari pihak PR dan mereka lebih suka orang Melayu hidup di alam fantasi tanpa ilmu pengetahuan.
Kemenangan PR banyak mendapat sokongan dari masyarakat Cina yang banyak membaca perkembangan semasa tanpa sebarang sekatan. Orang Melayu dan Bumiputera banyak disogok dengan berita yang mengampu BN sehingga mereka tidak dapat menilai kebenaran berita yang mereka terima terkecuali orang Melayu yang terpelajar dan mereka yang menerima berita dari sumber lain seperti internet dan sebagainya.
Orang Cina yang banyak membaca isu-isu dan perkembangan semasa menyebabkan mereka berpengetahuan dan bijak memilih pemimpin untuk masa depan negara. Selagi orang Melayu dan Bumiputera bergantung hayat dengan subsidi kerajaan BN, selagi itulah BN akan terus memperhambakan bangsa Melayu dan Bumiputera.
Pertandingan yang tidak adil dan berat sebelah dalam Pilihanraya Umum di Malaysia boleh menghalang atau memandulkan demokrasi dalam negara ini.
Pihak pembangkang langsung tidak diberi ruang yang sama rata dengan BN dimana segala jentera kerajaan digunakan sesuka hati oleh pihak BN tanpa sebarang sekatan. Walaupun PR dapat membentuk kerajaan tetapi mereka berjuang bersama rakyat bukan dengan jentera kerajaan.
Inilah antara faktor-faktor yang menyebabkan BN terus berkuasa sebab orang Melayu dan Bumiputera terutama sekali di Sabah dan Sarawak mudah dibeli di saat akhir hari pengundian.
Kita ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli, penyokong dan pengundi PR dalam PRU13 ini yang banyak berkorban masa, tenaga dan membantu PAS sehingga ada diantara mereka yang menjadi mangsa kezaliman pihak tertentu kerana menyokong kita.
Kita akan pastikan agar segala janji-janji BN untuk rakyat ditepati dan jangan dikhianati. Pemimpin BN wajib menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Walaupun kita belum menang kali ini tetapi kita berkempen secara bermaruah tidak merasuah dan tidak mengugut pengundi untuk menyokong kita. Sepandai-pandai BN menipu rakyat, suatu hari nanti pasti akan jatuh juga ditangan rakyat
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
Chinese Support PR because they want to change
BN blames the Chinese voters because many BN areas in the city collapsed in the 13th general election this year. Although BN plays Hudud issue but the Chinese voters have a goal to change the present government that is why they decided to vote for all candidates of PR (Pakatan Rakyat) regardless of race and religion.
For example, the majority of Chinese voters supported the PAS candidate in Sibuti but Bumiputera areas still remain loyal to the BN except that there were Dayak land problem.
Among other factors that defeat the PAS candidate is rural voters were bribed with money by a certain party. There were also among them that are fear to go out to vote for PR candidate because they fear being ostracized by the villagers that strongly support the BN.
Apart from these issues, there are some longhouses and villages disallow PR campaign in their area. Although the police reports were lodged but they do not care the action be taken against them. The mass media such as TV, radio and newspapers are all campaigning for BN day and night without stopping until polling day.
Flyers that aggravate and defamatory PAS at the last moment is also scattered abroad to all corners of the village until there are certain population affected by the slander.
Chinese newspapers are more open than Malay newspapers that indirectly campaigning for BN until the Malays and natives do not know how to evaluate any news because the report is bias. Most of the Malay voters more trust the report news in TV and Radio from hearing their own clarification from the PR.
Because of the Malays and natives who are poorly informed and often bribed with biased news every day until they are not able to assess something with good news. When PR want to conduct talks in the Malay population there are certain parties that restrict so that the Malays not to listen to the explanation from the PR and they prefer the Malays living in the fantasy world without knowledge.
A lot of PR victories get support from the Chinese community that read a lot of the current developments without any restrictions. Malay and Bumiputera was bribed with BN propping news that they cannot evaluate the truth of the news they receive an exception of the educated Malays and those who received the news from other sources such as the internet and so on.
Unfair competition and bias in the General Election in Malaysia can hinder or spay democracy in this country. The opposition is not given equal space with BN where the government machinery used indiscriminately by the BN without any restrictions. Although PR can form a government but they fight with the people not by the government machinery.
We would like to thank the members, supporters and PR voters in this 13GE who sacrificed a lot of time, energy and help PAS until some of them who become a victims of injustice by certain parties for supporting us.
We will make sure that all the BN promises to the people met and never betrayed. BN leaders must fulfill their promises to the people regardless of race, religion and political affiliation.
Although we do not win this time but we campaigned in a dignified manner no bribe and not threaten the voters to support us. As smart-clever BN to fool the people, someday it will definitely fall in the hands of the people.
Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
PAS Miri Chief cum PAS Sarawak Deputy Commissioner iii
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2013
(109)
-
▼
May
(12)
- Tiada Jalan Alternatif Punca Rakyat Tiada Pilihan
- Jadikan Taman Esplanade Luak Tumpuan Pelancong
- Pemimpin Bertambah Kaya, Rakyat Semakin Miskin!
- Pasar Malam Miri Kurang Tarikan
- Ingatan Buat Wakil Rakyat, Jangan Khianati Amanah ...
- Sarawak Perlu Pemimpin Berjiwa Rakyat
- Cina Sokong Parti Islam Tapi Kenapa Melayu Takut PAS?
- PAS Sarawak Belum Menang Tapi Perjuangan Masih Dit...
- Salahguna Kuasa dan Laporan Media Berat Sebelah Se...
- PAS Mendapat Sokongan Dari Berbagai Bangsa Dan Aga...
- Janji MPs BN Yang Belum Ditepati Untuk Penduduk Bakam
- Merosak Papan Iklan Dan Bendera Parti Lawan Budaya...
-
▼
May
(12)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
Di kampong2 perlu ada strategi dan planning yg baik krn diorang bergantung kpd ketua..kalau ketua kata A,A le klu ketua kata B,B le..ini yg perlu di pecahkan dulu..
Sebabnya masih ramai yang mengaku beragama Islam sebenarnya tidak menyedari yang mereka memiliki satu ugama yang cukup sempurna dan tak ternilai khusus untuk semua manusia. Dan mereka juga menantikan janji brim3 klu bn menang. Menanamkan iman dan mentauhidkan kalimah inilah yang perlu diteruskan oleh PAS kepada umat manusia bermula dari saat ini, bukan tunggu Praya 14.
Pandangan yg cukup bernas semoga usaha PAS akan diteruskan dengan berdakwah secara berhikmah...walaupun belum menang tapi kejayaan sebenarnya mungkin di akhirat kelak,,,
Syabas dan Tahniah kepada PAS Miri kerana sering mengutarakan masalah-masalah rakyat dan juga kerap menegur pihak-pihak tertentu.
Tidak dinafikan penulisan blog di laman sosial ini baik dan adakalanya berhasil bagi sesetengah perkara yang diutarakan tetapi ada baiknya jika PAS Miri mengambil pendekatan berbeza dan lebih proaktif.
Setiap masalah-masalah dan teguran-teguran yang di ’cerita’ kan hanyalah seperti ‘tulisan’ tetapi alangkah baiknya jika ianya menjadi satu praktikal.
Bukan hanya sekadar turun padang bertemu masyarakat, kemudian menulis. Bukan hanya sekadar mendapat aduan, kemudian menulis.
PAS Miri disaran ubah pendekatan berbeza.
Bawalah masalah rakyat atau teguran kepada pihak berwajib sehingga kepada penyelesaiannya. Jangan sekadar menzahirkannya di media massa atau blog. Sebagai contoh, masalah kebajikan rakyat yang terabai, PAS Miri hanya lebih kepada ‘poli-gam’ dan sebagai pengakhiran ceritanya disusuli dengan pemberian sumbangan dari poket Jemaah. Ambil pendekatan lebih drastik dengan membawa perkara tersebut ke pihak berwajib dan PAS Miri menjadi ‘playmaker’ dalam menyelesaikan perkara sehingga ke tahap membawa orang-orang miskin ke pejabat kebajikan untuk mendapat pembelaan.
Begitu juga dengan aduan-aduan yang diterima daripada rakyat terhadap pihak berwajib kerajaan tempatan, sebagai contohnya isu kad pengenalan dan sijil kelahiran. Acap kali menggunakan ayat ‘menggesa pihak berwajib.. menggesa pihak berwajib.. menggesa pihak berwajib..’ rakyat muak. Datang dan bawa si pengadu sekaligus berjumpa dengan pihak berwajib dan dapatkan penyelesaian yang mengembirakan hati rakyat.
Memang diakui PAS bukan parti dominan pakatan pembangkang dan juga baru mula bertapak di negeri ini dalam belasan tahun tetapi tidak dinafikan jika pendekatan baru sebagai ’memimpin perubahan’ ianya tidak mustahil PAS akan menang di hati rakyat Sarawak.
-Sayang Sarawak-